ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  SUMITOMO MITSUI BANKING CORPORATION (SMBC, JEPUN) MEMILIH TEKNOLOGI GRID BEACON 2-FACTOR AUTHENTICATION (2FA) E-LOCK YANG TELAH DIPATENKAN UNTUK MENINGKATKAN CIRI KESELAMATAN DIGITAL, URUSNIAGA PERBANKAN KORPORAT INTERNET B2B DI JEPUN

Wednesday 08/02/2017



KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Sumitomo Mitsui Banking Corporation (SMBC) akan melancarkan khidmat urusniaga Perbankan Internet B2B ini pada bulan Mac 2017. Walaupun terdapat ancaman “phishing” dan penggodaman yang berterusan, SMBC akan terus memastikan sistem kawalan perbankan internet yang selamat dan terkawal untuk pelanggannya menjalankan urusniaga Perbankan Internet B2B. Salah satu langkah keselamatan yang terkini ialah melalui penggunaan khidmat One Flick Authentication Service di atas telefon pintar dengan menggunakan teknologi digital pintar TheGRIDTM Beacon 2-Factor Authentication. Teknologi digital pintar ini telah dibangunkan dan dipatenkan oleh e-Lock Corporation Sdn. Bhd. (e-Lock), sebuah syarikat IT FinTech (Teknologi keselamatan kewangan digital) yang berpangkalan di Malaysia dan mempunyai pejabat cawangannya di Tokyo, Jepun.  SMBC juga akan meluaskan khidmat pengesahan keselamatan ini kepada rangkaian perkhidmatan perbankan digital yang lain.

Teknologi TheGRIDTM Beacon 2-Factor Authentication membantu penyedia perkhidmatan kewangan yang menggunakan Internet untuk menangani ancaman kecurian identiti. Model perlindungan keselamatan berlapis yang dicipta memastikan informasi sulit para pelanggan sentiasa selamat dan terpelihara.
 
Menurut En. Takeshi Kunibe, Presiden Sumitomo Mitsui Banking Corporation, “Melalui gandingan usahasama antara NEC Corp membangunkan khidmat aplikasi One Flick Authentication berasaskan paten antarabangsa, teknologi keselamatan digital ON/OFF yang dimiliki e-Lock, kini kami berupaya memperkenalkan pelbagai perkhidmatan Perbankan digital dengan selamat di atas telefon pintar.
 
Dr Ken Leong, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif e-Lock menambah, “SMBC Jepun mengiktiraf keberkesanan teknologi keselamatan digital TheGRIDTM Beacon, keteguhan ciri keselamatannya serta penyelesaiannya untuk memproses aktiviti perbankan Internet yang semakin bertambah kadar penggunaannya. Kami berterima kasih dan amat berbangga dipilih oleh salah satu gergasi perbankan global iaitu SMBC.
 
Tambahannya lagi, kerjasama erat yang dijalinkan bersama NEC Corp telah dapat memastikan integrasi infrastruktur sistem perniagaan Perbankan Internet SMBC berjalan dengan lancar.”
 
Teknologi keselamatan digital TheGRIDTM Beacon 2-Factor Authentication secara dasarnya menjadikan telefon pintar sebagai peranti pengesahan keselamatan serta membolehkan pengguna korporat mengawasi sepenuhnya urusniaga dan akaun perbankan internet mereka. Ciri “ON/OFF” TheGRIDTM Beacon membolehkan pengguna menghalang cubaan akses masuk akaun yang tidak dibenarkan melalui penggunaan kata laluan yang telah dicuri, manakala ciri “Kelulusan Transaksi” pula memastikan pengguna menyemak dan mengesahkan transaksi dengan menggunakan telefon pintar sebelum transaksi itu dapat dilakukan. Kesemua ciri keselamatan ini menjadikan teknologi keselamatan digital TheGRIDTM Beacon suatu solusi penyelesaian yang kos efektif untuk menghalang penipuan dalam talian dan “phishing”.
 
Mengenai e-Lock Corporation Sdn. Bhd.
e-Lock ialah salah sebuah syarikat penyedia solusi keselamatan IT yang terunggul dan tertua di Asean. Menyediakan solusi dan perkhidmatan kepada pelanggan di sektor swasta dan awam, terutamanya bagi syarikat perbankan, kewangan, organisasi besar serta kerajaan. e-Lock beribupejabat di Kuala Lumpur, Malaysia dan mempunyai cawangan di Kojimachi, Chiyoda-ku di Tokyo. Solusi keselamatan e-Lock kini digunakan di beberapa negara antaranya Jepun, Taiwan, Thailand, Hong Kong, Singapura, Indonesia dan Amerika Syarikat. e-Lock juga merupakan syarikat di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan UMW Holdings Berhad (UMW).
 
Mengenai Sumitomo Mitsui Banking Corporation
Sumitomo Mitsui Banking Corporation (SMBC) telah ditubuhkan pada April 2001 melalui penggabungan dua bank utama iaitu Sakura Bank, Limited dan Sumitomo Bank, Limited. SMBC adalah anak syarikat milik penuh Sumitomo Mitsui Financial Group, Inc. (SMFG) yang telah ditubuhkan pada Disember 2002 menerusi pemindahan saham. Pada Mac 2003 SMBC telah bergabung dengan Wakashio Bank, Ltd. Antara faedah yang diperolehi SMBC termasuklah pangkalan pelanggan yang kukuh, perlaksanaan strategi yang pantas serta rangkaian produk dan perkhidmatan kewangan yang terbentuk atas kepakaran khusus anak-anak syarikat dalam Kumpulan. SMBC, selaku ahli utama SMFG bekerjasama dengan ahli-ahli lain dalam Kumpulan untuk menawarkan perkhidmatan kewangan yang canggih dan menyeluruh kepada pelanggan.
 
Mengenai NEC Corp, Japan
NEC telah menerajui teknologi yang memperkaya kehidupan manusia selama lebih daripada satu abad. Hari ini, selaku penyedia utama solusi ICT kepada masyarakat, NEC bekerjasama erat dengan rakan dan pelanggan dari seluruh dunia agar sistem pengesanan, pengkomputeran, rangkaian dan analisis dapat dibina bersama. NEC menggunakan kepakaran ini untuk mencipta solusi yang mampu meramal, memantau dan menyelesaikan cabaran, bertindakbalas secara pintar terhadap kejadian buruk dan menukarkan maklumat kepada kebijaksanaan yang boleh digunapakai. Setiap hari, solusi inovatif NEC untuk masyarakat menyumbang ke arah tahap peningkatan keselamatan, kecekapan dan kesamarataan serta membolehkan manusia menjalani kehidupan yang lebih baik.
 
SUMBER : UMW Corporation Sdn. Bhd.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
e-Lock’s Public Relations Department
Tel : +603-2166 2981
Fax : +603-2166 2982

 
--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.