ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  TGS DAN SCHLUMBERGER MENGUMUMKAN PROGRAM PENGIMEJAN SEMULA BERBILANG PELANGGAN MULTI- DAN WIDE-AZIMUTH BAHARU DI TELUK MEXICO TENGAH A.S

Monday 27/02/2017



ASKER, Norway, Feb 27 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- TGS-NOPEC Geophysical Company (TGS) dan Schlumberger pada hari ini telah mengumumkan program pengimejan semula berbilang pelanggan multi- dan wide-azimuth baharu (M-WAZ) yang bakal dijalankan di Teluk Mexico Tengah A.S. Keputusan terakhir dijangka pada awal tahun 2018, sebelum tempoh pusing ganti blok ketara di kawasan tersebut dijangka berlaku.

Lampiran yang disertakan dengan keluaran ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/7b0f11ce-44a6-4f44-83db-5ce04798f826

Program pengimejan semula Fusion M-WAZ baharu mempunyai data yang merangkumi lebih daripada 1,000 blok Pentas Benua Luar (OCS) (~23,000 km2) daripada program 3D WAZ yang diperolehi oleh TGS dan Schlumberger dengan sistem seismik marin penerima titik WesternGeco Q-Marine* antara tahun 2008 dan tahun 2012. Program pengimejan semula besar ini akan memproses data daripada kawasan Mississippi Canyon, Atwater Valley dan Ewing Bank menggunakan teknologi pengimejan terkini untuk menyediakan peningkatan kualiti data ketara bagi pusingan pelesenan akan datang. Kawasan tersebut dijangka kekal menjadi keutamaan tinggi bagi syarikat E&P dalam masa terdekat dan akan menerima manfaat daripada dua pusingan pelesenan setiap tahun bagi lima tahun seterusnya di bawah Program Lima Tahun BOEM 2017-2022 baharu.

“Rantau yang berpotensi ini adalah kawasan teras untuk TGS dan Schlumberger, di mana kami mempunyai hubungan rapat dengan pelanggan yang terus meminta data terbaik untuk menyokong aktiviti penerokaan dan penggerudian mereka,” kata Kristian Johansen, KPE, TGS. “Kami mempunyai rekod prestasi kukuh menambah nilai kepada set data sedia ada melalui pemprosesan semula dengan teknologi terkini. Fusion adalah projek pemprosesan semula wide-azimuth terbesar yang dilakukan oleh TGS ketika berkolaborasi dengan Schlumberger.”

Maurice Nessim, presiden, WesternGeco, Schlumberger, menambah, “Kolaborasi pengimejan semula ini menggabungkan penggunaan teknologi pengimejan semula terkini dengan ukuran Q-Marine berkualiti tinggi dan pengetahuan geofizikal dan geologi mendalam bagi kawasan meluas ini. Pelanggan telah menunjukkan minat yang hebat dan kami yakin bahawa projek ini akan memberi mereka kelebihan bersaing dalam pusingan pajakan akan datang dan sebelum pusing ganti blok besar.”

Aliran kerja pemprosesan tersuai untuk projek ini akan termasuk beberapa teknologi pengimejan yang baru dibangunkan termasuk pembatalan imej hantu 3D WAZ; penyingkiran berbilang permukaan 3D berkaitan (SRME); pengumpulan RTM ofset biasa (COR) dan tomografi berpandukan imej; serta pemodelan halaju anisotropi ortorombik. Ketika pemprosesan semula, ahli geosains akan mengemas kini tafsiran garam dan menambah input daripada data telaga terkini yang dikeluarkan untuk kawasan tersebut.

Program pengimejan semula ini disokong oleh pendanaan industri. Data pantas akan tersedia pada tahun 2017 untuk penilaian bidaan pusingan pajak.

Mengenai Syarikat

TGS-NOPEC Geophysical Company (TGS) menyediakan data geosains berbilang pelanggan kepada syarikat Penerokaan dan Pengeluaran minyak dan gas di seluruh dunia. Selain perpustakaan data geofizikal dan geologi global yang meluas yang menrangkumi data seismik, data magnetik dan graviti, log telaga digital, data pengeluaran dan tinjauan arah, TGS juga menawarkan pemprosesan lanjutan dan perkhidmatan pengimejan, produk pentafsiran dan penyelesaian integrasi data.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati TGS dalam talian di www.tgs.com.

Schlumberger ialah pembekal terkemuka di dunia bagi teknologi pencirian, penggerudian, pengeluaran dan pemprosesan reservoir bagi industri minyak dan gas. Beroperasi di lebih daripada 85 negara dan mempunyai kira-kira 100,000 pekerja yang mewakili lebih daripada 140 kewarganegaraan, Schlumberger membekalkan produk dan khidmat paling komprehensif di industri, daripada penerokaan hingga pengeluaran, dan penyelesaian liang ke talian paip bersepadu yang mengoptimumkan pemulihan hidrokarbon untuk menyampaikan prestasi reservoir.

Schlumberger Limited mempunyai pejabat utama di Paris, Houston, London dan The Hague, serta melaporkan hasil sebanyak $27.81 bilion pada tahun 2016. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.slb.com.

*Mark daripada Schlumberger

Pernyataan yang memandang ke hadapan

Semua pernyataan dalam keluaran akhbar ini selain pernyataan fakta bersejarah adalah pernyataan yang memandang ke hadapan, yang tertakluk kepada beberapa risiko, ketidakpastian dan tanggapan yang sukar diramalkan, dan berdasarkan tanggapan peristiwa masa depan yang mungkin tidak tepat. Faktor ini termasuk kebergantungan TGS pada industri berkitaran dan pelanggan utama, kebolehan TGS untuk terus meluaskan pasaran bagi pelesenan data, dan kebolehan TGS untuk memperoleh dan memproses produk data pada kos yang sepadan dengan keuntungan. Hasil sebenar mungkin berbeza dengan ketara daripada yang dijangka atau diunjurkan dalam pernyataan memandang ke hadapan. Pernyataan yang memandang ke hadapan hanya tepat setakat tarikh keluaran akhbar ini. TGS ataupun Schlumberger tidak bertanggungjawab atau tidak mempunyai kewajipan untuk mengemas kini atau mengubah pernyataan sedemikian atas sebarang sebab.

TGS-NOPEC Geophysical Company ASA disenaraikan pada Bursa Saham Oslo (OSLO:TGS).

TGS menaja dagangan American Depositary Shares di pasaran melalui kaunter A.S di bawah simbol "TGSGY”.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Pelabur dan Media

Sven Børre Larsen
TGS, Ketua Pegawai Kewangan
Tel: +47 90 94 36 73
sven.larsen@tgs.com

Will Ashby
TGS, VP HR & Komunikasi
Tel: +1 713 860 2184
will.ashby@tgs.com

Pelabur

Simon Farrant
Schlumberger Limited, Naib Presiden Hubungan Pelabur
Joy V. Domingo
Schlumberger Limited, Pengurus Hubungan Pelabur
Tel: +1 713 375 3535
investor-relations@slb.com

Media

Susan Ganz
Schlumberger, Pengurus Perhubungan Awam-Hemisfera Barat
Tel: +1 713 939 2997
sganz1@slb.com

SUMBER : TGS

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.