ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  DIOD TVS BERKAPASITANS RENDAH TOSHIBA YANG BAHARU BAGI ANTARA MUKA BERKELAJUAN TINGGI DI DALAM PERANTI MUDAH ALIH MENYAMPAIKAN PRESTASI PERLINDUNGAN YANG TERKEMUKA DI DALAM KELASNYA DALAM INDUSTRI

Wednesday 11/01/2017



TOKYO, 11 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran satu barisan baharu diod [1]  TVS berkapasitans rendah untuk digunakan di dalam antara muka berkelajuan tinggi di dalam peranti mudah alih, termasuk telefon pintar, komputer tablet dan peranti boleh pakai. Diod baharu itu menyampaikan prestasi perlindungan yang terkemuka di dalam kelasnya[2] di dalam industri. Barisan itu meliputi 10 produk untuk melindungi antara muka berkelajuan tinggi, termasuk USB 3.0/3.1 dan HDMI, daripada nyahcas elektronik (ESD) dan bunyi. Penghantaran bermula dari hari ini.

Siri baharu itu menawarkan lima produk untuk talian 3.3V dan lima bagi talian 5.0V, yang membolehkan pengguna untuk memilih produk yang sepadan dengan voltan antara muka yang diperlukan daripada sistem mereka. Diod TVS direka dengan satu proses EAP-IV[3]  yang baru dibangunkan, yang menggunakan teknologi snapback proprietari Toshiba. Ia meningkatkan rintangan dinamik, yang menyerap ESD dan bunyi bising, sebanyak kira-kira 50% berbanding dengan produk semasa[4] Toshiba, yang merealisasikan satu pengampitan voltan yang rendah. Tambahan pula, toleransi elektrik statik dipertingkatkan dengan kira-kira 75% berbanding dengan produk semasa[4] Toshiba, yang boleh menyumbang kepada peningkatan di dalam keutuhan sistem.

Di samping itu, bergantung kepada ruang pemasangan set, pengguna mempunyai satu pilihan mengandungi tiga pakej. "SOD-962 (SL2)" (0.62 x 0.32mm) dan "SOD-882 (CST2)" (1.0 x 0.6mm) adalah pakej bersaiz kecil yang sesuai untuk pelbagai port termasuk USB Jenis-C™ yang semakin diterima pakai. Aliran melalui pakej "DFN10" (2.5 x 1.0mm) mengurangkan kearuhan yang berlaku daripada pendawaian.
 
Barisan dan Spesifikasi Utama 
Sila klik disini untuk Barisan dan Spesifikasi Utama
 
Nota
[1] Diod Penindas Voltan Transient (Diod perlindung ESD)
[2] Bagi produk dengan penarafan yang sama, setakat 28 Disember, 2016. Tinjauan Toshiba.
[3] Tatasusunan ESD Proses IV asal Toshiba
[4] DF2B7M2SL (Produk proses EAP-II)
 
*USB Jenis-C adalah sebuah tanda dagangan bagi USB Implementers Forum.

Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk baharu dan diod TVS.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/diode/esd-protection-diode.html

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan Peranti Isyarat Kecil & Pemasaran
Tel: +81-3-3457-3411
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba

Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.

Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51492292&lang=en
 
Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Jabatan Pemasaran Digital
Koji Takahata, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

 
Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170111005441/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.