ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  ASCENTIAL PLC AKAN MEMPEROLEH MEDIALINK

Wednesday 08/02/2017



LONDON, 8 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ascential plc, syarikat media niaga-ke-niaga global yang disenaraikan di Bursa Saham London, hari ini mengumumkan bahawa ia telah bersetuju untuk mengambil alih 100% MediaLink, sebuah firma khidmat nasihat dan perniagaan yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
 
Sebuah syarikat swasta, MediaLink adalah sebuah perniagaan yang memacukan kelebihan berdaya saing melalui khidmat nasihat perniagaan bagi pelbagai jenis syarikat yang merangkumi syarikat peringkat awal kepada entiti global yang sudah mantap merentasi industri media, pemasaran, pengiklanan, hiburan dan teknologi.
 
Duncan Painter, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Ascential berkata:
 
"MediaLink adalah sebuah pemimpin di dalam industrinya sendiri, dengan mempunyai kehadiran jenama yang kukuh dan jelas kelihatan di Amerika Syarikat. MediaLink adalah sebuah pelengkap yang amat sesuai dengan penawaran Ascential yang sedia ada dan saya yakin kami boleh membantu mempercepatkan perniagaan MediaLink ke dalam pasaran baharu dengan menggunakan aset dan infrastruktur kami sepanjang bulan-bulan dan tahun-tahun seterusnya. Saya melihat sinergi di antara MediaLink dan portfolio produk kami untuk dengan ketara membantu mempercepatkan perniagaan kami yang sedia ada dan mewujudkan nilai tambahan bagi pemegang saham."
 
Ditubuhkan pada tahun 2003 oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Michael Kassan, MediaLink menggajikan lebih 120 orang pekerja di Amerika Syarikat. Syarikat itu akan terus mengukuh dan mempercepatkan strategi perniagaan Ascential, iaitu untuk memiliki perniagaan dan jenama yang berskala, bertaraf global dan yang terkemuka di tempat pasaran di mana ia menawarkan maklumat yang dipercayai dan penyambungan berharga untuk kalangan profesional perniagaan.
 
Michael Kassan, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi MediaLink memberi komen:
 
"Ini adalah detik masa transformasi bagi MediaLink. Dengan didorong oleh tapak kehadiran global Ascential dan gabungan sumber dan bakat di dalam organisasi kami, kami akan mencipta detik-detik yang paling besar di dalam sejarah MediaLink. Kami berharap dapat bekerjasama untuk mencapai pertumbuhan dan peluang baharu bagi kedua-dua syarikat."
 
Kassan akan terus memikul jawatan sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif MediaLink, dan bekerjasama rapat dengan Painter untuk mengintegrasi dan mempercepatkan perniagaan, memanfaatkan aset dan infrastruktur Ascential pada bulan-bulan dan tahun-tahun seterusnya.
 
MediaLink telah bekerja dengan pelanggan Cannes Lions sejak tahun 2011. Keberkecualian adalah satu tumpuan utama bagi kedua-dua perniagaan, dan mereka akan bergerak secara berasingan. MediaLink akan terus membina hubungannya dengan Cannes Lions dan memulakan perhubungan baharu dengan produk Ascential yang lain di mana perlu.
 
Urus niaga itu dijangka termeterai, tertakluk kepada kelulusan kawal selia Amerika Syarikat yang lazim, dalam tempoh satu bulan akan datang dan, apabila selesai nanti MediaLink akan menjadi sebahagian daripada bahagian Perkhidmatan Maklumat Ascential. Penasihat LionTree Aryeh Bourkoff bertindak sebagai penasihat kewangan kepada MediaLink dengan Rakan LionTree Ben Braun bertindak sebagai penasihat utama.
 
AKHIR
 
Nota kepada Editor:
 
Maklumat mengenai MediaLink
 
MediaLink beroperasi di persilangan media, pemasaran, pengiklanan, hiburan dan teknologi, dengan menyampaikan kepada syarikat nasihat, rakan kongsi dan peluang-peluang yang ia perlukan untuk membolehkan perubahan dan memacukan penyelesaian yang boleh dilaksanakan. Tidak seperti mana-mana syarikat lain di dalam ruang nasihat strategik itu, MediaLink membantu syarikat-syarikat melaksanakan dalam bidang-bidang teras bagi pecutan pendapatan, pemasaran industri, strategi pelabur, penyelesaian data dan teknologi, dan bakat (termasuk mengekalkan Pencarian Eksekutif). Ditubuhkan pada tahun 2003 oleh Michael E. Kassan, MediaLink menggajikan lebih 120 profesional di New York, Chicago, Los Angeles dan San Francisco. www.medialink.com
 
Maklumat mengenai Ascential plc
 
Ascential plc adalah sebuah syarikat media niaga-ke-niaga yang terkemuka di dunia yang memaklumkan dan menghubungkan dunia perniagaan di 150 buah negara melalui Perkhidmatan Pameran & Festival dan Maklumat yang terkemuka di pasaran. Ascential memberi kuasa kepada festival Cannes Lions yang berprestij bagi industri komunikasi berjenama, kongres perkhidmatan pembayaran dan kewangan yang utama di dunia Money20/20, Pameran Musim Bunga/ Pameran Musim Luruh, perkhidmatan ramalan trend fesyen dunia WGSN dan perniagaan data risiko alam sekitar Groundsure. Sebanyak 15 daripada 19 barisan produk Ascential yang berterusan menduduki kedudukan nombor satu. Produk-produk premium Ascential membolehkan tumpuan, pertumbuhan dan nilai. Syarikat itu menyediakan kepada pelanggan dengan kandungan bertaraf dunia dan sambungan yang memperkasakan perniagaan mereka untuk menjadi yang berpengetahuan yang terbaik dan yang mempunyai hubungan yang terbaik. www.ascential.com
 
Hubungi
Ascential
Stephen Martincic, +44 (0)79 3961 9070
Jane Windsor, +44 (0)77 7552 3156
atau
FTI Consulting, +44 (0)203 727 1000
Edward Bridges, Matt Dixon, Chris Lane
atau
MediaLink
Lena Petersen, +1 773 562 8472
 
Sumber: Ascential plc dan MediaLink
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170207005806/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.