ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  NATIONAL MUSEUM OF MODERN ART, TOKYO, YANG TERLETAK BERHAMPIRAN ISTANA IMPERIAL, MEMPERKENALKAN SENI JEPUN ABAD KE-20

Monday 06/02/2017



AsiaNet 67294

TOKYO, 6 Feb., 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
National Museum of Modern Art, Tokyo, iaitu muzium seni kebangsaan yang pertama di Jepun, akan memaparkan pelbagai karya agung pada pameran musim bunga mereka pada tahun 2017, termasuk “Parting Spring” oleh KAWAI Gyokudo yang ditandakan sebagai satu Warisan Kebudayaan Penting, dan lukisan-lukisan lain mengenai bunga sakura.

 (Foto: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201702038461/)
 
Muzium itu terletak di tempat yang mudah bagi mereka yang melawat Istana Imperial, dan sebuah tempat yang wajib dilihat terutamanya pada musim bunga apabila bunga sakura  sedang mekar berkembang. Anda boleh melihat lukisan-lukisan oleh pelukis Jepun yang diiktiraf sebagai karya agung bersama-sama dengan bunga sakura, dan dengan itu menikmati musim bunga  Jepun yang penuh  anggun itu.

- Galeri koleksi muzium itu memaparkan 200 hasil seni daripada koleksinya yang terdiri daripada lebih 13,000 hasil seni -- terutamanya karya-karya agung mengenai seni Jepun moden. Awak boleh belajar daripada sejarah abad ke-20 mengenai kesenian Jepun daripada hasil seni yang dipamerkan dengan penjelasan dalam bahasa inggeris.

- Bagi musim bunga sakura 2017, pameran koleksi muzium itu yang bertajuk "Koleksi MOMAT" akan memaparkan kerja seni, termasuk “Parting Spring” oleh KAWAI Gyokudo yang menggambarkan bunga sakura gugur ke atas permukaan air dan karya oleh KIKUCHI Hobun yang bertajuk "Fine Rain on Mt. Yoshino," dari 18 Februari hingga 16 April. Muzium itu juga akan mengadakan satu pameran khas bertajuk "The Cosmos in a Tea Bowl--Transmitting a Secret Art Across Generations of the Raku Family,"  di tingkat satu, dengan memaparkan karya agung tembikar "Raku" yang mencerminkan falsafah mengenai "wabi-cha" (satu gaya majlis teh yang menampilkan kesederhanaan yang halus).
 
- Tarikan utama muzium itu termasuk sudut "penonjolan", di mana intipati koleksi itu diringkaskan bagi membolehkan pelawat untuk menikmati kerja karya seni dalam tempoh masa yang singkat, dan satu ruang pemerhatian di tingkat empat yang menampakkan satu pemandangan panorama mengenai Istana Imperial yang kaya dengan alam semula jadi dan bangunan pencakar langit.

Pameran musim bunga 2017
- "Koleksi MOMAT": 18 Februari – 21 Mei; tingkat dua hingga empat
- "The Cosmos in a Tea Bowl -- Transmitting a Secret Art Across Generations of the Raku Family”: 14 Mac – 21 Mei; tingkat satu
 
Akses kepada muzium: 3 minit berjalan kaki dari jalan keluar 1b di Stesen Takebashi di Tokyo Metro Laluan Tozai kira-kira 20-25 minit berjalan kaki dari Stesen JR Tokyo dan Stesen Otemachi di Tokyo Metro laluan keretapi bawah tanah
Tel: + 81-3-5777-8600
Laman web: http://www.momat.go.jp/english/
 
Sumber: National Museum of Modern Art, Tokyo

--BERNAMA
 
 
 
 
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.