ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 18, 2024 -Sabtu

 
  PROFESOR HONG KONG DALAM BIDANG MAKANAN & SAINS PEMAKANAN DILANTIK SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENASIHAT PEMAKANAN HERBALIFE

Wednesday 04/01/2017



HONG KONG, 4 Jan (Bernama- BUSINESS WIRE) -- Herbalife, sebuah syarikat pemakanan bertaraf dunia, telah mengumumkan bahawa Dr. Zhen-Yu Chen, seorang pakar di dalam makanan dan sains pemakanan telah dilantik ke Lembaga Penasihat Pemakanan (NAB) mereka hari ini. 

Dr. Chen mempunyai lebih 27 tahun pengalaman di dalam bidang makanan dan sains pemakanan, dan pada masa ini merupakan Ketua Profesor bagi Program Makanan dan Sains Pemakanan dan Ketua Bahagian Pengajian Siswazah bagi Pusat Pengajian Sains Hayat di The Chinese University of Hong Kong. Selepas menamatkan pengajian PhD beliau di dalam bidang pemakanan dan sains makanan di Universiti Massachusetts di Amerika Syarikat, Dr. Chen memberi kuliah mengenai makanan dan sains pemakanan di The Chinese University of Hong Kong, dan menyumbang kepada lebih dari 200 kertas jurnal yang berkaitan dengan makanan dan sains pemakanan dengan jumlah nukilan melebihi 10,000 dan mempunyai indeks-H 55. 

Sebagai seorang pakar pemakanan yang terkenal, Dr. Chen telah dianugerahkan beberapa anugerah industri sepanjang kerjaya beliau. Ini termasuk Anugerah Kemajuan bagi Aplikasi untuk Pertanian dan Kimia Makanan oleh Persatuan Kimia Amerika pada tahun 2016, Anugerah Output Penyelidikan Saintifik Cemerlang Pendidikan Tinggi Bagi Sains Semula Jadi oleh Kementerian Pendidikan di China pada tahun 2010, dan Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan oleh The Chinese University of Hong Kong pada tahun 2009. Dr. Chen menerima Anugerah Fellow dari Bahagian Pertanian dan Kimia Makanan daripada Persatuan Kimia Amerika pada tahun 2012 dan Anugerah Fellow dari Royal Society of Chemistry (UK) pada tahun 2015. 

Dr. Chen juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi bagi Jawatankuasa Pakar mengenai Keselamatan Makanan di Biro Makanan dan Kesihatan, Kerajaan SAR Hong Kong, Ahli Majlis Persatuan Pemakanan China dan editor bersekutu untuk Journal of Agricultural and Food Chemistry. Beliau telah memberi ucapan di pelbagai persidangan pemakanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, dengan tumpuan khusus kepada bidang kimia makanan dan pemakanan yang berkaitan dengan makanan berfungsi rendah kolesterol, antioksidan semula jadi, asid lemak Omega-3 dan Omega-6, dan juga pengoksidaan lipid di dalam makanan. 

"Kami gembira untuk mengalu-alukan Dr. Chen kepada Lembaga Penasihat Pemakanan Herbalife. Sebagai seorang pakar yang amat dihormati di dalam bidang makanan dan sains pemakanan, Dr. Chen adalah suatu aset yang berharga untuk pasukan kami ketika kami meningkatkan usaha kesihatan dan sokongan pemakanan kami di seluruh Asia Pasifik. Kami amat teruja dengan kehadiran beliau di dalam lembaga ini , dan berharap beliau dapat bekerja bersama ahli-ahli NAB kami untuk memberi inspirasi kepada pemakanan positif dan tabiat hidup yang sihat dan aktif secara kolektif di rantau itu," kata Dr. John Agwunobi, Ketua Kesihatan dan Pegawai Pemakanan di Herbalife.  

