ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  BIOLINE MELANCARKAN KIT PENYEDIAAN PUSTAKA DNA JETSEQ™ BARU

Friday 10/02/2017



CINCINNATI, 10 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bioline, Syarikat PCR, iaitu anak syarikat milik penuh Meridian Bioscience, Inc. (NASDAQ:VIVO) hari ini mengumumkan pengembangan portfolio Penyediaan Pustaka DNA JetSeq™ untuk penyediaan sampel Penjujukan Generasi Mendatang (NGS).

Dibangunkan bersama dengan Oxford Gene Technology (OGT), Kit Penyediaan Pustaka DNA JetSeq™ menggunakan penimbal yang dipraoptimumkan untuk memberikan keberkesanan tindak balas maksimum dan kadar penukaran yang tertinggi, lalu membolehkan penyediaan DNA yang sedia penjujukan NGS kualiti tertinggi dan meligat penyesuai untuk Penjujuk Generasi Mendatang Ilumina. Gabungan pembaikan hujung dan pengekoran A yang diikuti oleh ligasi langsung penyesuai bekalan pelanggan, mengurangkan langkah pembersihan dan tempoh amali; lalu menambah baik hasil dan kualiti pustaka sedia penjujukan serta mengurangkan jumlah DNA yang diperlukan dengan ketara. Kit baru dibekalkan sama ada dengan polimerase, untuk amplifikasi PCR dengan bahan pemula yang lebih rendah, atau kit bebas PCR di mana bahan pemulanya tidak terhad.

Marco Calzavara, Presiden Bioline mengulas, “Keluaran Kit Penyediaan Pustaka DNA JetSeq™ baru ini melengkapi kit JetSeq™ yang kami lancarkan setahun lalu, yang memacu Bioline ke dalam bidang NGS dengan lebih lanjut. Kit ini dibina berdasarkan pengetahuan luas kami dalam penciptaan enzim dan pembentukan penimbal yang amat berkesan serta memberi pelanggan kami lebih banyak pilihan dalam penyediaan pustaka, membolehkan mereka menangani walaupun sampel yang paling mencabar dengan penuh yakin, dalam bidang yang berkembang pesat ini.”

Richard L. Eberly, Presiden, Ketua Pegawai Komersial, berkata, “Kami amat gembira tentang keluaran Kit Penyediaan Pustaka DNA JetSeq™ baru. Ini meningkatkan portfolio kami dan memberikan pilihan yang lebih baik kepada pelanggan sains hayat kami; membolehkan penyediaan yang lebih cepat, mengurangkan masa mendapat hasil dan meningkatkan daya pemprosesan. Pembangunan rangkaian JetSeq™ ini menunjukkan komitmen kami, bukan hanya untuk pembangunan dan pengembangan produk daripada Bioline yang berterusan, tetapi juga kepada pelanggan kami, dengan memberi mereka pilihan reagen kualiti tinggi yang lebih baik.”

Mengenai Meridian Bioscience, Inc.
Meridian ialah syarikat sains hayat berintegrasi penuh yang membangunkan, mengilangkan, memasarkan dan mengedar pelbagai jenis kit ujian diagnostik yang inovatif, reagen nadir, teknologi dan komponen biologi khusus. Dengan menggunakan pelbagai kaedah, produk dan ujian diagnostik kami ini dapat menyediakan ketepatan, keringkasan dan kepantasan apabila mendiagnosis secara awal dan merawat keadaan perubatan biasa seperti jangkitan dan keracunan plumbum. Produk diagnostik Meridian digunakan di luar tubuh manusia dan memerlukan sedikit atau tiada peralatan khas. Produk diagnostik Syarikat ini direka bentuk bagi meningkatkan kesejahteraan pesakit di samping mengurangkan jumlah kos penjagaan kesihatan. Meridian mempunyai kedudukan pasaran yang kukuh dalam bidang jangkitan gastrousus dan pernafasan bahagian atas serta ujian tahap plumbum dalam darah. Di samping itu, Meridian ialah pembekal reagen nadir, teknologi dan komponen biologi khusus yang digunakan dalam industri sains hayat dan agrobiologi yang melibatkan kajian dan digunakan oleh syarikat sebagai komponen dalam pembuatan diagnosis. Syarikat memasarkan produk dan teknologinya kepada hospital, makmal rujukan, pusat penyelidikan, pengilang diagnostik dan syarikat agribio di lebih daripada 70 buah negara di seluruh dunia. Saham Syarikat ini diniagakan dalam NASDAQ Global Select Market, simbol VIVO. Alamat laman web Meridian ialah www.meridianbioscience.com.

Untuk Maklumat tambahan:
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Bioline, sila lawati http://www.bioline.com.

MAKLUMAT HUBUNGAN:
Richard L. Eberly
Presiden, Ketua Pegawai Komersial
Meridian Bioscience, Inc.
Telefon: 513.271.3700
Rick.eberly@meridianbioscience.com

SUMBER : Meridian Bioscience, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.