ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 05, 2024 -Ahad

 
  TCL LANCAR PRODUK PERDANA BAHARU TV QUHD PADA CES 2017 – SIRI X (X2 DAN X3) MEMPUNYAI CIRI-CIRI TEKNOLOGI PAPARAN QUANTUM DOT, DOLBY VISION DAN REKA BENTUK TANPA SISI "SANGAT NIPIS"

Thursday 05/01/2017



Kualiti Gambar dan Sistem Audio yang Menakjubkan untuk Menyampaikan Pengalaman Imersif Paling Tinggi

LAS VEGAS, 5 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TCL, The Creative Life, telah mengadakan satu sidang akhbar global bertemakan "Ini adalah TV PINTAR" dengan penekanan kepada mendefinisikan semula apa itu TV pintar pada 4 Januari 2017 semasa CES 2017 untuk melancarkan produk perdana mereka dengan teknologi pintar, reka bentuk pintar dan kualiti gambar premium di dalam siri X mereka -- X2 dengan sebuah panel rata & X3 dengan sebuah panel melengkung, kedua-duanya memaparkan teknologi paparan Quantum Dot (QD), teknologi julat dinamik tinggi (HDR) Dolby Vision, MEMC, sistem bunyi Harman Kardon dan sebuah reka bentuk ultra nipis dan tanpa sisi.

X2 dan X3 memiliki kualiti gambar yang menakjubkan dengan adanya teknologi paparan QD yang berevolusi, Dolby Vision dan teknologi MEMC. Paparan QD itu menggunakan satu kompaun bukan organik sebagai bahan pemancar cahaya yang bukan sahaja stabil dan bebas daripada masalah seperti kas warna dan ketidakseimbangan kualiti gambar, tetapi yang paling penting ia boleh mengatasi OLED untuk menyampaikan satu gamut warna yang luas yang tidak pernah berlaku sebelum ini iaitu 110% NTSC. Dengan memanfaatkan inovasi HDR yang memberi kuasa kepada pawagam Dolby yang paling maju di seluruh dunia, Dolby Vision mengubah pengalaman TV di rumah dengan memberikan kecerahan dan kontras yang lebih besar, serta palet pelbagai warna yang lengkap. Dolby Vision adalah aliran kerja HDR pilihan bagi studio-studio utama dan golongan profesional kreatif yang semakin meningkat, agar pengguna akan mempunyai akses kepada lebih daripada apa yang mereka mahu tonton di HDR, yang termasuk sebuah portfolio filem dan kandungan episod yang teguh. Selain itu, MEMC terbina dalam, yang menggunakan sistem imejan dinamik, akan membayar pampasan bagi gerakan paparan yang kabur dan mengurangkan jejak pergerakan kepada tahap minimum.

Selain daripada pengalaman bunyi di peringkat studio dengan enam pembesar suara Harman Kardon, TCL juga telah melengkapkan X2/X3 dengan banyak fungsi yang berguna seperti Bluetooth Audio dan Sound Return. Bluetooth Audio membolehkan pengguna untuk menukarkan TV ke dalam sebuah stereo bebas dengan menyambungkan telefon pintar kepada TV dan menikmati muzik dengan paparan TV dimatikan. Sound Return boleh menghantar isyarat audio ke telefon pintar melalui WiFi, dan pengguna boleh menonton TV ketika memakai fon kepala tanpa mengganggu orang lain.

TCL telah membuat peningkatan yang besar dengan X2/X3 dari segi segi saiz dan rupa. X2 dan X3, iaitu masing-masing mempunyai ketebalan 7.9mm dan 6.9mm, kedua-duanya boleh didapati dalam dua saiz: 55" dan 65".

Komited untuk melabur di dalam teknologi masa hadapan, TCL mengumumkan di CES bahawa dalam masa terdekat, ia akan melancarkan QD yang pertama di dunia pada cip TV LED dengan kualiti gambar yang lebih mempesonakan. TCL juga berusaha pada reka bentuk perindustrian untuk mencapai tahap kenipisan yang melampaui had  - sebuah TV QD melengkung 65 inci akan hanya mempunyai ketebalan 3.9mm, sekali gus menetapkan standard baharu untuk kategori itu.

Untuk maklumat lanjut atau bagi mendapatkan pengalaman sebenar mengenai siri X di CES, sila lawati tapak TCL 12929.

Nota: Ciri-ciri produk dan spesifikasi mungkin berbeza di dalam pasaran yang berlainan.

Maklumat mengenai TCL Multimedia

Beribu pejabat di China, TCL Multimedia Technology Holdings Limited (HKSE: 01070) adalah satu daripada syarikat terkemuka di dalam industri TV global, yang terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran dan pengedaran produk elektronik pengguna. Dengan satu model perniagaan produk baharu dan berorientasi pengguna yang memberi tumpuan terutamanya kepada strategi "berganda+" yang menyasarkan untuk mencapai "kecerdasan + Internet" dan "produk + perkhidmatan", TCL Multimedia sedang berusaha untuk menjadi sebuah "perusahaan teknologi hiburan global" yang menyediakan penyelesaian hiburan yang bersepadu kepada pelanggan.

Hubungi

TCL Multimedia
Phillip Wu, +86-135-1081-6506
wulf@tcl.com

Sumber: TCL Multimedia


Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170104006575/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.