ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  JAWATANKUASA OLIMPIK ANTARABANGSA DAN KUMPULAN ALIBABA MELANCARKAN PERKONGSIAN JANGKA PANJANG YANG BERSEJARAH KETIKA ALIBABA MENJADI RAKAN OLIMPIK DI SELURUH DUNIA SEHINGGA 2028

Friday 20/01/2017



Perkongsian perintis ini akan menyokong IOC dan Pergerakan Olimpik mencapai visi Agenda Olimpik 2020 dalam satu era digital baharu

DAVOS, Switzerland, 20 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Kumpulan Alibaba (NYSE: BABA) hari ini bersama-sama mengumumkan satu perkongsian jangka panjang sehingga tahun 2028. Menyertai program penajaan Rakan Olimpik (TOP) di seluruh dunia, Alibaba akan menjadi "Perkhidmatan Awan" rasmi dan Rakan "Perkhidmatan Platform E-Dagang", serta Rakan Pengasas bagi Saluran Olimpik.

Perkongsian itu telah diumumkan hari ini pada Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, bersama-sama Presiden IOC Thomas Bach, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba Jack Ma dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alibaba Daniel Zhang.

Thomas Bach, Presiden IOC, berkata: "Dalam dunia digital baharu ini, Alibaba berada pada kedudukan yang unik untuk membantu IOC mencapai pelbagai objektif utama yang digariskan dalam Agenda Olimpik 2020, dan pada masa yang sama secara positif membentuk masa hadapan Pergerakan Olimpik. Ini adalah satu gabungan perintis yang berinovatif, dan akan membantu memacukan kecekapan di dalam penganjuran Sukan Olimpik sehingga tahun 2028, di samping menyokong pembangunan peluang-peluang digital di peringkat global termasuk Saluran Olimpik."

"Perkongsian Alibaba dengan IOC dibina di atas asas nilai-nilai bersama dan satu visi yang sama untuk menghubungkan dunia dan memperkayakan kehidupan rakyat," kata Jack Ma, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba. "Kami amat berbangga untuk menyokong Agenda Olimpik 2020, dengan menggunakan inovasi dan teknologi kami bagi membantu mengembangkan Sukan Olimpik untuk era digital."

Melalui kerjasama ini, sumbangan Alibaba kepada Pergerakan Olimpik akan merangkumi:
  • yang terbaik dalam kelasnya bagi infrastruktur pengkomputeran awan dan perkhidmatan awan untuk membantu Sukan Olimpik beroperasi dengan lebih cekap, berkesan dan selamat, termasuk menyokong keperluan analisis data besar;
  • mewujudkan satu platform e-dagang global bagi pemegang kepentingan Olimpik untuk melibatkan diri dan berhubungan dengan peminat yang mencari produk berlesen Olimpik rasmi yang dikeluarkan oleh pemegang lesen rasmi pihak Olimpik, dan produk-produk sukan terpilih, di peringkat dunia; dan
  • memanfaatkan teknologi media digital terkemuka Alibaba dan pengetahuan untuk membangun dan menyesuaikan Saluran Olimpik bagi penonton China. 
"Alibaba amat berbangga untuk memberi kuasa kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dalam transformasi digital yang mengubah permainan, dan pada masa yang sama menggerakkan langkah yang semakin hampir ke arah matlamat kami untuk berkhidmat kepada dua bilion pengguna," kata Daniel Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alibaba. "Kami akan memanfaatkan pengalaman kami di dalam memberi perkhidmatan kepada satu pangkalan pengguna muda untuk membantu menghubungkan lebih ramai golongan muda dengan Pergerakan Olimpik, membantu mengukuhkan jenama kami melalui perkongsian yang bersejarah ini."

Tsunekazu Takeda, Pengerusi Suruhanjaya Pemasaran IOC, berkata: "Kami gembira kerana dapat bekerjasama dalam tempoh jangka masa panjang dengan Alibaba demi faedah Pergerakan Olimpik. Perkongsian strategik ini menekankan daya tarikan global bagi nilai-nilai Olimpik dan membuka satu lembaran baharu yang menarik dalam era digital ini."

Alibaba adalah merupakan syarikat pertama untuk membuat komitmen jangka panjang kepada IOC sehingga tahun 2028 dan syarikat China yang pertama untuk membuat komitmen kepada Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

Alibaba akan menyokong penganjur bagi setiap edisi Sukan Olimpik, dan Pergerakan Olimpik di seluruh dunia. Hak-hak ini akan termasuk pengiklanan dan penggunaan promosi tanda dan imejan Olimpik daripada Sukan Olimpik dan juga tanda daripada Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan.

