ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  PWC UMUMKAN PASUKAN PERKHIDMATAN CUKAI KORPORAT GLOBAL BAHARU

Friday 13/01/2017



Pasukan Penyelesaian Cukai Global Enterprise Terdiri Daripada Bekas GE Tax Group

NEW YORK, 13 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, PwC mengumumkan satu perjanjian inovatif dengan GE untuk menyediakan perkhidmatan cukai terurus perusahaan, yang bersepadu kepada GE di peringkat global. Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, PwC akan mengambil lebih 600 ahli pasukan percukaian GE yang dipandang tinggi dari seluruh dunia dan menggunakan teknologi percukaian GE untuk melanjutkan tumpuan kedua-dua PwC pada Fungsi Cukai bagi Masa Hadapan dan peruntukan bagi penyelesaian cukai perusahaan global kepada tempat pasaran.

PwC mempunyai amalan percukaian yang terbesar di Amerika Syarikat dan di dunia dengan satu rangkaian global yang terdiri daripada 41,000 profesional cukai yang beroperasi di 157 buah negara. Dengan memanfaatkan pengalaman dan kepakaran pasukan GE, PwC percaya ia telah mengenal pasti satu peluang yang mengiktiraf keperluan masa hadapan bagi tempat pasaran yang pesat berubah.

"Kaliber bakat-bakat yang menyertai firma  kami dari GE adalah cukup menakjubkan," kata Naib Pengerusi dan Rakan Urusan PwC Mark Mendola. "Kerjasama ini akan membolehkan kami untuk terus memberikan pelanggan-pelanggan kami dengan perkhidmatan cukai yang terbaik di dalam satu persekitaran yang semakin turun naik dan tidak menentu. Mengintegrasikan bakat GE dengan keupayaan PwC yang luas akan membolehkan kami untuk menyampaikan kepada Fungsi Cukai bagi Masa Hadapan di dalam satu dunia percukaian yang semakin aktif secara digital."

Perjanjian dengan PwC dicapai selepas GE melihat untuk menilai semula penghantaran optimum bagi perkhidmatan cukai global yang kritikal sekarang dan untuk masa hadapan. Pasukan Penyelesaian Cukai Global Enterprise yang baharu itu akan bersidang di dalam Cukai PwC dan akan menyediakan perkhidmatan terurus bukan sahaja kepada GE tetapi juga kepada pelanggan PwC yang lain juga. Perjanjian lima tahun yang boleh diperbaharui itu akan berkuat kuasa pada 1 April, 2017.

Naib Presiden dan Peguam Kanan Percukaian GE, Mike Gosk, menambah "Perjanjian itu membolehkan kami akses yang berterusan kepada kepakaran pemimpin-pemimpin global yang bertaraf dunia dengan fleksibiliti untuk skala kepada keperluan portfolio GE yang berubah-ubah. Kami gembira untuk memajukan hubungan kami yang sekian lama dengan PwC dengan satu cara yang memberi peluang kepada syarikat-syarikat terkemuka yang lain untuk memanfaatkan pasukan cukai terbaik di dunia itu di samping menyediakan peluang kerjaya yang cemerlang kepada kalangan legasi profesional GE."

Maklumat mengenai PwC

Di PwC, tujuan kami adalah untuk membina kepercayaan di dalam masyarakat dan menyelesaikan masalah yang penting. Kami merupakan sebuah rangkaian firma di 157 buah negara dengan lebih 223,000 orang pekerja yang komited untuk menyampaikan kualiti di dalam perkhidmatan jaminan, nasihat dan percukaian. Dapatkan maklumat lanjut dan maklumkan kepada kami apa yang penting kepada anda dengan melayari kami di www.pwc.com.

PwC merujuk kepada rangkaian PwC dan/ atau satu atau lebih firma anggotanya, setiap satu yang merupakan entiti sah yang berasingan. Sila lihat www.pwc.com/structure untuk maklumat lanjut.

© 2017 PwC. Hak Cipta Terpelihara.

Maklumat mengenai GE

GE (NYSE: GE) adalah merupakan Syarikat Perindustrian Digital di dunia, dengan  mengubah industri dengan mesin dan penyelesaian yang bertakrifkan perisian yang bersambungan, responsif dan ramalan. GE dianjurkan di sekitar sebuah pertukaran pengetahuan global, "GE Store," di mana setiap perniagaan berkongsi dan mengakses teknologi, pasaran, struktur dan intelek yang sama. Setiap ciptaan memarakkan lagi inovasi dan penggunaan merentasi ke seluruh sektor industri kami. Dengan orang, perkhidmatan, teknologi dan skala, GE menyampaikan hasil yang lebih baik bagi pelanggan dengan bertutur di dalam bahasa industri. www.ge.com

Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20170112005667/en/

Hubungi
Media:
PwC
Lina Woods, 202-367-6602
Lina.m.woods@pwc.com

Sumber: PwC

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.