ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  KENYATAAN MEDIA MENGENAI PERAKUAN AKREDITASI MQA PADA 20 DISEMBER 2016

Wednesday 21/12/2016



KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Merujuk kepada kenyataan mengenai pengiktirafan universiti oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) yang disiarkan oleh satu akhbar pada 20 Disember 2016, pihak MQA ingin mengesahkan bahawa MQA tidak pernah menarik balik program MEDIU yang telah mendapat Akreditasi MQA.
 
Program pengajian MEDIU telah melalui proses penilaian yang terperinci dan komprehensif yang turut melibatkan penilaian oleh pakar bidang berkaitan yang telah dilantik oleh MQA sebelum program tersebut diberi Perakuan Akreditasi MQA. Secara amnya, sejumlah 169 program MEDIU telah dinilai tahap kualitinya oleh MQA sejak tahun 2010. Sehingga Oktober 2016, terdapat 88 program telah melalui proses penilaian akreditasi sementara dan 81 program telah diberi akreditasi penuh oleh MQA. Sejumlah 70 program MEDIU yang telah mendapat Akreditasi MQA telah didaftarkan dalam Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR).
 
Setiap permohonan program PPT yang dinilai oleh MQA akan melalui proses jaminan kualiti dan akreditasi program yang terperinci dan komprehensif. MQA tidak akan berkompromi dalam aspek penilaian kualiti dan setiap program perlu mematuhi keperluan jaminan kualiti berdasarkan kepada Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF).
 
Justeru, bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, MQA ingin menasihatkan orang awam untuk membuat semakan program yang ditawarkan oleh PPT menerusi Portal Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR) di www2.mqa.gov.my/mqr. Semakan juga boleh dibuat menerusi aplikasi mobile myMQR dalam 3 platform iaitu Android (Google Play), iOS (App Store) dan Windows (Windows Store).
 
Sumber : Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA)
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa
Tel : 03-7968 7002
Emel : akreditasi@mqa.gov.my

 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.