ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 05, 2024 -Ahad

 
  TOSHIBA LANCAR IC AMPLIFIER KUASA MAKLUM BALAS ARUS AUDIO KERETA DENGAN PENGESANAN PENGIMBANG TERBINA DALAM

Thursday 26/01/2017



TOKYO, 26 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran "TCB502HQ," sebuah IC amplifier berkuasa 4 saluran yang mengesan voltan pengimbang output, satu faktor di dalam speaker terbakar. Pengeluaran besar-besaran bermula hari ini.
 
IC baharu itu mengintegrasikan sebuah litar pengesanan pengimbang sepenuh masa yang baharu dibangunkan yang mengesan voltan pengimbang output walaupun semasa penghasilan bunyi, sekali gus menghalang speaker terbakar.
 
Pengeluar sentiasa berusaha untuk memberi respons kepada permintaan pengguna dengan memperhalusi kualiti bunyi bagi audio kereta dan IC baharu itu menyokong perkara ini dengan penyatuan sebuah sistem maklum balas arus seperti yang terdapat di dalam audio hi-fi atasan. Ini menghalang penurunan kualiti bunyi pada jalur lebar luas dan menjamin kualiti bunyi yang konsisten.
 
Spesifikasi Utama

Nombor Bahagian
 
TCB502HQ

Kuasa Output Maksimum
 
49Wx4ch (Vcc=15.2V,RL=4Ω, JEITA maksimum)

Voltan Bekalan Operasi
 
6V hingga 18V

Voltan Pengimbang Output
 
70mV

Voltan Bunyi Output
 
33uV (BW=A-berat)
Fungsi-fungsi dan Ciri-ciri Tertanam




 
 
- Output yang tinggi dan gangguan yang rendah
- Fungsi senyap yang terbina dalam dan tunggu sedia, pengesanan pengimbang, pengesanan litar pintas, dan pengesanan litar pintas separa
- Operasi 6V (keupayaan pengurangan enjin melahu)
- Satu rangkaian litar perlindungan (terma, voltan lampau, perlindungan output ke VCC, output ke GND, output ke output)

Pakej
 
HZIP25-P-1.00F

Harga Sampel
(dengan cukai)
 
500 yen
 
 
 
Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu ini, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/automotive/power-amp.html
 
Pertanyaan Pelanggan
Jabatan Jualan IC Isyarat Bercampur dan Pemasaran
Tel: +81-44-548-2821
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html
 
*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba
 
Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.
 
Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.)
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm
 
Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51499227&lang=en
 
Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170125005472/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.