ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  KEIO PLAZA HOTEL TOKYO ANJUR PAMERAN SENI GUNUNG FUJI, MEMAPARKAN KARYA AGUNG ITCHIKU KIMONO GUNUNG FUJI

Tuesday 21/02/2017



TOKYO, 21 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo, satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menjadi tuan rumah kepada pameran seni musim bunga tahunan mereka yang bertemakan "Gunung Fuji," yang telah didaftarkan sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia pada tahun 2013. Pada tahun ini, pelbagai karya seni kimono oleh pelukis tempatan Itchiku Kubota, yang menghidupkan semula teknik ikat Tsujigahana pada zaman Muromachi (1338-1573), akan dipamerkan. Di samping itu, barangan daripada koleksi manik kaca purba beliau akan dipaparkan. Pameran ini, yang berlangsung dari 28 Mac hingga 30 April, akan diadakan secara percuma kepada semua pengunjung.
 
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-100 kelahiran Itchiku Kubota, yang terkenal di Jepun dan juga di luar negara kerana kimono beliau yang cantik yang melambangkan teknik seni tradisional Jepun dan kecantikan alam semula jadinya yang bermusim. Pada usia 31 tahun, Itchiku menemui teknik tradisional pencelupan Tsujigahana, yang hilang 400 tahun yang lalu, yang digunakan untuk kimono Jepun dan selepas itu memberi tumpuan kepada karier beliau untuk menghidupkan semula teknik pencelupan yang pupus ini. Selepas begitu tekun selama 20 tahun memperhalusi kemahirannya, beliau mengumumkan permulaan rasmi gaya beliau sendiri bagi pencelupan "Itchiku Tsujigahana". Untuk pameran itu, kami telah memilih untuk memaparkan enam karya agung kimono Itchiku Tsujigahana yang menggambarkan Gunung Fuji, satu daripada tema yang paling beliau gemari di dalam karya seni beliau, dan dua item lain iaitu kimono gaya pencelupan "Yuzen" yang beliau pelajari di peringkat awal kerjayanya. Pameran itu juga akan memaparkan 14 item seni manik kaca yang dikatakan merupakan di antara bentuk seni yang paling purba dan telah dikumpulkan oleh Itchiku dalam pengembaraannya di sepanjang Laluan Sutera.
 
Keio Plaza Hotel Tokyo menganjurkan pelbagai acara kebudayaan yang meluas mengikut dasar bermusim sebagai sebahagian daripada pelbagai perkhidmatan hospitaliti yang diberikan kepada tetamu kami. Shinjuku adalah titik permulaan perjalanan dari Tokyo ke Gunung Fuji, dan acara ini meraikan keindahan gunung yang indah dan simbolik ini yang diadakan setiap tahun sejak tahun 2013 telah menjadi sangat popular di kalangan tetamu. Tahun ini, kami amat berbangga untuk menjadi tuan rumah kepada satu pameran karya seni Itchiku sebagai representasi daripada pengaruh yang mendalam yang diberikan oleh Gunung Fuji kepada seni dan budaya Jepun.
 
Versi Lengkap Siaran Berita
 
Hubungi
Keio Plaza Hotel Tokyo
Sunaho Nakatani, +81-3-5322-8010
Pengurus Perhubungan Awam
s-nakatani@keioplaza.co.jp

Sumber: Keio Plaza Hotel Tokyo
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di: http://www.businesswire.com/news/home/20170220005190/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.