ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  MINGGU FESYEN KE-9 BUNKA FASHION GRADUATE UNIVERSITY DITETAPKAN PADA 30 JANUARI HINGGA 3 FEBRUARI

Tuesday 24/01/2017



AsiaNet 67180

TOKYO, 23 Jan., 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

 
Bunka Fashion Graduate University (BFGU), sebuah sekolah siswazah profesional di Jepun, akan mengadakan Minggu Fesyen Bunka Fashion Graduate University (BFGU FW) dari 30 Januari hingga 3 Februari. Acara tahunan edisi kesembilan itu menampilkan sebuah simposium oleh Keisuke Imazaki (pereka PLASTICTOKYO), Chisung Ihn (pereka IHNN), Mari Odaka (pereka malamute), Junya Satou (pereka saat) dan Takayuki Chino (pereka CINOH).

Imej Utama BFGU FW ke-9
(Foto1:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102824/201701198054/_prw_OI1fl_UJqDY5Gc.jpg)
 
Pertunjukan fesyen pelajar tahun dua kursus reka bentuk Fesyen BFGU FW ke-8
(Foto2:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102824/201701198054/_prw_OI2fl_A3cMRXYY.jpg)
 
Hasil kerja pelajar akan dipamerkan melalui satu pertunjukan fesyen, pameran dan pembentangan. Acara itu adalah satu tempat bagi kalangan profesional untuk berinteraksi, mengemukakan soalan dan membincangkan hala tuju fesyen dan perniagaan fesyen untuk generasi akan datang.
 
- Kursus teknologi fesyen
  Pameran hasil kerja pelajar tahun satu
  Tarikh: 30 Jan. (Isnin) – 3 Feb. (Jumaat)
 
- Kursus teknologi fesyen
  Pameran hasil kerja pelajar tahun dua
  Tarikh: 30 Jan. (Isnin) – 3 Feb. (Jumaat)
 
- Kursus reka bentuk fesyen
  Pameran hasil kerja pelajar tahun satu
  Tarikh: 2 Feb. (Khamis) – 3 Feb. (Jumaat)
 
- Kursus pentadbiran perniagaan fesyen
  Pembentangan penyelidikan asas tahun satu
  Tarikh: 2 Feb. (Khamis)
 
- Kursus pentadbiran perniagaan fesyen
  Pembentangan penyelidikan akhir tahun dua (*1)
  Tarikh: 31 Jan. (Selasa)
 
- Simposium (*1)
  Tarikh: 31 Jan. (Selasa)
 
- Kursus reka bentuk fesyen
  Pertunjukan fesyen pelajar tahun dua (*1)
  Tarikh: 31 Jan. (Selasa)
 
(*1) Program-program ini adalah melalui jemputan sahaja.
 
Jadual masa boleh diperolehi di laman web rasmi BFGU (Bahasa Jepun sahaja).
(http://bfgu-bunka.ac.jp/topics/info2017/)
 
SUMBER: Bunka Fashion Graduate University

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.