ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  PERFECTUS FAIL TUNTUTAN UNTUK PULIHKAN KERUGIAN BERKAITAN PENYITAAN ALUMINIUM

Wednesday 18/01/2017



ONTARIO, Calif., 18 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Perfectus Aluminum Inc. hari ini memfailkan tuntutan terhadap kerajaan A.S. untuk mendapatkan pampasan kerugian . Dalam tuntutannya, Perfectus meminta pembayaran balik berjuta-juta dolar dalam kos penyimpanan yang terjadi akibat daripada tindakan salah kerajaan dalam menahan penghantaran eksport palet aluminiumnya di Pelabuhan Long Beach di California. Menurut peraturan kerajaan yang terpakai, tuntutan ini sedang dibuat pertama-tamanya dalam prosiding pentadbiran terhadap agensi Perlindungan Sempadan Kastam A.S. (CBP), yang merupakan prasyarat untuk mendakwa kerosakan dalam mahkamah persekutuan.
 
Pemfailan ini adalah berikutan tuntutan mahkamah pada 27 Disember 2016 yang dimulakan oleh Perfectus Aluminium untuk mendapatkan pelepasan harta yang ditahan. Tindakan ini telah difailkan selepas kerajaan menahan penghantaran pada awalnya dan untuk tempoh yang panjang tanpa tindakan formal, yang melebihi had 30 hari yang dibenarkan bagi penahanan tersebut. Meskipun dengan tawaran berulangan daripada pihak Perfectus Aluminium untuk bekerjasama demi menyelesaikan apa-apa isu, kerajaan gagal untuk memberikan apa-apa maklumat tentang asas penahanan atau tempoh masa jangkaan untuk pelepasan atau tindakan agensi yang selanjutnya. Kedua-dua tindakan ini, yang kini diketahui umum dan sudah jelas dengan sendirinya, adalah berdasarkan pelanggaran proses pengadilan terbuka, termasuk kegagalan kerajaan untuk memberikan notis yang diperlukan bagi penahanan dan untuk mematuhi peraturannya.
 
Sehingga hari ini, Perfectus Aluminium belum menerima apa-apa notis mengikut undang-undang yang diperlukan berhubung dengan apa-apa penyitaan formal atau tindakan lain agensi.

Sila ajukan apa-apa soalan kepada Harris, Baio & McCullough di 215-440-9800.
 
Sumber : Perfectus Aluminum Inc.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.