ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  IHS MARKIT MEMILIH BROADSOFT SEBAGAI PENERAJU SYER PASARAN GLOBAL PLATFORM UCAAS

Tuesday 17/01/2017



Sebagaimana komunikasi bersatu awan beralih sebagai kelas tinggi untuk perusahaan besar dan menuju ke arah penyelesaian awan berbilang penyewa, pelancaran BroadSoft Business baru-baru ini telah meletakkan BroadSoft untuk mengerjakan kedudukan peneraju pasaran

GAITHERSBURG, Md., 17 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc(NASDAQ:BSFT), telah dikenal pasti oleh IHS Markit sebagai peneraju platform Komunikasi Bersatu sebagai Perkhidmatan (UCaaS) global, dengan 38% daripada jumlah kedudukan UCaaS di seluruh dunia yang sedang berjalan pada platformnya, setakat suku tahun kedua 2016.  Menurut kajian IHS, kedudukan peneraju pasaran global UCaaS BroadSoft meletakkannya di hadapan semua pesaingnya yang terdekat.
 
Foto dilampirkan bersama pengumuman ini ada terdapat di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/5b75496a-de76-4c22-817c-5cd09d8db1f2
 
“Pasaran UCaaS hari ini terdiri daripada pemain tulen, operator rangkaian, MSO kabel, ISP, integrator sistem dan vendor berasaskan premis yang lazim. Dengan berbagai-bagai pilihan, perniagaan yang ingin mendapatkan penyedia dan perkhidmatan yang sesuai dengan keperluan mereka adalah amat dikelirukan,” kata Diane Myers, pengarah penyelidikan kanan VoIP, UC, dan IMS untuk IHS Markit dan pengarang laporan Analyst Insight suku tahun keempat 2016. “Hari ini, seperti yang ditunjukkan oleh laporan dan data kami, penerajunya ialah BroadSoft, yang terdiri daripada syer kedudukan asas dipasang yang besar dan sedang berjalan pada platformnya.”
 
Pada November 2016, BroadSoft mengumumkan bahawa mereka telah mengatasi 15 juta talian UC yang digunakan di seluruh dunia – iaitu pencapaian utama industri yang merupakan tiga kali lebih besar daripada pesaing terdekat yang seterusnya. Pada masa yang sama, syer pasaran BroadSoft untuk talian UC awan baharu adalah dua kali ganda pesaing terdekat yang seterusnya, iaitu aliran utama sementara BroadSoft menjangkakan bahawa pasaran untuk PBX awan/komunikasi bersatu baharu akan melebihi penghantaran peralatan PBX/UC pada premis menjelang 2020.
 
Menurut laporan IHS, BroadSoft melihat UCaaS juga sebagai pengalihan kelas tinggi ke perusahaan besar, dan menuju ke arah penyelesaian awan berbilang penyewa yang kini mendominasikan penggunaan telefoni/UC awan. Oleh sebab perniagaan beralih daripada vendor PBX dan UC berasaskan premis berbanding dengan alternatif awan lain, BroadSoft percaya bahawa ia berkedudukan kukuh untuk menggunakan peralihan ini melalui pelancaran BroadSoft Business baru-baru ini – iaitu portfolio bersepadu sepenuhnya dan menyeluruh yang merangkumi PBX awan, komunikasi bersatu, kolaborasi pasukan dan aplikasi pusat hubungan dan disampaikan dalam awan daripada rakan kongsi yang diberi kuasa.
 
“Dalam kalangan pesaing, termasuk platform pihak ketiga teratas, platform dalaman dan vendor tradisional, BroadSoft telah muncul sebagai peneraju komunikasi bersatu awan global berdasarkan laporan IHS ini,” kata Taher Behbehani, ketua pengawai digital dan pemasaran, BroadSoft. “Sebagai penyelesaian UCaaS pelbagai penyewa yang boleh menyampaikan kelebihan kos dan kebolehskalaan kepada penyedia perkhidmatan dan juga perniagaan, BroadSoft Business meletakkan kami pada kedudukan yang boleh berkembang besar untuk masa hadapan.”
 
