ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  TOSHIBA LANCAR IC PEMACU STEPPING MOTOR DWIKUTUB YANG TIDAK MEMERLUKAN PERINTANG PENGESANAN ARUS

Wednesday 25/01/2017



TOKYO, 25 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran "TB67S508FTG," sebuah pemacu stepping motor dwikutub yang menawarkan voltan tinggi 40V dan arus 3.0A tanpa memerlukan perintang pengesanan arus luaran. Sampel penghantaran bermula hari ini.

Alat pencetak, peralatan automasi pejabat, kamera pengawasan, terminal perbankan seperti ATM, mesin pengenalan wang kertas, mesin hiburan, dan peralatan rumah sedang dikecilkan untuk menjimatkan ruang dan meningkatkan reka bentuk. Penggunaan kuasa yang rendah juga semakin penting sebagai satu cara untuk mengecilkan papan IC dan mengurangkan haba dalaman di dalam produk. 

IC baharu itu mengintegrasikan seni bina ACDS[1] Toshiba, yang diguna pakai sebelum ini di dalam sebuah IC pemacu stepping motor ekakutub. Ia menghapuskan keperluan bagi dua perintang luaran yang biasanya diperlukan untuk mengesan arus motor. Dengan menggunakan sebuah pakej QFN36 yang kecil (ruang pelekap 5 mm × 5 mm), IC baharu itu mengurangkan ruang pelekap kepada kira-kira 66% daripada produk semasa[2] Toshiba. ACDS juga mengurangkan kehilangan kuasa dan kesilapan variasi perintang, dan menyumbang kepada penggunaan kuasa yang rendah dan kawalan arus tetap yang sangat tepat. 

Ciri-ciri Utama Produk Baharu itu

- Tidak perlu bagi perintang luaran untuk mengesan arus.
ACDS, seni bina asal Toshiba, merealisasikan kawalan motor arus tetap yang sangat tepat tanpa perintang luaran untuk mengesan arus.

- Penjanaan haba yang lebih rendah semasa pemacuan motor.
Sebuah DMOS output terbina dalam dengan rintangan on yang rendah (0.45Ω (atas + bawah: jenis)) mengurangkan penjanaan haba dengan sebanyak 13% apabila pemacu stepping motor beroperasi pada 1A, berbanding dengan produk semasa[3] Toshiba.

- Pakej kecil
Sebuah pakej QFN36 kecil, radiasi haba tinggi yang menjimatkan ruang dan mengurangkan kos.

Spesifikasi Utama :
Nombor BahagianTB67S508FTG
FungsiPemacu stepping motor
PakejQFN36
I/FInput jam dan input fasa
Mod resolusi langkahPenuh, separuh, suku
Pengkadaran output (voltan)40V
Pengkadaran output  (arus)3A
Perintang ON output  (atas + bawah)0.45Ω (jenis)
Bekalan kuasaMenyokong pemacu kuasa tunggal
Pengesanan ketaknormalanPenutupan terma, pengesanan lebihan arus, kuasa rendah dan pengesanan kekurangan voltan, dan pengesanan terbuka / pendek komponen terminal OSCM
Fungsi lainACDS dan ADMD[4]
 
Nota:
1: ACDS: Sistem Pengesanan Arus Termaju.
2: Asas untuk perbandingan
  Produk semasa: Dua perintang  pengesanan (5 mm × 2.5 mm) yang disambung kepada arus IC (7 mm × 7 mm) dengan pakej QFN48
  Produk baharu: (5 mm × 5 mm)
3: Berbanding dengan produk semasa, TB62213AFTG (pengkadaran output maksimum 40V/3A)
4: ADMD: Reputan Campuran Dinamik Termaju.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB67S508FTG®ion=apc&lang=en 

Untuk maklumat lanjut mengenai pemacu stepping motor Toshiba, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/linear/motordriver/stepping-motor.html 

Pertanyaan Pelanggan
Jabatan Jualan IC Isyarat Bercampur dan Pemasaran
Tel:+81-44-548-2821
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html 

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba 

Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik. 

Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm 

Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51498444&lang=en 

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company 

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170124005691/en 


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.