Pelantikan Dr. Chen ke Lembaga Penasihat Pemakanan Herbalife mencerminkan komitmen berterusan syarikat kami untuk melanjutkan punca inspirasi tabiat pemakanan positif di Asia Pasifik, dengan memupuk kerjasama rapat dengan pakar-pakar pemakanan terkemuka di rantau itu. Dengan penambahan Dr. Chen ke dalam lembaga ini , Lembaga Penasihat Pemakanan Herbalife kini mempunyai seramai 26 orang ahli yang terdiri daripada kalangan profesional pemakanan dan kesihatan dari seluruh pelusuk dunia, dengan enam daripada ahli-ahli itu datang dari Asia Pasifik. 

Maklumat mengenai Lembaga Penasihat Pemakanan Herbalife

Dimulakan pada tahun 2004 oleh M.D., Ph.D., F.A.C.P., F.A.S.N. David Heber, Pengerusi Institut Pemakanan Herbalife, Lembaga Penasihat Pemakanan Herbalife (NAB) terdiri daripada golongan profesional dalam bidang pemakanan dan kesihatan dari seluruh dunia yang melanjutkan prinsip dan falsafah yang digariskan oleh Institut Pemakanan Herbalife ke dalam proses mendidik dan melatih Ahli Bebas Herbalife mengenai prinsip pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dan cara hidup yang sihat. Pengerusi Lembaga Penasihat Pemakanan adalah Naib Presiden, Pendidikan dan Pembangunan Pemakanan Seluruh Dunia dan M.D., M.P.H. Luigi Gratton, yang disokong oleh Dr David Heber dan Ph.D. Louis Ignarro Pemenang Hadiah Nobel di dalam Perubatan. Untuk maklumat lanjut mengenai Lembaga Penasihat Pemakanan, sila layari http://company.herbalife.com/nab  

Maklumat mengenai Herbalife

Herbalife adalah sebuah syarikat nutrisi bertaraf dunia yang telah berjaya mengubah kehidupan orang ramai dengan produknya yang hebat sejak tahun 1980. Produk pemakanan, pengurusan berat badan, tenaga dan kecergasan dan produk penjagaan peribadi kami boleh didapati secara eksklusif dari dan melalui Ahli Bebas Herbalife yang berdedikasi di lebih 90 buah negara. Kami komited untuk menangani masalah obesiti dan pemakanan yang tidak sihat di seluruh dunia dengan menawarkan produk yang berkualiti tinggi, bimbingan khusus satu dengan satu dengan seorang ahli Herbalife dan sebuah komuniti yang memberi inspirasi kepada pelanggan untuk hidup sihat dan aktif. 

Kami menyokong Yayasan Keluarga Herbalife (HFF) dan program Casa Herbalife mereka untuk membantu membawa nutrisi yang baik kepada kanak-kanak yang memerlukan. Kami juga menaja lebih 190 atlet, pasukan dan acara yang bertaraf dunia di seluruh pelusuk dunia, termasuk Cristiano Ronaldo, LA Galaxy dan juara dalam banyak sukan yang lain. 

Syarikat itu mempunyai lebih 8,000 orang pekerja di seluruh dunia, dan sahamnya didagangkan di Bursa Saham New York (NYSE: HLF) dengan jualan bersih sebanyak AS$4.5 bilion pada tahun 2015. Laman web Herbalife mengandungi sejumlah besar maklumat kewangan dan maklumat lain mengenai syarikat itu di at http://ir.Herbalife.com. Syarikat itu menggalakkan pelabur untuk melayari laman web mereka dari semasa ke semasa, memandangkan maklumat dikemaskini dan maklumat baharu diposkan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari Herbalife.com atau IAmHerbalife.com.  

Hubungi
Herbalife Asia Pasifik
Daliea Mohamad-Liauw, +852-3589-2643
Naib Presiden, Perhubungan Korporat
dalieal@herbalife.com

Sumber: Herbalife
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51480513&lang=en

 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.