ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  NASDAQ CORPORATE SOLUTIONS DAN EUROLAND IR GABUNG TENAGA UNTUK MENBERIKAN CIRI LANJUTAN BAGI LAMAN WEB HUBUNGAN PELABUR

Tuesday 31/01/2017



STOCKHOLM, Sweden, 31 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Nasdaq Corporate Solutions mengumumkan kerjasamanya dengan Euroland IR untuk menawarkan ciri lanjutan kepada ahli profesional hubungan pelabur (IR) di seluruh dunia bagi laman web IR mereka. Kerjasama ini menjadi rasmi pada Disember 2016 dan membawakan sebut harga saham komprehensif, pencartaan interaktif dan modul laman web IR lain kepada beribu-ribu klien Nasdaq Corporate Solutions merentasi EMEA, Asia dan Amerika. Naik taraf untuk klien sudah berlangsung dan berikutan keluaran platform laman web IR generasi masa depan Nasdaq yang dikuasakan oleh teknologi sumber terbuka Drupal 8.
 
Foto dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/8e024557-1d6b-4567-8dc5-86ff79c4a506
 
“Euroland merupakan peneraju terkemuka dalam sebut harga saham mesra mudah alih dan fungsi pencartaan interaktif dan kami amat gembira kerana dapat menyediakan ciri-ciri terbaik industri ini kepada klien laman web IR kami,” kata Stacie Swanstrom, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Nasdaq Corporate Solutions. “Kami amat yakin dengan kerjasama ini dan keupayaan kami untuk memastikan pengalaman laman web IR yang lancar dan ditambah baik untuk klien kami.”
 
“Euroland IR adalah berbesar hati untuk bekerjasama dengan Nasdaq Corporate Solutions, yang berusaha dengan konsisten untuk meningkatkan dan menambah baik komunikasi IR klien mereka pada peringkat dunia,” kata Natalie Kahn, CEO Euroland IR. “Dengan kerjasama ini, kami akan memastikan bahawa klien Nasdaq Corporate Solutions mendapat pengalaman yang sebaik mungkin.”
 
Nasdaq Corporate Solutions, iaitu salah satu rangkaian perniagaan Nasdaq, Inc. (Nasdaq:NDAQ), menyediakan set kecerdasan pasaran, komunikasi, aliran kerja dan penyelesaian kolaborasi yang disepadukan untuk eksekutif dan lembaga korporat bagi hampir-hampir 18,000 klien korporat. Set produk ini terdiri daripada produk yang menyokong hubungan pelabur, komunikasi korporat dan fungsi pentadbiran korporat. Nasdaq Corporate Solutions membangunkan, mengehoskan dan menyelenggara laman web IR untuk lebih daripada 3,000 syarikat di seluruh dunia, termasuk lebih kurang 78 peratus Indeks Nasdaq-100 dan lebih kurang 63 peratus Fortune 500.
 
Mengenai Nasdaq: 
Nasdaq (Nasdaq:NDAQ) merupakan penyedia perdagangan, penjelasan, teknologi pertukaran, penyenaraian, maklumat dan perkhidmatan syarikat awam yang terkemuka merentasi enam benua. Melalui portfolio penyelesaiannya yang pelbagai, Nasdaq membolehkan klien untuk merancang, mengoptimumkan dan menjalankan visi perniagaan mereka dengan yakin, menggunakan teknologi terbukti yang memberikan transparensi dan cerapan demi menavigasi pasaran kapital global zaman sekarang. Sebagai pencipta pasaran saham elektronik yang pertama di dunia, teknologinya menguasakan lebih daripada 85 pasaran di 50 negara, dan 1 dalam 10 transaksi sekuriti di dunia. Nasdaq memiliki lebih kurang 3,800 syarikat yang tersenarai dengan nilai pasaran $10.1 trilion dan hampir-hampir 18,000 klien korporat. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati: nasdaq.com/ambition atau business.nasdaq.com.
 
NDAQG
 
Hubungan Media Nasdaq:
 
Will Briganti
(646) 441-5012
william.briganti@nasdaq.com 
 
Sumber : NASDAQ, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.