ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 18, 2024 -Sabtu

 
  $100,000 DIKHUSUSKAN DARIPADA SHARJAH KEPADA WIRA-WIRA PELARIAN YANG TIDAK DISANJUNG

Thursday 05/01/2017



Anugerah yang dilancarkan oleh Yang Teramat Mulia meraikan nilai-nilai ketabahan dan keyakinan dalam menghadapi kesukaran

SHARJAH, Emiriah Arab Bersatu, 5 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dalam satu usaha yang pertama kali seumpamanya untuk mengiktiraf usaha-usaha cemerlang rakyat terhadap kelompok manusia yang disingkirkan secara paksa di Asia, Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), 'Anugerah Antarabangsa Sharjah untuk Perakuan & Sokongan Orang Pelarian', sebuah anugerah kemanusiaan bernilai $100,000, telah dilancarkan oleh keluarga Pemerintah Sharjah, emiriah yang ketiga terbesar di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Yang Teramat Mulia Sheikha Jawaher bint Mohammed Al Qasimi, Isteri kepada Yang Teramat Mulia Raja Sharjah, Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) Penyokong Terbilang bagi Pelarian Kanak-kanak dan Pengerusi The Big Heart Foundation (TBHF), telah melancarkan anugerah itu sebagai satu penghormatan kepada mereka yang telah bertungkus lumus berusaha untuk memperbaiki kehidupan berjuta-juta orang pelarian dan keluarga yang kehilangan tempat tinggal.

"Sekali setiap tahun, Anugerah Antarabangsa Sharjah untuk Perakuan & Sokongan Orang Pelarian akan mengiktiraf komitmen berterusan seseorang individu atau sesebuah organisasi untuk mengakhiri penderitaan pelarian. Melalui penerimanya, anugerah itu berhasrat untuk membina satu legasi ketabahan yang tidak mementingkan diri sendiri yang akan memberi inspirasi kepada kelompok manusia yang lebih besar untuk membawa senyuman kepada wajah-wajah mereka yang kehilangan tempat tinggal disebabkan oleh peperangan dan krisis," kata Yang Teramat Mulia Sheikha Jawaher Al Qasimi.

"Anugerah itu adalah merupakan satu penegasan semula komitmen berterusan UAE kepada kedermawanan global, dan telah ditubuhkan sebagai satu kesinambungan kepada pendekatan kebaikan dan kedermawanan sebagaimana yang diasaskan oleh pemimpin-pemimpin negara itu yang murah hati," kata Yang Teramat Mulia.

Anugerah itu, yang dilancarkan di bawah naungan Yang Teramat Mulia Sheikh Dr. Sultan bin Muhammad Al Qasimi, Ahli Majlis Tertinggi dan Pemerintah Sharjah, akan dianjurkan oleh TBHF dan UNHCR, dan akan mengetengahkan cara bagaimana usaha sesetengah orang telah memupuk keyakinan dan harapan di dalam hati ratusan ribu orang pelarian melalui penyediaan makanan, tempat tinggal, penjagaan kesihatan, pendidikan dan penyelesaian sosial.

Sekretariat Umum bagi Anugerah Antarabangsa Sharjah untuk Perakuan & Sokongan Orang Pelarian mengalu-alukan penyertaan bagi anugerah itu dari seluruh dunia, bagi kerja bantuan yang dijalankan untuk pelarian di Asia, Timur Tengah dan Afrika Utara sahaja.
 
Pengurusan cekap bagi kewangan dan modal insan, tadbir urus yang baik dan ketelusan dan akauntabiliti di dalam pelaksanaan kerja-kerja kemanusiaan akan menjadi bidang tumpuan khas bagi anugerah itu. Satu program orientasi tahunan bagi golongan individu dan organisasi yang menggariskan visi, matlamat dan syarat-syarat penyertaan anugerah itu juga akan diadakan.

Hubungi
National Network Communications
Mousa Nimer, +971-50-222-0561
m.nimer@nncpr.com

Sumber: Sharjah

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170104005679/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.