ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  ​HOSHINO RESORTS MEMBUKA HOTEL MEREKA YANG PERTAMA DI LUAR NEGARA DI BALI, HOSHINOYA BALI PADA JANUARI, 2017

Thursday 19/01/2017



Jenama resort mewah Jepun yang terkemuka membuka hotel mereka yang pertama di luar negara di Ubud, Bali pada 20 Januari, 2017


TOKYO, 19 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat pengurusan hotel terkemuka Jepun, Hoshino Resorts Inc. (Yoshiharu Hoshino, Ketua Pegawai Eksekutif) melancarkan hotel jenama HOSHINOYA mereka yang pertama di luar negara di Bali, Republik Indonesia pada 20 Januari, 2017. “HOSHINOYA Bali” dikelubungi oleh bukit-bukau hijau yang subur di Ubud, yang dikenali sebagai sebuah pusat kraf tradisional dan tarian Bali, dikelilingi oleh sebuah persekitaran alam semulajadi yang kaya yang belum dicemari. HOSHINOYA Bali menghadap ke Sungai Pakerisan, dengan terusan air yang tidak dicemari yang melalui hartanah itu, yang merupakan sebahagian daripada rangkaian kuil air yang sudah lama yang diiktiraf sebagai Landskap Warisan Dunia UNESCO.

Persekitaran hutan hujan yang tebal dan sawah padi yang bertingkat serta banjaran gunung yang luas adalah antara landskap yang paling terkenal di Bali. Buminya yang cantik menyediakan percutian segar dan nyaman yang terbaik, bahkan landskap itu juga dipenuhi dengan kuil-kuil dan tempat-tempat keramat Hindu Bali yang menawarkan suasana keagamaan kepada pengunjung. HOSHINOYA Bali menyediakan pengalaman percutian bersantai yang sempurna, yang membolehkan para tetamu untuk menikmati keharmonian sebenar di antara alam semula jadi, manusia dan Dewa Bali.

Keindahan di dalam Setiap Perincian

Di HOSHINOYA Bali, kami menawarkan satu pilihan yang eksklusif dan selesa berbanding hotel. Kami menawarkan tiga jenis vila mewah persendirian dalam kehijauan yang subur dan lembah sungai yang penuh mistik, kesemuanya berhubungan dengan kawasan kolam renang separa persendirian yang membolehkan para tetamu untuk turun dari teres vila mereka. Seni bina yang terdapat pada vila itu melambangkan kecantikan tradisional dan kebijaksanaan purba Bali. Di bahagian dalam vila itu, terdapat banyak dinding yang indah dan perabot yang dilitupi dengan ukiran, di mana teknik-tekniknya diwarisi secara tradisi dan disampaikan sebagai budaya tradisional. Untuk menginap di HOSHINOYA Bali bererti mengajak kepada adat, budaya dan tradisi di tengah-tengah Bali tetapi juga mengalami detik-detik penting dalam gaya hidup kontemporari.

Hoshino Resorts

Ditubuhkan pada tahun 1904 sebagai sebuah perniagaan perhutanan di Karuizawa, di pergunungan Alps Jepun, ia membuka resort mata air panas mereka yang pertama pada tahun 1914. Dijenamakan semula oleh Yoshiharu Hoshino pada tahun 1995 sebagai Hoshino Resorts, ia telah berkembang di seluruh Jepun dengan memberi tumpuan kepada budaya dan tradisi tempatan. Hoshino Resorts telah membangunkan tiga jenama hospitaliti yang berasingan, HOSHINOYA, KAI dan RISONARE. Pada masa ini ia mengendalikan 36 hartanah di seluruh Jepun dan di luar negara.

Untuk maklumat lanjut sila layari Hoshino Resorts (hoshinoresorts.com).

Hubungi
Hoshino Resorts Inc.
Seiko Mahae, +81-3-3564-5453
global@hoshinoresort.com
 
Sumber: Hoshino Resorts

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170118005044/en
 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.