ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  TCL DISENARAIKAN ANTARA 50 JENAMA CE UTAMA DUNIA BAGI IDG 2016-2017 DI CES 2017

Wednesday 11/01/2017



TCL Quantum Dot TV Menerima Anugerah Terbaik Bagi Tahun Itu bagi Inovasi Teknologi Paparan Global

TCL C15BA Dinamakan Produk Terbaik Bagi Tahun Itu bagi Skrin Besar Bersepadu Terbaik Dunia

LAS VEGAS, 11 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TCL (The Creative Life), pengeluar TV ketiga terbesar di dunia, hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu telah diberi penghormatan oleh International Data Group (IDG) sebagai 50 Jenama CE Utama Dunia 2016-2017 dan 10 Jenama CE Utama 2016-2017 dari China, dan telah memenangi Anugerah Terbaik bagi Tahun itu bagi Inovasi Teknologi Paparan Global bagi TCL Quantum Dot TV. Selain itu, sebuah produk TCL yang diberi nama C15BA telah menerima anugerah Produk Terbaik bagi Tahun itu untuk Produk Skrin Besar Bersepadu Terbaik Dunia.

Majlis Anugerah Jenama Utama Global 2016-2017 telah dianjurkan bersama oleh International Data Group (IDG) dan TWICE dan disokong oleh IDC China, GFK dan CEOCIO China di Wynn Hotel, Las Vegas pada 6 Januari. Jenama Utama Global, yang kini dianjurkan untuk tahun ke-11, adalah satu majlis anugerah tahunan bagi syarikat-syarikat elektronik global. Sepanjang dekad itu, acara tersebut telah dikhususkan untuk mempamerkan jenama-jenama CE yang terkemuka bagi pengguna global dan meningkatkan pengaruh syarikat-syarikat CE di pasaran antarabangsa.

Semasa Pameran Elektronik Pengguna (CES) tahun ini, TCL telah memperkenalkan produk perdana terbaharu mereka Siri X TV QUHD – 7.9mm X2 pipih dan 6.9mm X3 melengkung, kedua-duanya memaparkan teknologi paparan Quantum Dot (QD) dan reka bentuk tanpa sisi "Super Slim". Langkah seterusnya bagi syarikat itu adalah untuk melancarkan QD yang pertama di dunia pada TV cip LED dengan kualiti gambar yang lebih mempesonakan. Selain itu, TV QD 65-inci melengkung yang mempunyai ketebalan hanya 3.9mm akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Dengan beribu pejabat di China dan menjalankan operasi di peringkat global, TCL adalah satu daripada syarikat utama di dalam industri TV global, yang terlibat di dalam penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran dan pengedaran bagi produk elektronik pengguna. Pada masa ini, syarikat itu sedang menjalani pengembangan yang agresif di luar negara dan telah mencapai kejayaan di pasaran-pasaran utama seperti Amerika Utara dan pasaran baru muncul. Menurut IHS Technology, TCL merupakan pengeluar TV ketiga terbesar di dunia dari segi penghantaran TV global pada tahun 2015. Data IHS Markit mendedahkan bahawa sehingga November 2016, TCL adalah merupakan jenama TV keempat terbesar di Amerika Utara dengan anggaran penghantaran TV tahunan ke Amerika Utara sebanyak dua juta unit pada tahun 2016.

Maklumat mengenai TCL Corporation

TCL Corporation adalah sebuah pengeluar dunia bagi produk pintar dan pembekal perkhidmatan aplikasi Internet. TCL Corporation yang disenaraikan sepenuhnya (000100. SZ) terdiri daripada TCL Multimedia (01070. HK), TCL Communication, TCL Display (00334. HK) dan Tonly Electronics (01249. HK). Ditubuhkan pada tahun 1981, TCL adalah sebuah pengeluar antarabangsa terkemuka bagi produk pintar yang yakin bahawa terdapat kenikmatan yang tidak terbatas di dalam kehidupan yang belum diterokai. Dalam tempoh 35 tahun yang lalu, TCL telah memberi kuasa kepada pengguna di seluruh dunia untuk mencari dan mencipta detik-detik mereka sendiri di dalam kehidupan. Sebagai satu daripada jenama teknologi China yang pertama untuk memasuki pasaran luar negara, TCL kini mempunyai 82,000 orang pekerja di seluruh dunia, dan mempunyai pejabat jualan di lebih 80 buah negara, dengan perniagaan yang meliputi lebih 160 negara dan wilayah di seluruh Asia, Amerika, Eropah dan Oceania, bersama-sama dengan 23 pusat Penyelidikan & Pembangunan (R&D) dan 21 pangkalan pembuatan. Sehingga tahun 2015, TCL adalah merupakan pengeluar TV ketiga terbesar di dunia dengan 17.84 juta unit dan telah mencapai kedudukan ke-5 di dalam pasaran telefon pintar dengan 83.55 juta unit penghantaran di peringkat global, syarikat itu juga mencatatkan 48% hasil daripada pasaran luar negara pada tahun yang sama.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
http://www.businesswire.com/news/home/20170110006500/en/
 
Hubungi
TCL Multimedia
Phillip Wu, +86-135-1081-6506
wulf@tcl.com
 
Sumber: TCL Multimedia

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.