ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  SHISEIDO PEROLEH SEBUAH SYARIKAT YANG BARU DITUBUHKAN DI AMERIKA SYARIKAT, MATCHCO, MELALUI IBU PEJABAT SERANTAU MEREKA, SHISEIDO AMERICAS

Thursday 19/01/2017



• Aplikasi Kecantikan Yang Telah Memenangi Anugerah Memperkasakan Pengguna Melalui Pelangganan
• Mewujudkan Peluang untuk Menggerakkan Teknologi Platform MATCHCo dan Peranti Pemahaman Digital Merentasi Portfolio Shiseido


NEW YORK, 19 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Shiseido Company, Limited ("Shiseido"), hari ini mengumumkan bahawa ibu pejabat serantau mereka dan anak syarikat disatukan, Shiseido Americas Corporation (Delaware, Amerika Syarikat; "SAC"), telah memperoleh MATCHCo (California, Amerika Syarikat), sebuah syarikat milik persendirian yang menggunakan teknologi yang penuh revolusi dan peralatan digital yang berinovatif untuk menyediakan pengguna dengan asas yang disesuaikan secara individu pada skala.

Sinergi peralatan digital berinovatif MATCHCo dan keupayaan R&D Kumpulan Shiseido akan membantu untuk meningkatkan sebuah model perniagaan yang dapat menguasai trend utama pengguna: penyesuaian kosmetik.

Maklumat mengenai MATCHCo

Ditubuhkan pada tahun 2013 oleh pakar teknologi dan personalisasi Dave Kasar dan Andy Howell dan disokong oleh teknologi yang dipatenkan, MATCHCo membolehkan pelanggan mengimbas warna kulit mereka yang unik melalui aplikasi mudah alih mereka dan menggunakan data yang dikumpul itu untuk secara individu menggabungkan asas khas yang dipadankan secara sempurna bagi setiap pengguna. Aplikasi MATCHCo itu kini diedarkan melalui Apple App Store dan telah dipaparkan sebagai "App Baharu Terbaik" dan "Terbaik untuk November" pada majlis pelancaran pada November 2015. Sejak itu, ia juga telah menerima anugerah kejayaan kecantikan dari Teen Vogue, Good Housekeeping dan lain-lain.

MATCHCo akan kekal berpangkalan di California, dengan pasukan kejuruteraan mereka di Palo Alto dan hab pemasaran dan operasi mereka di Santa Monica, dan akan menjadi sebahagian daripada Pusat Kecemerlangan Mekap Global Shiseido, yang diketuai oleh Jill Scalamandre dan berpangkalan di New York.

Disesuaikan, Digital, Terus ke Pengguna Pengeluaran Model Pertumbuhan

Gabungan usaha oleh MATCHCo dan Kumpulan Shiseido akan menghasilkan di dalam pengeluaran dan peningkatan sebuah model perniagaan yang memberi tindak balas pantas kepada perubahan dalam keperluan pengguna dan pasaran yang pesat berkembang.

Hasil yang diharapkan termasuk:
  • Meningkatkan tumpuan kepada penyesuaian produk kosmetik;
  • Memajukan teknologi digital yang bertujuan pada pengukuran dan analisis kulit pengguna;
  • Memperluaskan pemasaran secara langsung; dan,
  • Mempertingkatkan pemasaran pengguna dengan mengumpul pandangan melalui hubungan secara langsung.

Shiseido sudah mengambil langkah-langkah untuk mengukuhkan Pusat Kecemerlangan (COE) Penjagaan Kulit, Mekap, Wangi-wangian dan Digital mereka. Kerjasama di antara COE ini akan membawa model ini menjangkau di luar kategori awal mereka, asas kulit, dan memacukan pengembangan perniagaan selanjutnya.

Komen oleh Ketua Pegawai Eksekutif Shiseido Masahiko Uotani

"Kami amat gembira untuk mengalu-alukan MATCHCo, sebuah syarikat yang mempunyai teknologi digital yang berinovatif, ke dalam Kumpulan kami. Mewujudkan inovasi adalah satu bidang tumpuan strategik yang khas untuk Kumpulan Shiseido, dan kami berharap untuk menawarkan nilai yang lebih unik kepada pengguna di seluruh dunia. Ini kini dibolehkan melalui inovasi yang dipercepatkan dalam peranti digital yang berkembang pesat dan produk-produk khusus."

Komen oleh Ketua Pegawai Eksekutif SAC Marc Rey

"MATCHCo adalah sebuah syarikat yang benar-benar unik dengan platform teknologi transformasi, strategi menuju ke pasaran dan pendekatan untuk melibatkan diri dengan pengguna. Kami amat teruja untuk memanfaatkan teknologi dan peralatan mereka merentasi ke seluruh portfolio jenama Shiseido dan terus berkembang dengan menggunakan inovasi mereka."

Komen oeh Pengasas MATCHCo  

Dave Gross, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MATCHCo:

"Shiseido adalah platform yang terbaik untuk meningkatkan penawaran produk kami dan mengembangkan teknologi kami. Kami amat berbesar hati untuk menyertai sebuah organisasi yang mempunyai warisan yang kaya dengan inovasi. Kami berharap dapat bekerjasama dengan rakan-rakan baharu kami dalam menangani keperluan individu bagi setiap dan tiap-tiap pelanggan dalam cara yang tidak pernah mungkin sebelum ini."

Andy Howell, Pengasas dan Ketua Pegawai Strategi MATCHCo:

"Hari ini pelanggan MATCHCo menikmati asas yang ditempah mereka sendiri yang dibuat secara individu untuk memadankan dengan ton kulit mereka dari keselesaan telefon mereka sendiri, tetapi ini baharu hanya permulaan. Sebagai sebahagian daripada Pusat Kecemerlangan itu, kami berharap untuk bekerjasama dengan jenama-jenama di dalam portfolio global Shiseido untuk mengalu-alukan era baru personalisasi, A.I. untuk Kecantikan."

Maklumat mengenai Shiseido Company, Limited

Shiseido ditubuhkan pada tahun 1872 sebagai farmasi ala Barat yang pertama di Jepun. Perniagaan itu secara beransur-ansur berkembang menjadi sebuah syarikat kosmetik, dengan menawarkan kepada orang ramai teknologi yang paling maju dan estetika yang terbaik yang terdapat di Timur mahupun di Barat. Kini dikenali di seluruh dunia sebagai syarikat kosmetik terunggul yang berasal dari Jepun, nama Shiseido kini sinonim dan mewakili standard kualiti yang paling tinggi di dunia. Pemilihan penjagaan kulit, mekap dan wangi-wangian Shiseido di peringkat global termasuk satu kategori berprestasi tinggi untuk penjagaan kulit khas, dan barisan pencerahan. Shiseido juga menawarkan penjagaan badan, pelindung daripada matahari dan satu barisan penjagaan kulit untuk lelaki. Bersifat kontemporari dan berinovatif selepas lebih 140 tahun di dalam perniagaan, jenama kumpulan Shiseido kini dijual di lebih 120 buah negara dan wilayah. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://group.shiseido.com/.


Hubungi
Media:
Shiseido Americas
Jadzia Zielinski Tirsch, +1-212-805-2357
Naib Presiden Kanan, Perhubungan Korporat
jtirsch@sca.shiseido.com
 
Sumber: Shiseido Company, Limited
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170118006208/en
 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.