“Kejayaan BroadSoft merupakan hasil yang bukan sahaja usaha awalnya dalam pasaran, tetapi juga hasil fokusnya dalam mengukuhkan operator tingkat 1 sebagai pelanggan platform di seluruh dunia, bersama dengan penyedia yang lebih kecil dan bersaingan lincah,” tambah Myers. “Pempelbagaian dan skop global ini telah memberi BroadSoft satu kedudukan yang unik dalam pasaran. Tambahan lagi, ia sedang membangunkan tunjang untuk mudah alih melalui VoLTE perniagaan/UC mudah alih profil tinggi yang dilancarkan dengan Verizon dan Rogers pada 2016, yang mengekalkannya relevan dalam pasaran yang berubah-ubah.”
 
Untuk memuat turun laporan IHS Markit penuh, klik di sini.
 
Hasil berdasarkan pada IHS Markit, Kumpulan Teknologi, Platform yang Memacu Analyst Insight UCaaS pada 19 Oktober 2016. Hasil ini bukanlah sokongan Broadsoft, Inc. Sebarang pergantungan pada hasil ini adalah risiko sendiri ketiga sendiri. Lawati technology.ihs.com untuk mendapatkan butiran lebih lanjut.
 
Pernyataan yang Memandang Ke Hadapan:
 
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan yang memandang ke hadapan dalam maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Pernyataan yang memandang ke hadapan ini mungkin dikenal pasti berdasarkan penggunaan terma dan frasa seperti “boleh” dan “akan”, serta istilah dan frasa seumpamanya dan merangkumi, antara lain, pernyataan berkaitan manfaat kepada pelanggan BroadSoft terhasil daripada penggunaan rangkaian BroadSoft Business. Hasil kejadian yang diterangkan dalam pernyataan yang memandang ke hadapan ini adalah tertakluk kepada risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada keputusan yang dijangka oleh pernyataan yang memandang ke hadapan ini, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, faktor kewangan dan manfaat lain kepada BroadSoft terhasil daripada penggunaan BroadSoft Businesss oleh pelanggan pembekal perkhidmatannya dan juga kerana faktor tersebut terkandung dalam bahagian "Faktor Risiko" Borang 10-K BroadSoft bagi tahun berakhir 31 Disember, 2015, yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, atau SEC, pada 29 Februari, 2016, serta dalam pemfailan BroadSoft yang lain dengan SEC. Semua maklumat dalam siaran ini ialah pada 16 Januari 2017. Kecuali dikehendaki oleh undang-undang, BroadSoft tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini apa-apa pernyataan yang memandang ke hadapan yang didedahkan umum yang dibuat dalam ini atas apa-apa jua sebab bagi mengesahkan pernyataan dengan keputusan sebenar atau perubahan dalam jangkaannya.
 
Mengenai BroadSoft:
 
BroadSoft ialah pereka baharu teknologi dalam komunikasi awan, kolaborasi dan penyelesaian pusat panggilan untuk perniagaan dan pembekal perkhidmatan merentasi 80 buah negara. Kami merupakan peneraju bahagian pasaran bagi komunikasi bersatu awan dengan platform terbuka, mudah alih dan selamat yang dipercayai oleh 25 daripada 30 pembekal perkhidmatan terbaik di dunia mengikut pendapatan. Rangkaian aplikasi BroadSoft Business kami memperkasa pengguna dan pasukan untuk berkongsi idea dan kerja semata-mata untuk mencapai prestasi cemerlang.
 
Untuk maklumat tambahan, sila lawati www.BroadSoft.com.
Twitter | LinkedIn | Work It!
 
Perhubungan Pelabur:
Chris Martin
+1 561-404-2130
cmartin@broadsoft.com
 
Hubungan Media:
Eve Levestam, Hubungan Akhbar dan Media
+1 240 720 9643
pr@broadsoft.com 
 
Amerika
Brian Lustig, Bluetext PR bagi BroadSoft US
+1 301.775.6203
brian@bluetext.com
 
Eropah
Andy Crisp / Jon Bawden / Kate Anderson, Cohesive bagi BroadSoft UK
+44 (0) 1291 626200
broadsoft@wearecohesive.com
 
APAC
Terry Alberstein, Navigate Communication
+61 (0) 458-484-921
terry@navigatecommunication.com.au
 
Sumber : BroadSoft, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.