ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  AG&P MENANDATANGANI MOU DENGAN HINDUSTAN LNG UNTUK MEMBINA SEBUAH TERMINAL IMPORT LNG BAHARU DI ANDHRA PRADESH

Tuesday 31/01/2017



Perjanjian penting membuka jalan untuk penghantaran gas bertol yang lebih murah bagi loji kuasa dan pengguna lain di seluruh Pantai Timur India

NEW DELHI, 31 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- AG&P (Syarikat Atlantik, Teluk dan Pasifik), penyepadu terkemuka dunia bagi penyelesaian infrastruktur LNG termasuk terminal LNG dan rantaian bekalan yang muncul daripadanya, dan Hindustan LNG (HLNG), sebuah syarikat pembangunan terminal import LNG yang berpangkalan di Hyderabad, telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) untuk membekalkan gas bertol ke stesen-stesen kuasa di wilayah Timur Godavari di Andhra Pradesh, India. Di bawah perjanjian itu, AG&P akan menyediakan satu penyelesaian bersepadu untuk menghantar regasified LNG iaitu proses fizikal di mana gas asli cecair dipanaskan untuk dikembalikan ke dalam bentuk gas melalui satu terminal import LNG yang baharu yang mana AG&P akan juga mereka bentuk dan membinanya di pelabuhan di Andhra Pradesh.

Siaran Berita Pintar ini menampilkan multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: http://www.businesswire.com/news/home/20170129005021/en/ 

MoU itu telah ditandatangani pada Sidang Kemuncak Perkongsian 2017 anjuran Konfederasi Industri India (CII), dan majlis penandatanganan itu telah dihadiri oleh Ketua Menteri Shri N. Chandrababu Naidu. MoU itu telah melancarkan satu penyelesaian bersepadu sepenuhnya untuk menyampaikan gas bertol di India, termasuk reka bentuk, pembinaan, pembiayaan, operasi dan penyelenggaraan terminal baharu itu, yang akan memastikan bekalan yang boleh dipercayai dan berkos rendah kepada pengeluar tenaga, kilang baja, penyimpanan sejuk dan industri lain di Andhra Pradesh dan pasaran lain di sepanjang pantai timur.

Bercakap pada majlis menandatangani perjanjian itu di Andhra Pradesh pada 28 Januari, 2017, Dr. C.R. Prasad, Pengerusi HLNG berkata: "Andhra Pradesh adalah tempat yang ideal untuk membangunkan sebuah kemudahan import LNG bagi memberi perkhidmatan kepada permintaan tenaga yang semakin meningkat di pantai timur India di mana projek-projek tenaga gas yang sedia ada amat memerlukan bekalan LNG yang boleh dipercayai. Perkongsian dengan AG&P itu akan menyediakan satu platform yang kukuh untuk membangunkan satu landasan terbaik dan penyelesaian import LNG berkos rendah yang membolehkan wilayah itu meneruskan trajektori pertumbuhannya."

AG&P akan bertanggungjawab untuk mereka bentuk dan membina kesemua kemudahan yang diperlukan bagi terminal import, termasuk sebuah penyimpanan terapung dan sistem tambatan, terminal regasification, utiliti yang berkaitan dan penyediaan gas bertol untuk loji-loji kuasa dan pengguna lain. AG&P akan juga menjalankan mana-mana kerja penukaran yang perlu dan, setelah mendapat pentauliahan, operasi yang sedang berjalan dan aktiviti penyelenggaraan.

"Ia adalah satu penghormatan yang besar bagi AG&P untuk membantu melaksanakan visi India bagi tenaga yang bersih, berkos rendah, fleksibel dan boleh dipercayai. Andhra Pradesh memainkan satu peranan yang penting di dalam pembuatan dan perdagangan. Negeri itu dan rakyatnya berada pada trajektori ke atas yang kukuh. Kita lihat peruntukan gas bertol untuk membekalkan kuasa dan bahan api bagi kilang, kediaman dan juga pengangkutan dalam cara yang bersih sebagai elemen-elemen penting dalam masa hadapan Andhra Pradesh. Kami amat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada fasa ini yang menarik di dalam pembangunan di negeri itu," kata Dr Jose P. Leviste, Jr., Pengerusi AG&P.

Untuk maklumat lanjut mengenai keupayaan LNG AG&P, sila layari http://www.agp.ph/. Untuk HLNG, sila layari http://hindustanlng.com/ 

Maklumat mengenai AG&P

Atlantic, Gulf & Pacific Company of Manila (AG&P) adalah sebuah pemimpin dunia di dalam penyelesaian infrastruktur untuk syarikat-syarikat tenaga, sumber asli dan industri lain, dengan menyampaikan produk modular yang terkini dan perkhidmatan sokongan kepada kapal, projek dan kilang. Syarikat itu mempunyai pengalaman yang luas di dalam pembuatan modular E-rumah, pencecairan LNG dan modul proses yang lain, penapisan, loji petrokimia dan operasi perlombongan untuk pelanggan mewah di peringkat global. AG&P kini berada di barisan hadapan di dalam membangunkan infrastruktur LNG berskala kecil. AG&P mereka bentuk, menghasilkan, membiayai, menjamin/ memajak, mengendali dan menyelenggara terminal LNG dan rantaian bekalan yang berpunca daripada mereka. AG&P memanfaatkan perkongsian itu dengan pakar-pakar LNG yang terkemuka untuk menyampaikan penyelesaian yang fleksibel di sepanjang rantaian nilai LNG dalam masa yang paling singkat dengan pelaburan modal yang lebih rendah.

Maklumat mengenai Hindustan LNG

Hindustan LNG adalah sebuah Syarikat Bekalan Gas Asli Cecair dengan kemudahan infrastruktur yang diperlukan di pantai timur Andhra Pradesh, India. Syarikat itu sedang mengukuhkan diri merentasi rantaian nilai gas asli dengan melibatkan diri ke dalam pengimportan LNG, regasification dan pemindahan gas bagi pelanggan di Negeri Andhra Pradesh dan di seluruh India. Matlamat kami adalah untuk memainkan peranan utama dalam rantaian bekalan LNG di India dengan mewujudkan infrastruktur yang diperlukan untuk mengimport LNG dan bagi bekalan LNG yang boleh dipercayai kepada pengguna, sekali gus menyumbang kepada keselamatan tenaga di India. Moto kami adalah untuk mewujudkan nilai dengan memenuhi komitmen kami kepada rakan-rakan kami, pelanggan, pekerja dan komuniti dan masyarakat secara amnya.

Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20170129005021/en/
 
Hubungi
Edelman
Cik Archika Srivastava
Edelman India
+918800674456
archika.srivastava@edelman.com

Sumber: AG&P


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
 --BERNAMA 
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.