ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  "RETAILTECH JAPAN" DAN "SECURITY SHOW": PAMERAN TERBESAR JEPUN YANG KHUSUS DALAM SISTEM MAKLUMAT PERUNCITAN DAN PENYELESAIAN KESELAMATAN BAKAL DIADAKAN

Tuesday 24/01/2017



TOKYO, 24 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Nikkei Inc. akan mengadakan dua pameran popular serentak. Yang pertama, "RETAILTECH JAPAN", akan mempamerkan yang terkini di dalam peralatan IT dan sistem yang direka untuk memacukan ke hadapan aktiviti rantaian pemasaran dan bekalan di dalam industri peruncitan dan pengedaran. Diadakan pada masa yang sama, "SECURITY SHOW" akan menampilkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang menyumbang kepada keselamatan awam seperti kamera keselamatan dan sistem kawalan akses.

"RETAILTECH JAPAN" adalah merupakan pameran terbesar Jepun yang dikhususkan kepada memperkenalkan sistem maklumat yang direka untuk industri peruncitan dan pengedaran. Pameran ini akan memperkenalkan peralatan dan sistem maklumat yang terkini yang memenuhi pelbagai format perniagaan peruncitan dan pengedaran. Antara produk dan perkhidmatan yang ada adalah POS (titik jualan) dan sistem pembayaran yang lain, sistem ibu pejabat, logistik, promosi jualan mudah alih, semua saluran peruncitan, data yang besar, IoT, kecerdasan buatan, perkhidmatan awan, robot industri pengedaran, sistem beli-belah dalam talian, dan banyak lagi. Terdapat juga satu zon khas yang diwujudkan untuk memberi tumpuan kepada memperkenalkan penunjuk digital dan sistem POP.

"SECURITY SHOW" akan mempamerkan produk yang terkini di dalam kamera keselamatan, sistem kawalan akses, perkhidmatan keselamatan, serta tidak terkira banyaknya produk dan perkhidmatan canggih yang lain yang memastikan keselamatan, melindungi perniagaan dan orang ramai daripada pelbagai risiko termasuk jenayah, keganasan, dan bencana. Beberapa teknologi keselamatan terkini Jepun yang dipandang tinggi yang disasarkan untuk Sukan Olimpik Tokyo pada tahun 2020 juga akan diumumkan. Ini termasuk perkhidmatan yang menggunakan dron untuk menjamin keselamatan kemudahan dari udara, dan sebuah sistem analisis imej yang mampu mengenal pasti individu yang mencurigakan melalui pengecaman wajah yang dirakamkan dari imej kamera yang berkualiti tinggi.

Nikkei Inc. secara serentak mengadakan sejumlah lapan pameran, termasuk kedua-dua ini, di bawah satu acara yang komprehensif yang diberi tajuk "Nikkei Messe." Kemasukan ke mana-mana daripada pameran itu adalah percuma jika mendaftar di laman web rasmi. Bagi tetamu luar negara, kami menanti kehadiran anda di sana!

"RETAILTECH JAPAN" dan "SECURITY SHOW"
Tarikh Acara: 7 Mac (Selasa) hingga 10 Mac (Jumaat), 2017
Tempat: Tokyo Big Sight
Jangkaan kehadiran: 130,000
Skala pameran: RETAILTECH JAPAN, 207 syarikat, 977 petak / SECURITY SHOW, 186 syarikat, 666 petak
Untuk butiran lanjut, sila layari laman web pameran masing-masing di bawah:
RETAILTECH JAPAN= http://www.retailtech.jp/en/
SECURITY SHOW= http://www.securityshow.jp/en/

Hubungi
Pejabat Hubungan Luar Negara NIKKEI MESSE
(Space Media Japan Co., Ltd.)
Chihiro ISAMI, +81-3-3512-5670
tradefairs2017@smj.co.jp

Sumber: NIKKEI MESSE

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170123005386/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.