ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  TOSHIBA LANCAR MOSFET KUASA SALURAN N SUPER JUNCTION 800V BAGI BEKALAN KUASA BERKECEKAPAN TINGGI DENGAN RINTANGAN RENDAH YANG DIPERTINGKATKAN DAN PENSUISAN BERKELAJUAN TINGGI

Friday 20/01/2017



TOKYO, 20 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation  (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran MOSFET kuasa saluran N super junction 800V untuk bekalan kuasa berkecekapan tinggi dengan rintangan rendah yang dipertingkatkan dan pensuisan berkelajuan tinggi. Dengan menggunakan struktur super junction, lapan MOSFET baharu bagi "siri DTMOS IV" mencapai kira-kira 79% pengurangan di dalam rintangan bagi setiap kawasan (RON x A) berbanding dengan “siri π-MOSVIII” Toshiba sebelum ini. Pensuisan berkelajuan tingginya yang lebih baik juga boleh menyumbang kepada kecekapan bekalan kuasa bagi set yang ia digunakan. MOSFET itu adalah sesuai untuk digunakan di dalam bekalan kuasa perindustrian, bekalan kuasa tunggu sedia untuk server, alat penyesuai dan pengecas PC komputer riba dan peranti mudah alih, dan di dalam bekalan kuasa bagi pencahayaan LED. Penghantaran bermula dari hari ini.
 
 
Barisan dan Spesifikasi Utama bagi MOSFET Baharu:
(@Ta=25°C)
Nombor Bahagian Pakej Penarafan Maksimum Mutlak RDS(ON)
@VGS=10 V
(Ω)
 Qg jenis
@VDD≈640 V,
VGS=10 V,
ID= Penarafan
Maksimum
(nC)
 Ciss jenis
@VDS=300 V,
VGS=0 V,
f=1 MHz
(pF)
  VDSS
@
ID=10 mA
(V)
 ID
(A)
   
TK17A80W TO-220SIS 800 17 0.29 32 2050[1]
TK12A80W TO-220SIS 800 11.5 0.45 23 1400
TK10A80W TO-220SIS 800 9.5 0.55 19 1150
TK7A80W TO-220SIS 800 6.5 0.95 13 700
TK17E80W TO-220 800 17 0.29 32 2050[1]
TK12E80W TO-220 800 11.5 0.45 23 1400
TK10E80W TO-220 800 9.5 0.55 19 1150
TK7E80W TO-220 800 6.5 0.95 13 700
[1] Keadaan pengukuran f=100 kHz
 
Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk baharu itu dan barisan MOSFET kuasa bervoltan sederhana tinggi Toshiba.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/mosfet/hv-mosfet.html

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan Peranti Kuasa & Pemasaran
Tel: +81-3-3457-3933
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba

Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.

Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.)
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm
 
Galeri Foto/Multimedia Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51496933&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Jabatan Pemasaran Digital
Koji Takahata, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170120005137/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA


 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.