ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  TOSHIBA LANCAR MOSFET KUASA SALURAN N 100V YANG MENYOKONG PEMACU TAHAP LOGIK 4.5V UNTUK PENGECAS PANTAS

Thursday 12/01/2017



TOKYO, 12 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini memperkembang barisan MOSFET bervoltan rendah kuasa saluran N dengan penambahan MOSFET kuasa saluran N 100V yang menyokong pemacu tahap logik 4.5V untuk pengecas pantas. Kedua-dua MOSFET baharu itu "U-MOS VIII Siri H", "TPH4R10ANL" dan "TPH6R30ANL," memulakan penghantaran dari hari ini.

Bersama-sama dengan penyebaran dan evolusi pengecas pantas, prestasi yang lebih tinggi itu dituntut untuk memberi kuasa kepada MOSFET yang digunakan dalam penerus sebelah menengah. MOSFET baharu itu menggunakan proses struktur trenc bervoltan rendah Toshiba untuk mencapai prestasi rintangan rendah dan berkelajuan tinggi yang terkemuka dalam kelasnya[1]  di dalam industri. Struktur itu merendahkan indeks prestasi bagi “RDS(ON) * Qsw” [2], sekali gus memperbaiki penukaran aplikasi. Kehilangan output dipertingkatkan dengan pengurangan cas output, yang boleh menyumbang kepada set kecekapan yang lebih tinggi. Di samping itu, sokongan untuk pemacu tahap logik 4.5 V memungkinkan pemacu kurang penimbal daripada pengawal IC, sekali gus menyumbang kepada mengurangkan penggunaan kuasa bagi sistem itu. Tambahan pula, produk-produk baharu itu boleh bertindak balas kepada output dan kuasa voltan tinggi yang dibekalkan yang diperlukan dalam aplikasi USB 3.0 yang berkaitan. MOSFET baharu itu adalah sesuai untuk aplikasi termasuk pengecas pantas, bekalan kuasa mod bertukar dan penukar DC-DC untuk server dan peralatan komunikasi.


Sila klik disini untuk : Spesifikasi Utama bagi MOSFET Baharu


Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk baharu dan barisan MOSFET kuasa bervoltan rendah Toshiba.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/mosfet/lv-mosfet.html

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan Peranti Kuasa & Pemasaran
Tel: +81-3-3457-3933
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba

Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.

Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.)

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51492300&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Jabatan Pemasaran Digital
Koji Takahata, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170111005450/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.