ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  GABUNGAN ANTARABANGSA MEMFAILKAN TUNTUTAN MAHKAMAH DI MAHKAMAH DAERAH ROTTERDAM, BELANDA, BAGI KERUGIAN YANG DISEBABKAN OLEH DAKWAAN RASUAH DAN PENIPUAN YANG DILAKUKAN OLEH PETROLEO BRASILIERO, SEKUTU TERTENTU DAN EKSEKUTIF MEREKA.

Tuesday 24/01/2017



ROTTERDAM, Belanda, 24 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Satu gabungan antarabangsa hari ini mengumumkan bahawa satu tuntutan mahkamah telah difailkan di Mahkamah Belanda semalam bagi pihak pelabur institusi yang mengalami kerugian berbilion dolar di dalam pelaburan mereka dalam Petroleo Brasiliero SA ("Petrobras"). Dengan memohon untuk mendapatkan relief perisytiharan akibat daripada dakwaan rasuah oleh syarikat itu dan eksekutif mereka, gabungan itu yang mewakili pelabur yang membeli sekuriti Petrobras di bursa BM&FBOVESPA di Brazil dan sekuriti lain yang dibeli melalui urus niaga di luar, dan tidak dilindungi oleh, tindakan undang-undang di Amerika Syarikat. Kumpulan pelabur yang terjejas itu percaya bahawa Belanda adalah bidang kuasa yang optimum untuk meneruskan tindakan undang-undang itu, kerana di sinilah di mana Petrobras Global Finance B.V. dan beberapa entiti dan bahagian Petrobras yang lain bermastautin. Selain itu, sistem undang-undang Belanda mempunyai duluan penyelesaian global yang sudah diwujudkan bagi pelabur antarabangsa yang menuntut pampasan yang sejajar dengan kerugian yang disebabkan oleh penipuan dan pelanggaran undang-undang sekuriti antarabangsa.

Writ setebal 172 muka surat itu mendakwa bahawa apabila penipuan yang begitu rumit dan skim rasuah yang dirancang oleh pihak pengurusan dan pegawai-pegawai Petrobras sejak sekian lama akhirnya didedahkan kepada orang ramai pada tahun 2014, pelabur kerugian berbilion-bilion dolar, euro dan reals Brazil, yang berpunca daripada penurunan ketara nilai aset dan kemerosotan mendadak di dalam harga saham Petrobras.

Writ itu telah difailkan oleh Stichting Petrobras Compensation Foundation (“Yayasan”) yang berpangkalan di Belanda yang diwakili oleh satu gabungan firma undang-undang Belanda, Amerika Syarikat, Brazil dan United Kingdom dan disokong oleh satu kumpulan besar pelabur antarabangsa dan International Securities Associations dan Foundations Management Company Ltd. (“ISAF”). Yayasan itu bukan sebuah entiti yang mencari keuntungan yang bertindak bagi pihak kelas pelabur Petrobras yang terjejas. Yayasan itu diketuai oleh ahli-ahli lembaga bebas dan yang sangat berpengalaman, termasuk: Encik H. Th. Bouma (Pengerusi), seorang bekas rakan kongsi di Pels Rijcken & Droogleever Fortuijn dan bekas timbalan hakim di Mahkamah Rayuan di The Hague; Encik A.H. Korthals, bekas Setiausaha Pertahanan kerajaan Belanda dan bekas Setiausaha Kehakiman di kerajaan Belanda; Encik C.J. Vriesman, bekas pemangku Datuk Bandar perbandaran Den Helder dan bekas Ketua Pengarah bagi Perkhidmatan Perhutanan Negara dan Kementerian Perumahan, Perancangan Ruang dan Alam Sekitar. Maklumat lanjut mengenai lembaga Yayasan dan Lembaga Penyeliaan boleh diperolehi di laman web Yayasan itu (http://www.pbcompensation.com/).

Matlamat Tindakan Undang-undang & Bagaimana untuk Mendapatkan Balik Kerugian

Tindakan undang-undang di Belanda disokong dan dibiayai oleh ISAF dan menyediakan sebuah jentera bagi pelabur yang terjejas untuk membuat litigasi bagi pampasan dan bagi mewujudkan satu penyelesaian yang sah bagi sekuriti yang terlibat di dalam tindakan undang-undang itu. Pelabur Petrobras yang layak sedang mengambil bahagian mengikut  asas "yuran hanya setelah berjaya", tanpa sebarang risiko atau kos pendahuluan.

Yayasan itu telah mempelawa Petrobras et al untuk membincangkan satu resolusi yang saksama bagi kerugian yang dialami oleh pelabur yang diwakili oleh Yayasan itu. Setakat ini, pelawaan itu belum diterima, oleh yang demikian tindakan undang-undang kini telah bermula.

