ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  TOSHIBA LANCAR MOSFET KUASA SALURAN N SUPER JUNCTION 600V/650V DENGAN PRESTASI EMI YANG DIPERTINGKATKAN

Thursday 02/02/2017



TOKYO, 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran MOSFET kuasa saluran N super junction 600V/650V dengan prestasi EMI yang dipertingkatkan untuk digunakan di dalam peralatan industri dan pejabat. "Siri DTMOS V" yang baharu itu akan bermula dengan barisan dua belas produk. Penghantaran sampel bermula hari ini dengan penghantaran pengeluaran besar-besaran dijadualkan pada pertengahan Mac.
 
Siri baharu itu mengekalkan tahap yang sama bagi rintangan rendah dan prestasi pensuisan berkelajuan tinggi bagi "siri DTMOS IV" semasa Toshiba, manakala satu proses reka bentuk yang dioptimumkan meningkatkan prestasi EMI dengan kira-kira 3 hingga 5dB[1]. Di samping itu, pengurangan pada prestasi rintangan bagi setiap ruang (RON x A) memungkinkan untuk menambah satu produk baharu 650V 0.29Ω ke dalam barisan pakej DPAK. Produk-produk di dalam siri baharu itu adalah sesuai untuk digunakan di dalam bekalan kuasa bagi peralatan industri dan pejabat yang memerlukan kecekapan yang tinggi dan saiz yang kompak, alat penyesuai dan pengecas untuk komputer riba dan peranti mudah alih, dan komputer peribadi dan mesin pencetak.

Barisan dan Spesifikasi Utama bagi MOSFET Baharu:
Sila klik disini untuk Barisan dan Spesifikasi Utama bagi MOSFET Baharu


Nota
[1] Pada 150 hingga 210MHz dengan mengunakan papan penilaian Toshiba. Tinjauan Toshiba.
 
Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk baharu dan barisan MOSFET kuasa voltan sederhana tinggi Toshiba.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/mosfet/hv-mosfet.html
 
Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan Peranti Kuasa & Pemasaran
Tel: +81-3-3457-3933
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html
 
Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba

Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.
 
Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.)
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51502092&lang=en
 
Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Jabatan Pemasaran Digital
Koji Takahata, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170131006508/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.