ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 05, 2024 -Ahad

 
  PEMENANG HADIAH DIPILIH UNTUK CABARAN WASHOKU SEDUNIA 2016, PERTANDINGAN MASAKAN JEPUN UNTUK CHEF ANTARABANGSA

Thursday 05/01/2017



AsiaNet 67031

TOKYO, 5 Jan., 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
-  Chef Masakan Jepun Luar Negara No. 1 Cheong Cherng Long dari Malaysia -
 
Pada 15 Disember, pusingan akhir Cabaran Washoku Sedunia 2016, satu pertandingan  masakan Jepun untuk chef-chef antarabangsa yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan, telah diadakan di Tokyo dan Cheong Cherng Long (berumur 31 tahun) dari Malaysia telah memenangi mahkota No. 1 chef masakan Jepun luar negara (Hadiah Emas). Hadiah Perak dimenangi oleh Shaun Presland (berumur 45 tahun) dari Australia dan Hadiah Gangsa diraih oleh Songkran Comnew (berumur 35) dari Thailand.
 
http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201612287545/
 
(Foto1:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103899/201612287545/_prw_OI1fl_1I29N1IB.JPG)
 
Cheong Cherng Long dari Malaysia menerima Hadiah Emas Trofi Kristal daripada Menteri Negara bagi Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Ken Saito pada satu majlis anugerah yang diadakan di sebuah hotel di Tokyo

Hidangan asal yang disediakan oleh pemenang Hadiah Emas Cheong adalah "Akamutsu no kenchin yaki." Ini adalah satu hidangan yang disediakan dengan memanggang "tauhu" dan sayur-sayuran musim sejuk yang dibalut dalam "akamutsu" (siakap merah jambu), yang sangat lazat di musim sejuk. Pada kali ini peserta dikehendaki menggunakan sayur-sayuran musim sejuk dan Cheong telah menambahkan satu hidangan sampingan "gobo" yang disumbat dengan labu yang direbus lembut dengan bijinya dikeluarkan, di samping merangka satu cara untuk menambahkan "edamame" tempura, sekali gus menunjukkan satu kesedaran tentang memberikan kepelbagaian kepada warna dan tekstur hidangan itu. Beliau telah diberikan nilai yang tinggi di atas tahap kesempurnaan hidangan secara keseluruhan, termasuk bukan sahaja kepada rasa tetapi juga susunannya.
 
(Foto2:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103899/201612287545/_prw_OI2fl_3YAm4OA7.png)
 
Hidangan asal "Akamutsu no kenchin yaki" yang dicipta oleh Cheong Cherng Long.
 
Cheong memegang trofi itu ketika beliau bercakap mengenai keazaman beliau yang diperbaharui untuk "menggunakan apa yang telah saya alami dan belajar pada kunjungan kali ini ke Jepun untuk diri saya sendiri di masa hadapan dan melakukan segala yang saya mampu untuk berkongsi makanan Jepun yang tulen dengan dunia."

(Foto3:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103899/201612287545/_prw_OI3fl_s2abA2z7.png)
 
Cabaran Washoku Sedunia 2016 menerima penyertaan untuk 205 hidangan dari 26 buah negara dan wilayah. Selepas tarikh tutup penyertaan, 23 hidangan yang dimasukkan oleh 20 orang calon yang lulus saringan awal telah dicipta semula di Tokyo mengikut resipi mereka dan diadili berdasarkan kepada unsur-unsur seperti pemahaman mereka tentang teknik, rasa, rupa, keaslian, dan daya maju washoku di negara asal mereka. Dari 20 orang calon itu, 10 orang telah dipilih untuk bersaing di peringkat akhir. 
 
SUMBER: Pejabat Jawatankuasa Eksekutif Cabaran Dunia Washoku

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.