ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  15,000 PESERTA MARATON BERLARI DI HEYUAN CHINA

Monday 26/12/2016

AsiaNet 66991

HEYUAN, China, 26 Dis, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada pagi 25 Disember, pistol pelepas bagi Maraton Antarabangsa Tasik Heyuan Evergreen 2016 dibunyikan. Seramai 15,000 orang pelari dari dalam dan luar negara mempamerkan imej mereka mengenai sebuah negara China yang sihat dan Heyuan yang penuh kehijauan kepada dunia di kawasan bandar dengan bukit bukau yang hijau dan sungai di sekeliling.

Naib Datuk Bandar bagi bandar raya Heyuan, Zhu Weiwei memperkenalkan, ini adalah acara maraton antarabangsa yang pertama yang diadakan di Heyuan. Selain itu, ia adalah satu aktiviti sukan besar-besaran dengan standard tertinggi dan bilangan terbesar penyertaan setakat ini, yang telah memberikan tindak balas yang aktif oleh pelari dari dalam dan luar negara. Lebih 50 atlet profesional dari Ethiopia, Kenya, Nigeria dan negara-negara dan wilayah lain dijemput untuk pertandingan itu, kesemua acara pertandingan itu didaftarkan sepenuhnya dan kelayakan muktamad bagi 15,000 pelari yang layak telah akhirnya disahkan.

Sebagai kawasan hijau dan bandar raya berpusat bagi Guangdong, penampilan yang hebat, bukit-bukau yang penuh kehijauan dan sungai-sungai, tempat-tempat kebudayaan, pencapaian pembinaan dan pembangunan yang pesat berkembang bagi Heyuan boleh dilihat di sepanjang laluan itu.

Sebagai sebuah bandar raya bersaiz sederhana di wilayah Guangdong di selatan China, Heyuan berada bersebelahan dengan Delta Sungai Pearl, yang merupakan kawasan yang aktif dari segi ekonomi di China, dan ia terletak dalam jarak dua jam pemanduan dari Guangzhou dan Shenzhen. Selain itu, Heyuan telah memenangi reputasi sebagai "Bandar Purba Hakka, Heyuan yang malar hijau". Heyuan mempunyai persekitaran ekologi kelas pertama dan gunung ganang yang hijau, di mana liputan hutan mencakupi 73.3%. Heyuan adalah sebuah bandar raya tanpa hujan asid, dan ia telah dicalonkan sebagai antara 10 bandar raya yang utama dalam "senarai bandar raya paling bersih di China" pada tahun 2016. Sebagai pusat sumber bagi budaya Lingnan, Heyuan mengekalkan warisan budayanya yang mendalam. Heyuan adalah sama seperti sebuah lombong emas untuk digali dengan sumber-sumber ekologi dan budaya. Potensi pembangunan yang besar dan kelebihannya adalah amat jelas. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, semakin banyak projek hijau dengan pembangunan mampan dan berkualiti tinggi telah memilih tapak di Heyuan.

Naib Datuk Bandar Zhu Weiwei berkata, Pertandingan Maraton Antarabangsa Heyuan mempamerkan tenaga dan kreativiti baharu Heyuan. Selain itu, ia menunjukkan kelebihan unik dan keadaan dalam membangunkan industri berorientasikan kesejahteraan dan meningkatkan Heyuan menjadi sebuah bandar raya yang sesuai untuk didiami dengan keindahan yang mengkhayalkan, keusahawanan, pelancongan percutian, kebahagiaan, dan daya tarikan yang tidak terhingga.
 
Sumber: Biro Publisiti Perbandaran Heyuan
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=281611
 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.