ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  BROADSOFT MENINGKATKAN MOBILITI PERUSAHAAN DENGAN KECERDASAN BUATAN DAN SOKONGAN CALLKIT APPLE

Wednesday 22/02/2017



BroadSoft terus menerajui komunikasi pengutamaan mudah alih ringkas dengan menambahkan konteks melalui AI dan memperbaik pengalaman pengguna dengan sokongan CallKit iOS Apple

GAITHERSBURG, Md., 22 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc. (NASDAQ:BSFT), peneraju perisian komunikasi disatukan global sebagai perkhidmatan (UCaaS), hari ini mengumumkan dua penambahbaikan ketara untuk penyelesaian mobiliti lanjutan bMobile: Keupayaan kecerdasan buatan dan sokongan CallKit Apple untuk aplikasi mudah alih UC-One Perniagaan BroadSoft yang menyediakan pengguna perniagaan dengan pengalaman pengguna mudah alih yang lebih hebat berbanding mana-mana peranti, rangkaian atau lokasi dan memberikan peluang hasil pendapatan baru bagi Pengendali Mudah Alih.

Tinjauan BroadSoft baru-baru ini menunjukkan bahawa 89% daripada responden percaya bahawa integrasi mudah alih asli adalah satu keperluan yang penting bagi penyelesaian mudah alih. Keupayaan diperbaik bMobile BroadSoft membolehkan syarikat mengorientasikan semula perniagaan berdasarkan mobiliti, sambil membolehkan pembekal perkhidmatan dan pengendali mudah alih memaksimumkan pelaburan LTE dan merebut peluang baharu dengan menyampaikan keupayaan komunikasi disatukan perniagaan mengutamakan mudah alih yang menjana hasil pendapatan.

Hub BroadSoft Menambahkan Kecerdasan Buatan Pada Aplikasi Mudah Alih UC-One Connect
Hub ialah aplikasi BroadSoft dengan kecerdasan konteks terbina dalam yang mempunyai capaian masa nyata terhadap fail, nota dan kandungan yang berkaitan dengan setiap interaksi – menjadikan mesyuarat dan perbualan lebih produktif. Dengan menyepadukan UC-One Connect, Hub boleh mendapatkan dan memaparkan maklumat berkaitan daripada aplikasi awan popular seperti fail, e-mel dan kemas kini media sosial kepada pengguna peranti mudah alih yang sibuk berdasarkan penerima panggilan atau pemesejan pengguna.

Foto dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/f3228f88-e09e-49ef-b35a-f4e0eea95ece

Sokongan CallKit iOS Apple untuk UC-One
bMobile kini menyampaikan sokongan untuk CallKit iOS Apple bagi aplikasi mudah alih UC-One, memberikan pengguna perniagaan dengan pengalaman pengguna asli bagi aplikasi komunikasi bersatu pada peranti iOS mereka. Menyepadukan keupayaan UC dengan antara muka pengguna iPhone asli menawarkan pengalaman mudah alih lebih hebat yang menyampaikan ciri-ciri pemanggilan dan perniagaan lanjutan secara terus daripada iPhone. Oleh itu, pengguna perniagaan dapat:

-Menjawab panggilan UC-One dengan satu leretan apabila iPhone mereka dikunci
-Mengutamakan antara panggilan VoIP UC-One dan panggilan masuk asli yang diterima pada iPhone mereka
-Menggunakan perkhidmatan dalam panggilan UC-One seperti tahan, pindah dan persidangan pada iPhone
-Membuat panggilan UC-One secara terus daripada senarai kenalan iPhone mereka

“BroadSoft kekal tertumpu pada mereka bentuk ciri-ciri dan aplikasi yang memudahkan pekerja untuk terus produktif dalam perjalanan,” kata Scott Hoffpauir, ketua pegawai teknologi, BroadSoft. “Dengan keupayaan bMobile kami, BroadSoft menyampaikan pengalaman pengguna mudah alih yang lebih hebat dan asli dengan ciri-ciri dan keupayaan panggilan perniagaan lanjutan yang berbilang peranti dan berbilang identiti secara terbina dalam.”

Pada tahun lepas, beberapa pengendali mudah alih menyepadukan penyelesaian mudah alih diutamakan mereka dengan platform BroadSoft Business BroadWorks® termasuk Verizon One Talk dan Vodafone One Net Business. Keupayaan bMobile memastikan pemilik perniagaan dan pekerjanya mempunyai penyelesaian komunikasi yang benar-benar mengutamakan mudah alih, merentas telefon pintar, telefon meja dan tablet, membolehkan mereka menjalankan urus niaga di mana-mana sahaja dan paling penting sekali, kekal terhubung dengan pelanggan mereka di mana jua mereka berada.

Pernyataan yang Memandang Ke Hadapan:

Siaran akhbar ini mungkin mengandungi pernyataan yang memandang ke hadapan dalam maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Pernyataan yang memandang ke hadapan ini mungkin dikenal pasti berdasarkan penggunaan terma dan frasa seperti “mendayakan” dan “boleh” serta terma dan frasa seumpamanya dan merangkumi, antara lain, pernyataan berkaitan manfaat kepada pelanggan BroadSoft hasil daripada penggunaan penyelesaian mobiliti bMobile. Hasil kejadian yang diterangkan dalam pernyataan yang memandang ke hadapan ini adalah tertakluk kepada risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada keputusan yang dijangka oleh pernyataan yang memandang ke hadapan ini, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, faktor kewangan dan manfaat lain kepada BroadSoft hasil daripada penggunaan penyelesaian bMobile oleh pelanggan pembekal perkhidmatannya dan juga kerana faktor tersebut terkandung dalam bahagian "Faktor Risiko" Borang 10-K BroadSoft bagi tahun berakhir 31 Disember, 2015, yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, atau SEC, pada 29 Februari, 2016, serta dalam pemfailan BroadSoft yang lain dengan SEC. Semua maklumat dalam siaran ini ialah pada 21 Februari 2017. Kecuali dikehendaki oleh undang-undang, BroadSoft tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini apa-apa pernyataan yang memandang ke hadapan yang didedahkan umum yang dibuat dalam ini atas apa-apa jua sebab bagi mengesahkan pernyataan dengan keputusan sebenar atau perubahan dalam jangkaannya.

Mengenai BroadSoft:

BroadSoft ialah pereka baharu teknologi dalam komunikasi awan, kolaborasi dan penyelesaian pusat panggilan untuk perniagaan dan pembekal perkhidmatan merentasi 80 buah negara. Kami merupakan peneraju bahagian pasaran bagi komunikasi bersatu awan dengan platform terbuka, mudah alih dan selamat yang dipercayai oleh 25 daripada 30 pembekal perkhidmatan terbaik di dunia mengikut pendapatan. Rangkaian aplikasi BroadSoft Business kami memperkasa pengguna dan pasukan untuk berkongsi idea dan kerja semata-mata untuk mencapai prestasi cemerlang.

Untuk maklumat tambahan, sila lawati www.BroadSoft.com.

Twitter | LinkedIn | Work It! 

Perhubungan Pelabur:
Chris Martin
+1 561-404-2130
cmartin@broadsoft.com

Hubungan Media:

Brian Lustig, Bluetext PR
+1 301.775.6203
brian@bluetext.com

Niaobh Levestam, BroadSoft
+447919605660
nlevestam@broadsoft.com

SUMBER : BroadSoft, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.