ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  TOSHIBA LANCAR GENERASI KEDUA DIOD SAWAR SCHOTTKY SIC 650V DENGAN PENINGKATAN ARUS LURUAN KE HADAPAN

Thursday 12/01/2017



TOKYO, 12 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran generasi kedua diod sawar schottky (SBD) silikon karbida (SiC) 650V yang memperbaiki arus luruan ke hadapan (IFSM) yang ditawarkan oleh produk semasa syarikat itu dengan kira-kira 70%. Penghantaran bagi barisan baharu yang mengandungi lapan diod sawar schottky SiC bermula hari ini.

Diod sawar schottky SiC baharu itu, yang direka dengan proses SiC generasi kedua Toshiba, menyampaikan peningkatan kira-kira 70% lebih baik arus luruan ke hadapan berbanding dengan produk generasi pertama, dan pada masa yang sama mengurangkan indeks kehilangan pensuisan “RON * Qc” [1] mengikut sekitar 30%, sekali gus menjadikan mereka sesuai untuk digunakan dalam skim pembetulan faktor kuasa yang efisien (PFC).
Produk-produk baharu itu boleh didapati di dalam empat penarafan semasa iaitu 4A, 6A, 8A dan 10A, sama ada dalam pakej yang bukan terasing "TO-220-2L" atau pakej terasing "TO-220F-2L". Produk-produk ini boleh menyumbang kepada meningkatkan kecekapan bekalan kuasa di dalam peranti termasuk TV LCD skrin besar 4K, projektor dan mesin penyalin pelbagai fungsi, dan dalam peralatan industri seperti stesen pangkalan telekomunikasi dan server komputer.

Sila klik di sini untuk:
Barisan dan Spesifikasi Utama bagi Diod Sawar Schottky SiC Baharu: 
       
Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai diod sawar schottky SiC Toshiba.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/diode/sic.html
 
Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan Peranti Kuasa & Pemasaran
Tel: +81-3-3457-3933
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba

Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.

Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm

Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51492937&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Jabatan Pemasaran Digital
Koji Takahata, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170112005407/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.