ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  CUMMINS INC. TIDAK MENGGUNAKAN PERANTI YANG MENGURANGKAN KEBERKESANAN SISTEM KAWALAN PELEPASAN DAN ADALAH KOMITED DALAM MEMENUHI PIAWAIAN PELEPASAN

Friday 13/01/2017



Cummins Tidak Membekalkan Enjin untuk Produk FCA yang Dinyatakan

COLUMBUS, Ind., 13 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Cummins Inc. (NYSE: CMI) hari ini menyatakan bahawa ia tidak membekalkan enjin untuk kenderaan FCA yang dibincangkan di dalam Notis Pelanggaran oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar yang dikeluarkan hari ini, bahkan nama Cummins tidak dinyatakan.

Cummins tidak menggunakan peranti yang mengurangkan keberkesanan sistem kawalan pelepasan dan komited dalam memenuhi piawaian pelepasan. Cummins mempunyai sejarah yang lama dalam bekerja secara telus dan bekerjasama dengan pihak pengawal selia untuk membangunkan dan memenuhi keperluan pelepasan.

Maklumat mengenai Cummins

Cummins Inc., sebuah peneraju kuasa dunia, adalah sebuah perbadanan bagi pelengkap unit perniagaan yang mereka bentuk, mengeluar, mengedar dan menyelenggara enjin diesel dan enjin gas asli dan teknologi yang berkaitan, termasuk sistem bahan api, kawalan, pengendalian udara, penapisan, penyelesaian pelepasan dan sistem penjanaan kuasa elektrik. Beribu pejabat di Columbus, Indiana, (Amerika Syarikat) Cummins pada masa ini mempunyai kira-kira 55,200 orang pekerja di seluruh dunia dan memberi khidmat kepada pelanggan di kira-kira 190 buah negara dan wilayah melalui satu rangkaian yang terdiri daripada kira-kira 600 lokasi milik syarikat dan pengedar bebas dan kira-kira 7,200 lokasi peniaga. Cummins memperoleh $1.4 bilion pada jualan $19.1 bilion pada tahun 2015. Kenyataan akhbar boleh diperolehi di Web di www.cummins.com. Ikuti Cummins di Twitter di www.twittter.com/cummins dan di YouTube di www.youtube.com/cumminsinc.

Kenyataan Penzahiran yang Berpandangan ke Hadapan

Maklumat yang terkandung di dalam siaran media ini yang bukan semata-mata berbentuk sejarah adalah merupakan kenyataan yang berpandangan ke hadapan di dalam konteks maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, termasuk kenyataan berhubung ramalan kami, panduan, keputusan awal, jangkaan, harapan, kepercayaan dan maksud kepada strategi berhubung masa hadapan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu termasuk, tanpa had, kenyataan yang berkaitan dengan rancangan kami dan jangkaan bagi pendapatan kami untuk tahun penuh 2016. Keputusan masa hadapan kami yang sebenar mungkin berbeza dari segi material daripada yang disasarkan dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk, tetapi tidak terhad kepada: penerimaan dan pelaksanaan piawaian pelepasan global; harga dan ketersediaan tenaga; kadar pembangunan infrastruktur; peningkatan persaingan global di kalangan pelanggan kami; keadaan perniagaan dan pembiayaan ekonomi secara umum; tindakan kerajaan; perubahan di dalam strategi perniagaan pelanggan; aktiviti harga pesaing; turun naik perbelanjaan; perhubungan pekerja; dan risiko lain yang dinyatakan dari semasa ke semasa di dalam fail kami di Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti, termasuk terutamanya dalam seksyen Faktor Risiko dalam Laporan Tahunan 2015 kami pada Borang 10-K. Pemegang saham, bakal pelabur dan pembaca lain digesa untuk mempertimbangkan faktor-faktor ini dengan berhati-hati dalam menilai kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu dan diingatkan supaya tidak terlalu bergantung kepada kenyataan yang berpandangan ke hadapan seumpama itu. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu yang dibuat di sini dibuat hanya pada tarikh siaran akhbar ini dan kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sama ada sebagai hasil daripada maklumat baharu, acara di masa hadapan atau sebaliknya. Maklumat lebih terperinci tentang faktor-faktor yang boleh menjejaskan prestasi kami boleh didapati di dalam fail kami dengan Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti, yang boleh diperolehi di http://www.sec.gov atau di http://www.cummins.com di dalam bahagian Perhubungan Pelabur di laman web kami.

Hubungi
Cummins Inc.
Jon Mills, 317-658-4540

Pengarah, Perhubungan Luar
Jon.mills@cummins.com

Sumber: Cummins Inc.

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170112005824/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.