ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  ​SPRINGFIELD LAND CORPORATION, DAN SYARIKAT-SYARIKAT CHINA R&F PROPERTIES DAN ETONE BERGABUNG UNTUK MELAKSANAKAN PROJEK PEMBANGUNAN PANGSAPURI UTAMA DENGAN NILAI AKHIR SEBANYAK AUD$6.3 BILION

Monday 06/02/2017

AsiaNet 67296

BRISBANE, 6 Feb./Medianet International-AsiaNet/--
 
Springfield Land Corporation (SLC), pemaju bandar raya Greater Springfield yang telah memenangi pelbagai anugerah, amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa ia telah menandatangani satu perjanjian pembangunan dengan kumpulan pembangunan dan pelaburan China Guangzhou R&F Properties Co., Limited (R&F Properties) dan Etone Australia Holdings (Etone) untuk melaksanakan sebuah projek utama pangsapuri berketumpatan sederhana hingga tinggi. Pembangunan kediaman yang besar itu, yang akan dikenali sebagai Central Gardens, terletak bersebelahan dengan stesen kereta api dan hab transit di tengah-tengah Greater Springfield dan akan terdiri daripada kira-kira 10,000 pangsapuri dan ruang sokongan komersil dan runcit. Nilai akhir yang dianggarkan adalah melebihi $6 bilion.

Greater Springfield terletak di Queensland, Australia dan mempunyai sejumlah kawasan seluas 2,860 hektar (7,067 ekar). Anggaran masa perjalanan dengan kereta adalah 30 minit dari CBD Brisbane, 35 minit dari lapangan terbang domestik dan antarabangsa di Brisbane dan 50 minit dari Gold Coast. Greater Springfield adalah satu daripada bandar raya baharu yang pesat membangun di Australia -- sebuah bandar raya di dalam bandar raya Ipswich - dengan jumlah penduduk pada masa ini kira-kira 34,000 orang, yang dijangka meningkat kepada 86,000 orang pada tahun 2030.

Kira-kira $12.7 bilion telah dilaburkan di Greater Springfield setakat ini dan bandar raya baru muncul itu sedang mengalami kira-kira $600 juta di dalam perbelanjaan pembinaan setahun. Jumlah pelaburan apabila siap nanti dijangka melebihi $85 bilion. Projek pembangunan negara yang telah memenangi anugerah ini berpusatkan kepada kesihatan, pendidikan, dan teknologi maklumat, dan memacukan peningkatan jumlah penduduk, pekerjaan dan permintaan bagi kediaman.

Pada Februari 2016, SLC mendapatkan khidmat UBS AG, Cawangan Australia (UBS) sebagai  Penasihat Kewangan Tunggal untuk menjalankan satu pencarian global bagi pembangunan yang bertauliah dan modal rakan kongsi untuk melaksanakan pembangunan Central Gardens yang unik.

Perdagangan & Pelaburan Queensland juga telah membantu SLC dalam mempamerkan Greater Springfield.

Trade & Investment Queensland has also assisted SLC in showcasing Greater Springfield.
 
Pengerusi SLC, Maha Sinnathamby, berkata: "Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan R&F Properties dan Etone untuk memulakan fasa pertumbuhan utama Greater Springfield yang seterusnya. Banyak kerja telah siap dilaksanakan untuk sampai ke tahap ini dan kami tidak sabar-sabar untuk mengadakan satu hubungan kerjasama yang panjang dengan rakan kongsi baharu kami, yang akan menyertai banyak pemegang saham yang sedia ada yang aktif melabur di dalam pembangunan dan pengkomersilan Greater Springfield."

Pengarah Urusan UBS dan Ketua bagi Hartanah Australasia, Tim Church, berkata: "Penyataan meluas kami di peringkat global mengenai kempen kepentingan mengakibatkan di dalam minat yang signifikan daripada beberapa kumpulan yang berkualiti tinggi yang mencari peluang perkongsian yang berskala besar dan bertempoh jangka panjang, dengan menonjolkan pelaburan yang benar-benar unik dan cadangan pembangunan bagi Central Gardens secara khusus dan Greater Springfield secara lebih meluas. Visi bagi projek besar ini adalah sangat menarik dan merupakan langkah logik yang seterusnya di dalam perkembangan penawaran hartanah kediaman di bandar raya itu. Satu tarikan utama yang mendorong minat yang ketara di dalam pembangunan Central Gardens adalah bahawa Greater Springfield adalah sebuah Bandar Raya Induk yang Terancang yang akan memacukan permintaan dan kemudahan yang ketara untuk pembangunan Central Gardens."

Tapak pembangunan itu terletak di kawasan utama yang berada di lokasi strategik yang terletak berhampiran dengan infrastruktur dan kemudahan yang signifikan yang sedia ada dan yang dirancang. Visi Central Gardens dirancang dan direka oleh perunding terkenal di peringkat antarabangsa Woods Bagot, dengan kerjasama Urbis.

Encik Sinnathamby berkata: "Central Gardens mempercepatkan pertumbuhan Greater Springfield, satu alternatif kepada CBD Brisbane, dengan menyediakan pilihan tempat tinggal dan pekerjaan yang baharu bagi masyarakat yang pelbagai dan yang semakin berkembang. Greater Springfield kini sudah menjadi satu daripada wilayah pertumbuhan bandar yang paling pesat di Australia dan projek yang penting ini akan membawa banyak peluang untuk komuniti kita dan pangkalan perdagangan akan berkembang dan makmur di sini. Kira-kira 2,187 pekerjaan langsung dan tidak langsung akan diwujudkan semasa hayat projek itu."

"Penduduk di pangsapuri baharu yang berkualiti tinggi itu akan menikmati 36 peratus ruang hijau yang dijamin di Greater Springfield dan satu tahap infrastruktur yang akan memastikan bahawa ia akan menjadi sebuah tempat yang hebat untuk kehidupan, perniagaan dan rekreasi," kata Encik Sinnathamby.

Urus niaga itu tertakluk kepada beberapa kelulusan kawal selia yang lazim.
Pembinaan dijangka bermula pada awal tahun 2018.
 
MAKLUMAT MENGENAI:
www.greaterspringfield.com.au
http://www.rfaustralia.com.au/
 
Pengerusi:
- Springfield Land Corporation Encik Maha Sinnathamby
- R&F Properties Encik James Cui
- Etone Australia Encik Guo Baotian
              
NOTA EDITOR: Pek media di:
http://www.greaterspringfield.com.au/chinas-r-f-plans-10000-units/
 
 
Michael Lyons
m.lyons@springfieldland.com.au
+61(0)428-338-755
 
 
SUMBER: Springfield Land Corporation 


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.