ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  “BUDDY” PEMBERSIH LANTAI BERAUTONOMI MILIK MURATA MACHINERY SECARA RASMINYA DIKERAHKAN DI LAPANGAN TERBANG CHANGI SINGAPURA

Wednesday 11/01/2017



AsiaNet 67086

SINGAPURA dan KYOTO, Jepun, 11 Jan., 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

 
MURATA MACHINERY SINGAPORE PTE. LTD. dengan sukacitanya ingin mengumumkan pada 11 Januari mengenai perolehan rasmi dan penempatan pembersih dan pengering lantai berautonomi kami, "Buddy" di Lapangan Terbang Changi Singapura oleh Changi Airport Group (S) Pte. Ltd. Dengan "Sistem Pemanduan Arah Pemindahan Pintar" kami yang dibangunkan secara bersendirian ("It’s Navi (R)"), Buddy meningkatkan tahap kecekapan pembersihan dan mengurangkan penggunaan tenaga manusia yang diperlukan untuk membersihkan ruang yang besar, terutamanya semasa operasi pembersihan pada waktu malam.

(Foto1:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103729/201701067698/_prw_OI1fl_5c1VUgZl.png)
 
(Foto2:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103729/201701067698/_prw_OI2fl_8eixvQ8o.png)
 

Dengan It’s Navi (R), kami telah dapat mengubah sebuah mesin pembersihan manual jenis tekan belakang kepada sebuah robot pembersihan yang berautonomi. Buddy mampu menghafal sehingga 64 laluan yang berbeza, lengkap dengan data mengenai penggunaan air, tekanan pad/berus, tahap kelajuan dan kuasa vakum yang digunakan di setiap saat bagi setiap laluan pembersihan. Dengan ini, Buddy boleh secara sempurna menghasilkan operasi pembersihan yang sangat optimum dan cekap seperti seorang kakitangan pembersihan veteran yang menggunakan peralatan pembersihan tradisional.

Buddy telah menghasilkan kerja-kerja pembersihan yang sangat baik di satu daripada lapangan terbang yang paling sibuk di Jepun dengan pihak berkuasa lapangan terbang memberikan ulasan yang baik berhubung prestasi pembersihan yang dilakukannya. Selepas penempatannya di Lapangan Terbang Changi, Buddy dijangka akan digunakan di pelbagai tempat, seperti pusat beli-belah yang besar, hospital dan kawasan awam.
 
Maklumat mengenai MURATA MACHINERY SINGAPORE PTE. LTD.
Nama: MURATA MACHINERY SINGAPORE PTE. LTD.
Alamat: 30 Loyang Way #05-17/18, Kawasan Perindustrian Loyang, SINGAPURA 508769
Ditubuhkan: April, 1993
Pemilikan modal: 100% dimiliki oleh MURATA MACHINERY, LTD.
Perniagaan: Perkhidmatan jualan dan teknikal bagi sistem logistik, sistem pengendalian bahan secara automatik bagi bilik-bilik bersih dan peralatan mesin
Laman web: http://muratec.com.sg/
 
Sumber: MURATA MACHINERY, LTD.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.