ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  UNISYS UMUM ELEVATE(TM) OLEH UNISYS, SEBUAH PLATFORM PERBANKAN DIGITAL SEMUA HALA YANG DIREKA UNTUK INSTITUSI KEWANGAN BAGI MENYAMPAIKAN PERBANKAN DENGAN SERTA MERTA SECARA SELAMAT PADA BILA-BILA MASA, DI MANA SAHAJA

Thursday 16/02/2017



AsiaNet 67420
 
SYDNEY, Australia, 16 Feb., 2017 / Medianet International–AsiaNet / --
 
Penyelesaian baharu yang diterajui oleh perisian itu membolehkan bank-bank untuk mengkhusus dan membezakan perkhidmatan bagi suatu pengalaman pelanggan yang lebih baik

Unisys Corporation (http://www.unisys.com/) (NYSE: UIS) hari ini mengumumkan pelancaran Elevate(TM) oleh Unisys (http://www.unisys.com/elevate), sebuah platform perisian perbankan digital hujung ke hujung dan set aplikasi yang direka untuk membantu institusi kewangan menyampaikan, pengalaman perbankan semua hala secara serta merta dan selamat kepada pelanggan mereka. Hasilnya, pelanggan akan dapat menjelaskan bil mereka di mana sahaja, memindahkan dana dan memohon pinjaman dan gadai janji pada bila-bila masa, di mana sahaja – tanpa mengira sama ada mereka berbuat demikian pada peranti mudah alih atau tablet, melalui sebuah pelayar internet atau di dalam sebuah cawangan bank.

"Elevate akan membolehkan bank-bank dan syarikat pembinaan untuk menyampaikan suatu pengalaman perbankan tanpa geseran dan selamat kepada pelanggan mereka," kata Eric Hutto, naib presiden kanan dan presiden, Enterprise Solutions, Unisys. "Orang ramai semakin mahu bank dalam satu cara yang sesuai dengan gaya hidup mereka, oleh itu memiliki sebuah platform perbankan digital yang selamat dan bersepadu akan meningkatkan kepuasan pelanggan dan kesetiaan kepada jenama -- dengan memberi kuasa kepada pelanggan digital hari ini."

Perbankan dengan Keselamatan Yang Dipertingkatkan
Berpaksikan di dalam platform Penghantaran Perbankan Runcit Unisys (http://www.unisys.com/offerings/industry-solutions/financial-services-industry-solutions/retail-delivery), Elevate boleh diperolehi oleh institusi kewangan daripada pelbagai saiz dan boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan pelbagai perniagaan, termasuk pengasalan gadai janji, pinjaman, simpanan dan akaun semasa. Platform itu menggabungkan satu keselamatan peringkat tinggi, ketika biometrik mudah suai terbina dalam dan analisis data secara selamat mengenal pasti pelanggan, mengesahkan akses dan mengesahkan urus niaga. Ini membantu untuk mengurangkan penipuan dan meningkatkan pengalaman pelanggan, dan pada masa yang sama memenuhi keperluan kawal selia dan secara dramatik mengurangkan PCI dan kos pematuhan yang berkaitan.

Elevate boleh dihantar sebagai satu perkhidmatan daripada sebuah awan awam atau persendirian atau sebagai sebuah penyelesaian di premis, yang dijamin dengan menggunakan perisian Unisys Stealth(R) (http://www.unisys.com/offerings/security-solutions/unisys-stealth). Stealth menggunakan teknik dan enkripsi segmentasi mikro yang berasaskan identiti untuk mewujudkan segmen di dalam sesebuah organisasi di mana hanya pengguna yang dibenarkan sahaja boleh mengakses maklumat, manakala mereka yang tidak mempunyai kebenaran tidak dapat melihat walaupun kewujudan titik hujung.

"Cabaran bagi kebanyakan bank dan syarikat pembinaan pada hari ini adalah bagaimana untuk kekal relevan dan berada seiring dengan perubahan keperluan pelanggan," kata Eric Crabtree, ketua global bagi Perkhidmatan Kewangan Unisys. "Selain itu, enjin analisis di belakang Elevate boleh menyediakan kepada bank dengan peluang-peluang untuk meningkatkan kecekapan operasi dan jualan, manakala set keselamatan Stealth yang pernah memenangi anugerah membantu memastikan aplikasi dan data pelanggan dilindungi daripada ancaman."

Model penyampaian awan Elevate akan membolehkan institusi kewangan untuk menarik satu generasi baharu pelanggan yang celik digital dan mengembangkan penawaran perkhidmatan semua hala mereka; meningkatkan kelajuan mereka ke pasaran bagi perkhidmatan digital; dan mengalihkan kos kepada model bayar untuk penggunaan. Pematuhan kawal selia bagi platform itu disokong oleh Unisys, yang dipercayai oleh kebanyakan pelanggan di seluruh dunia untuk menyampaikan penyelesaian kritikal perniagaan yang berinovatif.

Elevate bakal dilancarkan di EMEA dan Asia Pasifik pada suku tahun ini, dan akan boleh diperolehi di Amerika Utara dan Amerika Latin pada suku kedua tahun 2017.

Lebih 125 buah bank di seluruh dunia menggunakan platform penyampaian perbankan runcit Unisys. Untuk maklumat lanjut mengenai keupayaan perkhidmatan kewangan Unisys, sila layari http://www.unisys.com/industries/financial-services.

Maklumat mengenai Unisys
Unisys adalah sebuah syarikat teknologi maklumat bertaraf global yang pakar dalam menyediakan penyelesaian yang berfokuskan industri yang disepadukan dengan keselamatan canggih kepada pelanggan di dalam kerajaan, perkhidmatan kewangan dan pasaran komersial. Penawaran Unisys termasuk penyelesaian keselamatan, analisis data termaju, perkhidmatan awan dan infrastruktur, perkhidmatan aplikasi dan aplikasi dan perisian pelayan. Untuk maklumat lanjut: sila layari www.unisys.com.

Ikuti Unisys di Twitter (http://twitter.com/UnisysCorp) dan LinkedIn
(http://www.linkedin.com/company/unisys).
 
Hubungi:                              
Claire Hosegood, Unisys, +61 411 253 663
Claire.hosegood@au.unisys.com
                              
NOMBOR SIARAN: 0215/9480
Unisys dan produk dan perkhidmatan Unisys yang lain yang dinyatakan di sini, serta logo mereka masing-masing, adalah merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar milik Unisys Corporation. Mana-mana jenama atau produk yang dirujuk di sini adalah diperakui sebagai tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi pemegang mereka masing-masing.
UIS-C
 
SUMBER: Unisys 

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.