ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 05, 2024 -Ahad

 
  MONSTER® MENGEMBANGKAN JANGKAUAN SALURAN GLOBAL DENGAN KERJASAMA ANTARABANGSA BAHARU DENGAN BRIGHTSTAR CORP.

Thursday 05/01/2017



CES® 2017 Brightstar Bergabung dengan Monster untuk Membawa Prestasi Produk Audio Berprestasi Tinggi Mereka kepada Peruncit, MVNO, Operator Rangkaian Mudah Alih, Pelanggan Dalam Talian dan Perusahaan Merentasi 55 buah Negara di Enam Benua

• Selain itu, Monster Akan Mereka Bentuk dan Membina Fon Kepala dan Fon Telinga Eksklusif yang Baharu untuk Saluran/ Pelanggan Brightstar

LAS VEGAS, 5 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Monster®, pemimpin dunia di dalam fon kepala premium dan berprestasi tinggi dan pembesar suara Bluetooth, hari ini mengumumkan satu perkongsian dengan Brightstar Corp., syarikat perkhidmatan mudah alih yang terkemuka di dunia, yang akan mewujudkan Brightstar sebagai pembekal barisan produk audio dan aksesori mudah alih Monster di seluruh dunia. Kerjasama di antara kedua-dua pemimpin industri utama itu akan mewujudkan satu rangkaian baharu yang berkuasa di seluruh dunia untuk membawa produk kuasa dan audio berprestasi paling tinggi kepada pengguna akhir di 55 buah negara di enam benua.

Monster adalah syarikat yang menciptakan Beats asal oleh barisan pembesar suara dan fon kepala Dr. Dre yang telah merevolusikan audio mudah alih. Monster dan Brightstar sedang menggabungkan kekuatan mereka untuk membawa pengalaman audio yang lebih besar dengan penciptaan audio terkini Monster kepada lebih banyak peruncit dan pengguna di seluruh dunia.

Produk baharu yang menarik termasuk pembesar suara Super Monster yang terbaharu - SuperStar Monster Blaster, sebuah "boombox" yang digambarkan semula bagi abad ke-21 yang bercirikan penyambungan Bluetooth dan USB, bersama-sama dengan satu barisan baharu keseluruhan pembesar suara Superstar Bluetooth dan versi baharu Element atasan Monster fon kepala pada telinga dan atas telinga yang mempunyai input digital beresolusi tinggi dan juga Bluetooth tanpa wayar. Brightstar juga akan memperkenalkan barisan iSport Monster bagi fon kepala di telinga Bluetooth yang menawarkan pelbagai jenis titik harga dan tahap prestasi audio. Barisan harga nilai Monster bagi fon kepala berwayar Clarity HD dan Bluetooth akan membuat kualiti bunyi Monster yang legenda disediakan kepada lebih ramai orang di lebih banyak negara. Selain kualiti bunyi legenda Monster, tahap baharu keselesaan dan ketahanan terutama dibina khusus ke dalam kesemua produk ini, sekali gus menyediakan kepada pengguna dengan pengalaman audio yang paling utama.

Monster Akan Wujudkan Produk Fon Kepala Baharu Yang Eksklusif untuk Brightstar

Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, Monster akan mereka bentuk dan membina satu barisan baharu fon kepala digital dan Bluetooth yang direka terutamanya untuk Brightstar dan saluran / pelanggan mereka. Di samping itu, Monster akan memperkenalkan barisan lengkap produk kuasa dan kabel termaju yang belum pernah dilihat sebelum ini, melalui peruncit Brightstar pada Pameran Elektronik Pengguna 2017.

Ketua Monster Noel Lee berkata: "Kami amat teruja untuk mempunyai Brightstar sebagai sebuah rakan kongsi bagi produk audio serba canggih kami yang baharu yang membolehkan kami untuk memperluaskan tapak saluran global kami ke dalam saluran-saluran baharu dan menarik. Monster akan menjadi tumpuan bagi pengembangan Brightstar ke dalam produk audio berprestasi tinggi, terutamanya bagi saluran mudah alih. Melalui reputasi kecemerlangan rantaian bekalan Brightstar, Monster akan dapat menawarkan lebih banyak produk dan perkhidmatan untuk manfaat peruncit di seluruh dunia. Peruncit berkualiti tinggi yang terpilih kini boleh menjual Monster, untuk meningkatkan bukan sahaja reputasi kami tetapi juga peruncit Brightstar."

