ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  ​KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MEMBUKA RUANG TINGKAT KELAB "PREMIER GRAND" MEREKA

Friday 23/12/2016



Menawarkan Perkhidmatan Rencam Yang Diperkuatkan untuk Membantu Tetamu Kami Mewujudkan Penginapan di Tokyo yang Tidak Dapat Dilupakan
 
TOKYO, 23 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel bertaraf antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, membuka Ruang Tingkat Kelab ”Premier Grand”, termasuk 111 bilik suite dan bilik kelab premium yang diubahsuai sepenuhnya, pada 15 Disember, 2016. Dua kategori bilik tetamu, Bilik Kelab Premier Grand dan Suite Premier Grand, yang terletak di tingkat ke-37 hingga ke tingkat ke-41, dan tetamu akan mendapat hak istimewa untuk menggunakan Ruang Istirehat Kelab yang baharu diwujudkan dengan memiliki pemandangan panorama dari tingkat ke-45. Ruang tingkat di kelab ini juga menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan oleh pekerja rencam kami yang berdedikasi untuk membantu tetamu menyesuaikan penginapan mereka di Tokyo.
 
Bilik-bilik tetamu Premier Grand, di mana reka bentuknya telah dilakukan oleh G.A Design International di United Kingdom, dipermudahkan dengan kosmetik semula jadi L'Occitane, tilam American Sealy, cadar Antonietti dari Itali dan tuala Imabari yang diperbuat di Jepun.
 
Ruang Istirehat Kelab “Premier Grand”, satu daripada ruang istirehat hotel yang terbesar di Tokyo, akan disediakan secara eksklusif untuk tetamu Premier Grand. Pada zon makan di Ruang Istirehat Kelab, kami juga menyediakan cara bagi tetamu untuk menikmati pelbagai hidangan pada bila-bila masa. Chef kami juga memasak mengikut permintaan telur dadar dengan bahan-bahan kegemaran bagi pelanggan untuk menikmatinya semasa sarapan pagi.
 
Untuk memadankan dengan kemudahan dalaman yang mewah, satu perkhidmatan rencam yang diperkuatkan akan disediakan bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat bagi perkhidmatan tetamu yang disesuaikan. Bersama-sama dengan daftar masuk bilik, tempahan restoran dan bilik mesyuarat dan perkhidmatan lain, pekerja rencam juga membantu tetamu menghasilkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang mereka menginap dengan menyediakan perkhidmatan yang membolehkan mereka untuk menyesuaikan program-program lawatan agar dapat memenuhi keperluan mereka. Perkhidmatan yang disediakan di mana pekerja rencam boleh menguruskannya termasuk kira-kira 50 bas berlepas dan tiba dari lobi kami, yang merupakan antara yang terbesar di Jepun. Memperingati pembukaan semula ruang tingkat mewah kelab, kami juga memulakan lawatan limosin persendirian yang asal untuk menerokai kilang bir sake di Tokyo. Selain itu, kami juga menyediakan pelbagai aktiviti kebudayaan dalaman termasuk peluang untuk memakai pakaian pengantin kimono tradisional Jepun, dan mengambil bahagian di dalam upacara teh Jepunkelas gubahan bunga Jepun, dan konsert hap “koto” tradisional Jepun. Selain itu, kami menawarkan lebih 40 jenis menu bersantai yang berbeza termasuk salun estetik, refleksologi, rawatan rambut estetik dan perkhidmatan urut di dalam bilik untuk meningkatkan tahap kesihatan dan keseronokan tetamu yang menginap di hotel kami.
 
Menu Pekerja Rencam
 
Hubungi
Keio Plaza Hotel Tokyo
Sunaho Nakatani, +81-3-5322-8113
Pengurus Perhubungan Awam
s-nakatani@keioplaza.co.jp

Sumber: Keio Plaza Hotel Tokyo
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20161222005205/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.