ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 05, 2024 -Ahad

 
  ​NAVIGATORS MELANTIK PASUKAN KEPIMPINAN ASIA

Thursday 05/01/2017



Fokus Utama pada Hong Kong dan Asia Utara.

LONDON, 5 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Navigators Group, Inc. (NASDAQ:NAVG), iaitu sebuah syarikat insurans dan insurans semula khusus global, telah mengumumkan pelantikan pasukan kepimpinan di Asia pada hari ini. Jon Doherty telah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Asia; Sang Kyoun (S.K.) Kim sebagai Ketua Pegawai Penaja Jaminan dan Paul D’Souza sebagai Ketua Pegawai Operasi/Ketua Pegawai Kewangan bagi rantau itu. 

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di: 

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d55d4ebc-4950-423d-a220-461a06ffcf69 

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c24cab64-950e-4ce5-a27f-b8ea744e526f 

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/87f92591-425a-4ce3-9f76-4d356c29f1fc 

Pasukan ini akan bertapak di Hong Kong dan sedang menunggu penyempurnaan sebarang permohonan yang diperlukan. Ahli-ahli baharu ini membentuk penyertaan sedia ada Navigators dalam Lloyd’s China, di mana syarikat telah beroperasi sejak tahun 2010 di bawah kepimpinan Junci Wu. Fokus utama mereka adalah pada produk marin, nahas dan produk khusus lain Navigators melalui agen dan broker serta rakan kongsi strategi merentasi Asia Utara. 

“Jon, S.K. dan Paul mempunyai pengalaman yang banyak dalam rantau ini,” kata Michael J. Casella, Presiden Insurans Antarabangsa Navigators.   

“Pengalaman kaya mereka dalam pasaran Asia dan hubungan jangka panjang yang kukuh akan menyokong perkembangan perniagaan kami yang dilaksanakan dengan teliti di Asia.” 

Jon Doherty akan berkhidmat sebagai Pengarah Pengurusan Asia dan bertanggungjawab bagi memantau semua aktiviti rantau ini. En. Doherty mempunyai hampir 30 tahun pengalaman dalam industri insurans dan telah bekerja dengan Chubb Group of Insurance Companies lebih daripada 20 tahun. Beliau berkhidmat sebagai Pengurus Pemasaran Strategik Zon Asia Pasifik sebelum ini. 

Sebagai Pegawai Penaja Jaminan di Asia, S.K. Kim akan bertanggungjawab untuk semua aktiviti penaja jaminan di rantau ini. En. Kim telah bekerja dalam industri tersebut selama lebih 25 tahun yang kebanyakan pengalamannya di Chubb Group of Insurance Companies. Beliau menjawat jawatan sebagai Wakil Timbalan Cawangan Korea Chubb sebelum ini. 

Paul D’Souza menjawat jawatannya sebagai Ketua Pegawai Operasi/Ketua Pegawai Kewangan dengan pengalaman kewangan antarabangsanya selama 20 tahun.  

Sebelum ini, En. D'Souza merupakan Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Kewangan Zon Asia Pasifik di Chubb Group of Insurance Companies. 

Mengenai Navigators
Navigators Group, Inc. merupakan syarikat pemegangan insurans khusus antarabangsa dengan syarikat pengurusan operasi syarikat insurans dan penaja jaminan, termasuk operasi di Lloyd. Navigators mempunyai cawangan di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Eropah, serta pejabat wakil di China. 

SUMBER : The Navigators Group, Inc. 
 
MAKLUMAT HUBUNGAN:
Courtney Oldrin
coldrin@navg.com
+1 203 905 6531

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.