Bidang Kuasa

Belanda adalah Bidang kuasa yang Optimum untuk menyaman Petrobras di dalam kes ini

Melalui Yayasan itu, pelabur-pelabur Belanda dan antarabangsa mengambil tindakan undang-undang di Belanda, di mana Petrobras Global Finance B.V. dan beberapa entiti dan bahagian Petrobras yang lain bermastautin. Tambahan pula, kesan daripada dakwaan Penipuan itu telah dilanjutkan ke Belanda. Usaha litigasi dan penyelesaian Yayasan itu melindungi sekuriti ekuiti utama Petrobras yang diniagakan di BM&FBOVESPA di Sao Paolo dan melalui pasaran berkaitan seperti Latibex on Bolsa De Madrid, bersama-sama dengan bon berdenominasi Euro, Sterling dan USD tertentu yang dikeluarkan melalui Petrobras Global Finance B.V. Keputusan gabungan itu untuk meneruskan tindakan undang-undang di Belanda, juga mengambil kira fakta bahawa jika pihak-pihak itu membuat keputusan untuk mencapai penyelesaian semasa tindakan undang-undang itu, sistem undang-undang Belanda mempunyai duluan penyelesaian global yang sudah diwujudkan bagi pelabur antarabangsa yang menuntut untuk mendapatkan pampasan yang disebabkan oleh penipuan dan pelanggaran undang-undang sekuriti antarabangsa.

Tindakan undang-undang Sekuriti Amerika Syarikat

Tindakan undang-undang yang difailkan di Amerika Syarikat bagi pihak pelabur meliputi kerugian di dalam Saham Depositori Amerika yang diniagakan di Bursa Saham New York dan bon berdenominasi dolar Amerika yang tertentu. Ini bermakna bahawa kerugian pelabur yang berpunca daripada saham yang diniagakan di BM&FBOVESPA dan bon tertentu, termasuk bon berdenominasi Euro, tidak termasuk di dalam tindakan kelas Amerika Syarikat dan menarik diri daripada tindakan undang-undang.

Timbangtara Brazil

ISAF, bersama-sama dengan sebuah gabungan firma undang-undang antarabangsa dan merentas bidang kuasa, telah banyak menjalankan penyelidikan mengenai prospek memulakan timbangtara di antara pelabur yang terjejas dan Petrobras di hadapan Dewan Timbangtara Pasaran dari bursa BM&FBOVESPA di Brazil. Analisis ini, ditambah pula dengan analisis yang dilakukan oleh pelabur-pelabur institusi bebas daripada ISAF, membawa kepada kesimpulan bahawa strategi litigasi Belanda yang dianjurkan oleh Yayasan itu dan ISAF adalah optimum dan laluan yang berkemungkinan besar kepada satu pemulihan yang bermakna bagi pelabur-pelabur yang terjejas.

Maklumat mengenai Yayasan Pemegang Saham

Penganjur Yayasan. Stichting Petrobras Compensation Foundation, sebuah yayasan yang berpangkalan di Belanda yang bertindak bagi pihak pelabur-pelabur Petrobras yang terjejas, telah melantik ISAF untuk berinteraksi dengan pelabur, firma undang-undang, pembekal perkhidmatan, dan media dan bagi menjalankan kesemua tugas pentadbiran, termasuk pengumpulan data dagangan pelanggan, pengiraan kerugian, kehilangan pensijilan, dan kesemua aspek pengendalian dokumentasi. Di samping itu, ISAF akan membiayai kesemua kos litigasi, termasuk yuran guaman, bayaran pakar, pemprosesan, pengumpulan data, pentadbiran, dan pentadbiran tuntutan, termasuk kemungkinan pentadbiran pembayaran.

Firma Undang-undangLemstra Van der Korst N.V., sebuah firma undang-undang litigasi dan tindakan kelas yang terkemuka di Belanda yang bertindak bagi pihak Yayasan itu dan sedang berunding dengan firma-firma litigasi sekuriti, Motley Rice dan Lowey Dannenberg Cohen & Hart dan Withers LLP dan firma undang-undang Brazil.

Analisis Tuntutan dan Pemprosesan. Battea Class Action Services, LLC, sebuah peneraju antarabangsa di dalam ruang pemfailan tuntutan sekuriti tindakan kelas, telah dikekalkan untuk mengumpul data pelanggan dan proses dan mengesahkan pengiraan kerugian pelabur.

Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20170123006220/en/

Hubungi
ISAF
Adam Foulke, +1 203-252-3378
media@isafpetrobras.com
 
Sumber: International Securities Associations dan Foundations Management Company Ltd.
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.