ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  KEIO PLAZA HOTEL TOKYO ANJUR PAMERAN FESTIVAL ANAK PATUNG KANAK-KANAK PEREMPUAN HINAMATSURI

Thursday 02/02/2017



Memaparkan 6,500 Hiasan Gantung dan Bonsai Jepun
 
TOKYO, 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo, satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan mengadakan satu pameran khas  mengenai seni tradisional Jepun untuk meraikan festival anak patung kanak-kanak perempuan Hinamatsuri tradisional dengan memaparkan pelbagai hiasan seni tradisional di hotel itu dari Februari hingga Mac, 2017. Pameran ini yang diadakan setiap tahun telah mendapat sambutan yang sangat baik oleh tetamu, dan tahun ini memaparkan kira-kira 6,500 perhiasan anak patung sutera halus tenunan tangan, barang-barang seni ukiyoe Jepun yang menggambarkan adegan "budaya kaum wanita Jepun", dan pokok hiasan "Bonsai" miniatur yang diukir untuk membolehkan pengunjung merasai representasi seni tradisional Jepun bagi “Festival Anak Patung Kanak-kanak Perempuan Hinamatsuri".
 
Perhiasan seni hiasan gantung itu dijahit khas dengan tangan khusus bagi pameran hotel itu dengan menggunakan kain sutera halus yang ditenun dari kimono lama. Setiap kerja tangan itu telah direka dengan teliti untuk pameran ini dan secara simbolik mencerminkan harapan bagi kesihatan dan kebahagiaan kanak-kanak. Set anak patung utama itu melambangkan figura daripada istana Jepun pada era Heian (794 hingga 1185). Tetamu kami dari seluruh pelusuk dunia begitu kagum dengan kehebatan pameran ini, yang menawarkan peluang yang sesuai bagi para tetamu untuk merakamkan gambar sebagai kenangan bagi pameran ini.
 
Tradisi pokok hiasan "bonsai" miniatur yang diukir, yang telah menjadi sebahagian daripada tradisi budaya Jepun, akan ditonjolkan dalam pameran tahun ini. Seni "bonsai" dikatakan telah bermula semasa Zaman Heian dan menjadi sebahagian daripada tradisional popular "budaya wanita Jepun" dari Zaman Meiji. Melalui era Meiji, wanita Jepun diperkenalkan kepada bonsai sebagai sebahagian daripada pembelajaran mereka mengenai adat beradab dan etika, yang dikatakan untuk membantu menanamkan rasa keindahan di dalam jiwa mereka. Karya-karya daripada Muzium Kesenian Omiya Bonsai di Saitama  akan dipamerkan, selain koleksi artifak yang berkaitan bonsai dan percetakan blok kayu ukiyoe, untuk menunjukkan bagaimana bonsai memainkan peranan di dalam kehidupan kaum wanita Jepun pada masa lampau.
 
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, istilah "bonsai" telah diiktiraf di seluruh dunia sebagai mencerminkan penghargaan dunia yang semakin meningkat bagi seni tradisional Jepun ini. Melalui pameran ini, kami berusaha untuk menawarkan kepada tetamu kami dengan peluang yang unik untuk menemui aspek-aspek baharu dan mendalam tentang budaya tradisional Jepun.
 
Versi Penuh bagi Siaran Media
 
Hubungi
Keio Plaza Hotel Tokyo
Sunaho Nakatani, +81-3-5322-8010
Pengurus Perhubungan Awam
s-nakatani@keioplaza.co.jp

Sumber: Keio Plaza Hotel Tokyo

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170131005560/en 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.