"Dengan aksesori menjadi satu bahagian penting di dalam kehidupan mudah alih setiap hari, perjanjian kami mencerminkan bila dan di mana pengguna membelinya, sekali gus membolehkan kami untuk memenuhi selera pengguna bagi pengalaman audio yang dipertingkatkan," kata Andy Zeinfeld, Presiden Brightstar bagi Pembangunan & Jualan Saluran Global. "Kami mahu semua orang tahu bahawa pelanggan kami adalah tempat untuk membeli-belah bagi produk Monster.

Zeinfeld berkata: "Monster telah mereka bentuk satu cara yang berinovatif untuk menggalakkan pengalaman pelanggan yang betul dengan paparan dan promosinya dan dengan melatih pasukan jualan mengenai apa yang membuat Monster yang terbaik di dalam industri. Kami berbangga kerana dapat menawarkan produk Monster yang berprestasi tinggi  kepada peruncit terbaik kami dan pelanggan di semua negara di mana kami menjalankan perniagaan. Ia benar-benar membawa senario menang, menang, menang, menang, untuk Brightstar, Monster, peruncit kami, dan pengguna akhir kami."

(Ketersediaan produk akan berbeza-beza mengikut negara dan tarikh mula dijual akan diumumkan mengikut negara setempat).

Maklumat mengenai Monster

Sepanjang 35 tahun yang lalu, Monster® telah menjadi sebuah pemangkin kepada inovasi dan idea-idea yang besar. Mengetahui bahawa kabel di dalam sistem hi-fi mempengaruhi bunyi, Ketua Monster Noel Lee membangunkan Kabel Monster – yang mendapat sambutan serta merta. Monster® mengendalikan bunyi fon kepala Beats®, dan sejak itu telah menjadi pengeluar terkemuka dunia bagi fon kepala berprestasi tinggi, kesemuanya menampilkan teknologi Pure Monster Sound™. Hari ini, syarikat itu menawarkan penyelesaian penyambungan termaju untuk pemuzik profesional, hiburan rumah, pengkomputeran, mudah alih dan permainan, serta AC Kuasa berprestasi tinggi dan produk penyaman. Monster® terus menerajui di dalam inovasi dengan Monster diberikan lebih 500 Paten dan 100 paten yang sedang menunggu kelulusan di seluruh dunia, dengan menawarkan lebih 5,000 produk di lebih 160 buah negara. Monster® juga boleh berbangga dalam membantu mereka yang berada dalam keadaan yang kurang bernasib baik melalui Monster Cares. Secara keseluruhan, Monster® melakukan apa yang dilakukannya Kerana Muzik Lebih Utama.

Terokai dunia Monster di www.monsterproducts.com. Untuk menjadi seorang peminat produk Monster®, sila ikuti kami di Facebook (www.facebook.com/monsterproducts) atau Twitter (www.twitter.com/monsterproducts).

Maklumat mengenai Brightstar Corp.

Brightstar Corp. adalah sebuah anak syarikat milik SoftBank Group Corp. dan syarikat perkhidmatan mudah alih yang terkemuka di dunia untuk menguruskan peranti dan aksesori merentasi ekosistem tanpa wayar. Dengan satu portfolio yang komprehensif yang menawarkan B2B dan kepakaran tanpa wayar yang tiada tandingan, kami memudahkan dunia tanpa wayar, menjadikan teknologi mudah alih boleh diakses kepada semua orang. Brightstar memberi perkhidmatan kepada pengendali rangkaian mudah alih, peruncit, pengilang dan pelanggan perusahaan merentasi 100 buah negara, dan kami menyentuh hampir setiap aspek peranti mudah alih di sesuatu tempat di kitaran hayatnya dengan menyediakan perkhidmatan akhir-ke-hujung yang berinovatif yang lancar bersepadu di seluruh rantaian nilai mudah alih pelanggan. Brightstar melaporkan pendapatan bersih global kira-kira $12.1 bilion pada tahun 2015. Untuk maklumat lanjut, sila e-mel Accessories-Global@brightstar.com atau layari www.Brightstar.com.

Hubungi
Monster
Sara Trujillo, 917-295-5491
sara@trujillopr.com
atau
Brightstar
Erik Hofmeyer, 305-921-1258
Erik.Hofmeyer@brightstar.com

Sumber: Brightstar Corp.

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170104005137/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.​

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.