ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  TOSHIBA LANCAR 8TB HDD UNTUK APLIKASI NAS

Wednesday 08/02/2017



TOKYO, 8 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran satu barisan baharu HDD, "Siri MN", untuk aplikasi rangkaian lampiran penyimpanan (NAS). Penghantaran bermula dari hari ini.
 
Barisan HDD "Siri MN" yang baharu itu menyampaikan kapasiti sehingga 8TB[1] di dalam faktor bentuk 3.5-inci[2] dengan antara muka SATA. Pemacu itu direka untuk operasi berkuasa 24 jam sehari dan mempunyai satu beban kerja tahunan terkadar 180TB[3] dipindahkan. Ia mempunyai teknologi pemampasan getaran putaran dan sesuai untuk digunakan di aplikasi NAS rumah dan NAS pejabat kecil/ pejabat di rumah (SOHO). Pemacu itu juga mempunyai sebuah penampan 128MiB[4], dan model 8TB mencapai satu kadar pemindahan data sebanyak 230 MiB/s[5].
 
Barisan HDD Baharu
Nombor
Bahagian
 Kapasiti Terformat                 Saiz Aplikasi                   Ciri-ciri
MN05ACA800 8 TB Faktor bentuk 3.5-inci
* Tinggi : 26.1 mm
* Lebar : 101.85 mm
* Panjang : 147 mm



 
 
* NAS SOHO
* NAS Kediaman
 


 
 
* 7,200rpm
* SATA 6Gbit
* Beban kerja sehingga 180TB setahun
* Beroperasi 24 jam sehari
* MTTF 1,000,000 jam[6]
* Teknologi pemampasan getaran putaran
MN05ACA600 6 TB   
MN04ACA400 4 TB   
 
Nota
[1] Definisi kapasiti: Toshiba mentakrifkan satu megabait (MB) sebagai 1,000,000 bait, satu gigabait (GB) sebagai 1,000,000,000 bait dan satu terabait (TB) sebagai 1,000,000,000,000 bait. Satu sistem pengendalian komputer, bagaimanapun, melaporkan kapasiti penyimpanan menggunakan kuasa 2 bagi definisi 1GB =230 = 1,073,741,824 bait dan oleh itu menunjukkan kurang kapasiti penyimpanan. Kapasiti penyimpanan yang ada (termasuk contoh-contoh bagi pelbagai fail media) akan berbeza-beza mengikut saiz fail, format, tetapan, perisian dan sistem pengoperasian, seperti Sistem Pengoperasian Microsoft dan/ atau aplikasi perisian prapasang, atau kandungan media. Kapasiti terformat yang sebenar mungkin berbeza.
[2] "2.5 inci" dan "3.5 inci" membawa maksud faktor bentuk bagi HDD atau SSD. Mereka tidak menunjukkan saiz fizikal pemacu.
[3] Beban kerja adalah satu ukuran bagi daya pemprosesan data bagi tahun itu, dan ia ditakrifkan sebagai jumlah data yang tertulis, dibaca atau disahkan oleh arahan daripada sistem hos.
[4] Satu mebibait (MiB) bermaksud 220, atau 1,048,576 bait.
[5] Kelajuan membaca dan menulis mungkin berbeza-beza bergantung kepada peranti hos, keadaan membaca dan menulis, dan saiz fail.
[6] MTTF (Masa Min untuk Kegagalan) bukan satu jaminan atau anggaran bagi hayat produk; ia adalah nilai statistik yang berkaitan dengan kadar kegagalan min bagi sebilangan besar produk yang mungkin tidak menggambarkan dengan tepat operasi sebenar. Jangka hayat yang sebenar bagi produk mungkin berbeza daripada MTTF itu.
 
Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk baharu.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/storage-products/client-hdd.html
 
Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Produk Penyimpanan
Tel: +81-3-3457-2445
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html
 
Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba
 
Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.
 
Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.)
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51506249&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Jabatan Pemasaran Digital
Koji Takahata, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170207006630/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.