ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  TOSHIBA PERLUASKAN BARISAN PRODUK MEMORI KILAT NAND TERBENAM UNTUK APLIKASI AUTOMOTIF

Wednesday 21/12/2016



- Menyokong Keperluan Gred 2 AEC-Q100  –


TOKYO, 21 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran JEDEC e∙MMCTM Versi 5.1[1] yang patuh produk memori kilat NAND terbenam yang menyokong keperluan Grade 2[2] AEC-Q100. Barisan itu menawarkan ketumpatan 8GB, 16GB, 32GB dan 64GB. Penghantaran sampel bermula dari hari ini dengan pengeluaran besar-besaran dijadualkan pada suku kedua (April hingga Jun) 2017.

Produk baharu itu mengintegrasikan cip NAND yang direka dengan teknologi proses 15nm dengan satu alat kawalan untuk mengendalikan fungsi kawalan asas bagi aplikasi NAND di dalam satu pakej tunggal. Sebagai pelengkap kepada kumpulan produk e∙MMC Toshiba sebelum ini, yang menyampaikan julat suhu operasi -40 sehingga + 85°C yang diperlukan oleh aplikasi maklumat hiburan atau infotainment kereta, produk baharu itu menyokong aplikasi seperti kelompok instrumen yang memerlukan penyelesaian storan e∙MMC untuk beroperasi pada suhu yang lebih tinggi sehingga +105°C.

Di dalam pasaran automotif, permintaan untuk memori kilat NAND terus berkembang bersama-sama dengan kemajuan di dalam maklumat hiburan kereta, ADAS[3] dan sistem pemanduan berautonomi. Toshiba sedang memenuhi permintaan ini dengan mengukuhkan barisan produk berprestasi tinggi dan memori ketumpatan tinggi dan akan terus menerajui kepimpinan di dalam pasaran itu.

Toshiba juga sedang membangunkan produk UFS[4] automotif yang menyokong AEC-Q100.

Klik di sini untuk Barisan Produk Baharu

Ciri-ciri Utama
1. Pengurusan Memori Kilat NAND Bersepadu
JEDEC e∙MMC Versi 5.1 yang patuh antara muka mengendalikan fungsi-fungsi penting, termasuk pengurusan blok bertulis, pembetulan ralat dan perisian pemacu. Ia memudahkan pembangunan sistem, sekali gus membolehkan pengeluar untuk meminimumkan kos pembangunan dan mempercepatkan masa untuk memasarkan produk-produk baharu dan dipertingkatkan. Selain itu, ciri-ciri baharu[5] yang dipiawaikan di dalam JEDEC e∙MMC Versi 5.1, seperti kawalan BKOPS, Rintangan Cache, Laporan Pemancuran Cache, RPMB Tulis yang Besar dan Baris Gilir Perintah, digunakan untuk produk-produk baharu bagi meningkatkan kebolehgunaan.
2. Julat Suhu yang Dilanjutkan
Menyokong julat suhu operasi antara -40°C sehingga +105°C.
Toshiba juga menjalankan ujian keutuhan tambahan untuk memenuhi spesifikasi Gred 2 AEC-Q100.

Klik di sini untuk Spesifikasi Utama
 
Nota
[1] e∙MMC™ adalah satu kategori produk untuk satu kelas produk memori terbenam yang dibina untuk spesifikasi Standard JEDEC e∙MMC dan adalah merupakan satu tanda dagangan JEDEC Solid State Technology Association.
[2] Keperluan kelayakan komponen elektrik yang ditakrifkan oleh AEC (Majlis Elektronik Automotif).
[3] Sistem Bantuan Pemanduan Termaju  
[4] Storan Kilat Universal: Kategori produk untuk satu kelas produk memori terbenam yang dibina untuk spesifikasi Standard JEDEC.  
[5] "Kawalan BKOPS" adalah satu fungsi di mana hos membolehkan peranti itu untuk melakukan operasi latar belakang apabila peranti itu melahu. "Rintangan Cache" adalah satu fungsi yang mengawal apabila data cache ditulis pada cip memori. "Laporan Pemancuran Cache" adalah satu fungsi yang memaklumkan kepada hos jika dasar pemancuran peranti itu adalah FIFO (Masuk Dulu Keluar Dulu) atau tidak. "RPMB tulis yang besar" adalah satu fungsi yang meningkatkan saiz data yang boleh ditulis ke ruang RPMB sehingga 8KB.
 
* Produk itu dilabelkan berasaskan kepada cip memori mereka, dan bukan jumlah kapasiti memori yang ada untuk penyimpanan data oleh pengguna akhir. Sebahagian daripada kapasiti itu dikhaskan untuk pengurusan peranti. Sila rujuk kepada helaian data atau wakil jualan Toshiba tempatan anda. (Bagi tujuan mengukur kapasiti memori di dalam konteks ini, 1GB = 1,073,741,824 bait.)

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran Memori
Tel: +81-3-3457-3451
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba

Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.
 
Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.)

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51481337&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Jabatan Pemasaran Digital
Koji Takahata, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20161220005388/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA
 

 
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.