Hak pengaktifan global Alibaba akan termasuk Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018, Sukan Olimpik Tokyo 2020, Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 dan Sukan Olimpik dan Sukan Olimpik Musim Sejuk pada tahun 2024, 2026 dan 2028 di bandar raya-bandar raya yang belum dipilih oleh IOC.

Butiran Panggilan Persidangan:

Kumpulan Alibaba dan IOC akan mengadakan satu panggilan persidangan untuk membincangkan perkongsian global yang baharu ini pada 3 petang CET / 9 pagi  EST pada 19 Januari 2017.

Mendial & ID Persidangan:
  • Antarabangsa: +65 6713 5330
  • Amerika Syarikat: +1 844 760 0770
  • UK: +44 203 713 5084
  • Hong Kong: +852 3018 8307
  • ID Persidangan: 56463850
Satu rakaman digital bagi panggilan persidangan itu akan disediakan untuk diputar semula dua jam selepas disiapkan sehingga 22 Januari. Untuk mengakses:
Siaran web bagi Persidangan Media

Persidangan media akan disiarkan secara langsung melalui web dan direkodkan oleh Forum Ekonomi Dunia di pautan berikut: https://www.weforum.org/events/world-economic-forum-annual-meeting-2017/player?p=1&pi=1&id=87396

Maklumat mengenai IOC

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa adalah sebuah organisasi bebas antarabangsa yang tidak mencari keuntungan yang terdiri daripada sukarelawan, yang komited untuk mewujudkan sebuah dunia yang lebih baik melalui sukan. Ia mengedarkan semula lebih daripada 90 peratus daripada pendapatannya kepada pergerakan sukan secara lebih luas, yang bermaksud bahawa setiap hari nilai yang bersamaan USD 3.25 juta akan disalurkan untuk membantu atlet dan organisasi sukan di semua peringkat di seluruh dunia.

Maklumat mengenai Kumpulan Alibaba
Misi Kumpulan Alibaba adalah untuk memudahkan menjalankan perniagaan di mana sahaja. Syarikat itu berhasrat untuk membina infrastruktur perniagaan masa hadapan. Ia membayangkan bahawa pelanggan mereka akan bertemu, bekerja dan tinggal di Alibaba, dan bahawa ia akan menjadi sebuah syarikat yang akan bertahan sekurang-kurangnya 102 tahun.

Hubungan Media:

Pasukan Perhubungan Media Alibaba:
Asia
Rachel Chan
+852 9400 0979
rachelchan@alibaba-inc.com  
  Rico Ngai
+852 9725 9600
rico.ngai@alibaba-inc.com
 
Amerika Syarikat & Eropah
Brion Tingler
+1 917 528 1992
brion.tingler@alibaba-inc.com
  Steve Hickok
+1 609 977 7381
  steve.hickok@fleishman.com

Untuk maklumat lanjut dan gulung b korporat sila layari laman web korporat Alibaba yang baharu Alizila.com

Pasukan Perhubungan Media IOC:
Tel: +41 21 621 6000
E-mel: pressoffice@olympic.org
Atau layari laman web kami di www.olympic.org

Untuk maklumat lanjut dan gulung b korporat sila layari laman web korporat Alibaba yang baharu Alizila.com

Video: YouTube: http://www.youtube.com/iocmedia

Bahan visual berkualiti siaran: IOC Newsroom: http://iocnewsroom.com/

Gambar: Untuk pemilihan yang luas berhubung gambar yang boleh diperolehi sejurus selepas setiap acara, ikuti IOC di Flickr. Untuk memohon arkib foto dan bahan visual, sila hubungi: images@olympic.org

Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20170119005521/en/

Hubungi
Pasukan Perhubungan Media Alibaba:
Asia
Rachel Chan, +852 9400 0979
rachelchan@alibaba-inc.com
atau
Rico Ngai, +852 9725 9600
rico.ngai@alibaba-inc.com
atau
Amerika Syarikat & Eropah
Brion Tingler, +1 917 528 1992
brion.tingler@alibaba-inc.com
atau
Steve Hickok, +1 609 977 7381
steve.hickok@fleishman.com
atau
Pasukan Perhubungan Media IOC:
Tel: +41 21 621 6000
pressoffice@olympic.org
Atau layari laman web kami di www.olympic.org

Sumber: Kumpulan Alibaba

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.