ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MELANCARKAN LAWATAN BERSIAR DI TOKYO DENGAN LIMUSIN YANG DIPANDU PEMANDU FASIH BERBAHASA INGGERIS UNTUK MENINJAU KILANG-KILANG SAKE JEPUN

Tuesday 10/01/2017



TOKYO, 10 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, telah memulakan satu lawatan limusin khas bersiar-siar ke kilang-kilang sake dan sebuah muzium dengan pilihan mempunyai pemandu yang bertutur bahasa Inggeris dengan kerjasama Keio Jidousha Co., Ltd (Syarikat Teksi Keio) pada Disember, 2016. Rancangan ini ditawarkan sempena memperingati pembukaan kemudahan penginapan kategori tertinggi di Keio Plaza Hotel Tokyo “Tingkat-tingkat Premier Grand Club,” dan sebagai respons kepada permintaan yang tinggi daripada tetamu luar negara yang berminat untuk mengalami budaya Jepun di satu tahap yang lebih peribadi dan di dalam keselesaan sebuah kenderaan mewah.

Lawatan dengan pemandu khas ini akan membawa tetamu ke dua daripada tiga kilang Sake Jepun yang terletak di barat Tokyo, termasuk Kilang Sake IshikawaKilang Sake Tamura, dan Kilang Sake Ozawa. Di samping itu, tetamu akan juga dibawa ke “Muzium Kushi Kanzashi (Sikat rambut tradisional yang penuh dengan hiasan).” Lawatan ini boleh memuatkan sehingga enam orang tetamu dalam van mini yang dibawa khas oleh pemandu, dengan pilihan untuk mendapatkan khidmat pemandu yang bertutur bahasa Inggeris.

Lebih 75% tetamu yang menggunakan Keio Plaza Hotel (1,437 bilik tetamu) adalah dari luar negara. Keio Plaza Hotel menawarkan kepada tetamu dengan pelbagai pilihan untuk bersiar-siar termasuk 50 jenis lawatan bas bersiar-siar yang berbeza yang tiba dan berlepas dari lobi hotel kami, menaiki teksi untuk bersiar-siar di Tokyo, bas ulang-alik percuma ke Disneyland Tokyo, dan banyak lagi. Lawatan ini yang menerokai kilang-kilang sake telah diwujudkan sebagai respons kepada populariti yang semakin meningkat di seluruh dunia mengenai sake Jepun, serta minat yang semakin meningkat di kalangan pelawat luar negara untuk turut serta dan belajar tentang budaya Jepun, di samping menghabiskan masa membeli-belah semasa lawatan mereka. Kebanyakan kilang sake di Tokyo terletak di kawasan desa dan dilihat sebagai tempat yang sukar untuk dikunjungi, terutamanya bagi pelancong luar negara yang tidak biasa dengan kawasan ini. Dengan memulakan rancangan ini, kami berusaha untuk menawarkan kepada tetamu kami dengan peluang yang unik untuk menerokai aspek baharu dan menarik mengenai Tokyo.

Butiran Lawatan
Hari-hari Lawatan: Selasa hingga Ahad
Bilangan Tetamu Lawatan: Di antara 1 hingga 6 tetamu (Satu lawatan setiap hari)
Bayaran: JPY50,000 (untuk 1 hingga 4 tetamu), JPY55,000 (Van mini untuk sehingga 6 orang tetamu)
*Caj perkhidmatan tambahan JPY3,000 untuk lawatan yang diadakan pada Sabtu dan semasa musim cuti
*Bayaran termasuk pengangkutan, tol, bayaran masuk ke muzium, dan cukai (Tidak termasuk bayaran untuk makan tengah hari)

Versi Lengkap Siaran Akhbar

Hubungi
Keio Plaza Hotel Tokyo
Sunaho Nakatani, +81-3-5322-8010
Pengurus Perhubungan Awam
s-nakatani@keioplaza.co.jp
 

Sumber: Keio Plaza Hotel Tokyo

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170109005013/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.