ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  INOVATOR, PEMBIAYA, PEMIMPIN INDUSTRI DAN PERUSAHAAN BERKUMPUL DI SINGAPURA UNTUK DATACLOUD ASIA 2017 YANG PERTAMA, 23 FEBRUARI

Tuesday 24/01/2017



Forum BroadGroup yang terkenal di dunia untuk pusat data dan awan menawarkan pandangan ke dalam peluang-peluang infrastruktur perusahaan di Asia Pasifik
 
LONDON & SINGAPURA, 24 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ketika awan mega menjanakan pertumbuhan pusat data yang berskala besar merentasi ke seluruh rantau Asia Pasifik BroadGroup, sebuah kumpulan perunding dan acara antarabangsa, akan mengadakan Datacloud Asia (http://www.datacloudasia.com/) yang pertama, forum yang terkenal di dunia untuk pusat data dan awan pada 23 Februari di Singapura. Acara yang julung kali itu mengumpulkan inovator, pelabur, pemimpin industri dan perusahaan untuk membahaskan pemacu, cabaran dan peluang-peluang infrastruktur perusahaan di Asia di dalam kongres rangkaian dan membuat perjanjian perniagaan utama di dunia untuk pusat data dan awan.
 
Acara industri satu hari itu akan menampilkan satu jadual penceramah yang mengagumkan dari peserta di peringkat serantau dan antarabangsa yang akan menyediakan satu program yang mengagumkan yang didorong oleh perusahaan.
 
"Tahun 2017 akan menandakan pergerakan Internet untuk Segala-galanya secara besar-besaran, dan keperluan bagi strategi pengkomputeran baharu," kata Philip Low, pengerusi bagi BroadGroup. "Asia juga mempunyai peluang untuk membina di atas peningkatan pergerakan IT oleh perusahaan tempatan dan antarabangsa dan ternyata masa yang sesuai untuk membawa forum yang bertumpukan kepada perangkaian yang sangat tinggi dan ROI untuk menyokong proses ini."
 
Mengenai pasaran Asia Pasifik, Asher Ling, Ketua Pegawai Operasi di Pusat Data Kingsland, yang baru-baru ini telah membuka sebuah pusat data borong lima tingkat berharga $100 juta di Jurong, Singapura, berkata: "Infrastruktur IT yang amat besar ini menguatkan ledakan pertumbuhan di dalam data, Kecerdasan buatan [AI] dan Internet untuk Segala-galanya [IoT] akan dengan pantas mendorong pembangunan dan kemajuan di dalam pasaran pusat data hiperskala dan runcit. Walau bagaimanapun, kepelbagaian merentasi rantau ini akan diterjemahkan ke dalam pelbagai cabaran bagi sesiapa sahaja yang ingin memasuki atau berkembang di dalam pasaran ini. "
 
Ling berkata: "Mengenal pasti rakan kongsi yang paling sesuai adalah penting untuk sebarang kejayaan dan itulah sebabnya mengapa acara seperti Datacloud Asia boleh menawarkan peluang-peluang rangkaian yang hebat dengan eksekutif kanan dari semua bahagian di Asia, yang benar-benar memahami apa yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan di sini."
 
Satu sesi khas mengenai peluang di Asia akan turut membincangkan lokasi-lokasi pusat data, ketersediaan kuasa dan penyambungan, dengan diikuti oleh kumpulan rangkaian peribadi untuk perbincangan lanjut.
 
Anugerah Datacloud Asia Pertama akan juga diadakan pada malam 23 Februari di Singapura. Anugerah itu mengiktiraf inovasi tulen dan evolusi yang berterusan di dalam sektor itu. Dihoskan oleh seorang personaliti antarabangsa, majlis Anugerah tahun ini – dan makan malam – akan menjadi malam yang paling menarik pada tahun ini untuk meraikan perintis yang terbaik dan paling awal di dalam industri global yang bernilai berbilion dolar yang telah menjadikan pusat data dan awan itu.
 
Akses kepada makan malam dan majlis itu terbuka kepada pemegang tiket Emas yang menghadiri Datacloud Asia 2017.
Datacloud Asia 2017
Capella Hotel
1 The Knolls
Sentosa Island
Singapura 098297
 
Untuk maklumat lanjut dan bagi tujuan pendaftaran, sila layari http://www.datacloudasia.com/
 
Maklumat mengenai BroadGroup
 
BroadGroup adalah sebuah syarikat Teknologi Media Maklumat dan Perkhidmatan Profesional. Ditubuhkan pada tahun 2002, syarikat itu telah mencapai pengiktirafan dan pertumbuhan dengan menyampaikan penyelidikan berkualiti dan pandangan di dalam beberapa bidang nic dan baru muncul di dalam sektor telekomunikasi dan teknologi. Amalan Pusat Data dan Awan mereka adalah peneraju pasaran di dalam menyediakan usaha wajar, penyelidikan dan analisis komersil untuk sektor itu. Portfolio aktiviti syarikat itu termasuk jenama Datacloud, Anugerah Datacloud, Kewangan dan Forum Pelaburan dan Konvensyen Gentian Gelap yang menyampaikan perangkaian antarabangsa dan acara-acara peluang perniagaan yang berkualiti tinggi. http://www.broad-group.com/
 
Hubungi
Bagi pihak BroadGroup
Julia Vockrodt, +44(0)7710942943 (telefon bimbit)
julia@vp-pr.com

Sumber: BroadGroup
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170122005007/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.