ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  SELAMAT DATANG KE GUANGDONG UNTUK MENIKMATI TAHUN BARU CINA 2017, TAHUN AYAM 400 AKTIVITI MENANTI ANDA UNTUK MENGALAMINYA

Friday 13/01/2017



AsiaNet 67126

GUANGZHOU, China, 13 Jan., 2017 /Xinhua-AsiaNet/-

"Selamat Datang ke Guangdong untuk Menikmati Tahun Baru Cina 2017, Tahun Ayam!" Pada pagi 10 Januari, Guangdong telah menghantar jemputan kepada seluruh dunia. Difahamkan bahawa semasa tempoh Festival Musim Bunga itu, kesemua bandar raya di sekitar Wilayah Guangdong akan mengadakan satu siri aktiviti dengan tema "Selamat Datang ke Guangdong untuk Menikmati Tahun Baru Cina 2017, Tahun Ayam". Hampir 400 aktiviti bertema telah disediakan untuk menyambut tetamu dan rakan-rakan dari seluruh pelusuk dunia.
 
Guangdong terletak di selatan China. Ia adalah sebuah wilayah yang maju di kawasan Delta Sungai Pearl yang aktif dari segi ekonomi, kira-kira dua jam perjalanan dari Hongkong, China. Cuaca di sini amat menyenangkan, seperti musim bunga pada sepanjang tahun, anda boleh menikmati sinaran matahari yang nyaman walaupun pada musim sejuk. Di sini anda boleh melawat pasar-pasar bunga, mengkaji sejarah south of the Five Ridges, melawat taman-taman Tema, menikmati makanan yang menyelerakan, menikmati mata air panas dan berenang di laut.
 
Adalah difahamkan bahawa semasa waktu "Selamat Datang ke Guangdong untuk Menikmati Tahun Baru Cina 2017, Tahun Ayam", 400 aktiviti terutamanya terdiri daripada pameran bunga, pameran tanglung, pesta tokong, aktiviti adat resam rakyat, aktiviti Warisan Budaya Tidak Ketara, pameran budaya dan seni, pameran fotografi, pertunjukan aneka ragam utama, berdoa untuk mendapatkan restu, aktiviti luar dan sebagainya.
 
Melawat pameran bunga itu adalah menjadi satu kemestian bagi penduduk tempatan semasa Festival Musim Bunga. "Penduduk tempatan Guangdong" dan juga "pendatang baharu" dapat merasakan wangian bunga di setiap sudut bandar raya itu. Semasa sepanjang 25 Januari hingga 28 Januari 2017, bandar raya Guangzhou akan menganjurkan pasar-pasar bunga tradisional Festival Musim Bunga dan pameran bunga terapung di jalan-jalan utama di bandar raya itu. Ini akan menjadi “tarikh temu janji bunga” yang paling dijangkakan pada musim sejuk.
 
Alam semula jadi telah memberikan Guangdong dengan sumber-sumber geoterma yang amat bernilai dengan semua jenis kualiti tinggi dan kepelbagaian. Terdapat begitu banyak mata air panas yang bereputasi baik di wilayah itu, anda boleh menikmati rasa kebahagiaan melalui penyatuan keluarga dan kebersahajaan dan beristirahat bersama-sama dengan rakan-rakan anda.
 
Tidak seperti di kawasan sejuk di utara China, musim sejuk di Guangdong masih mampu menikmati cahaya matahari dan langit biru di pantai. Semasa Festival Musim Bunga Taman Safari Chimelong Xiangjiang di Guangzhou akan melancarkan projek haiwan dari pandangan udara, Chimelong dari Zhuhai akan mengadakan pertunjukan ikan lumba-lumba putih China dan Window of the World di Shenzhen, satu siri aktiviti semasa Festival Musim Bunga pada tema "Karnival Gaya Benua dan Tahun Baru Cina yang Berwarna-warni".
 
Mari kita menikmati cahaya matahari musim sejuk yang nyaman dan merasakan kepanasan wilayah Guangdong itu.
 
Sumber: Biro Pelancongan bagi Wilayah Guangdong
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=282455
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.