ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  SOMPO GUIDE TOKYO, YANG AKAN DITERBITKAN PADA PENGHUJUNG FEBRUARI, 2017, MENAWARKAN PENGEMBARAAN YANG SELAMAT DAN KEROHANIAN YANG DIPERKAYAKAN DI TOKYO

Friday 24/02/2017



AsiaNet 67506

TOKYO, 24 Feb., 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
SHOEISHA Co., Ltd. (http://www.shoeisha.co.jp/about) akan mula menjual buku panduan Sompo Guide Tokyo kepada warga asing yang melawat Jepun dari Asia dan negara-negara Pasifik pada penghujung Februari, 2017.

(Foto: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201702178940/)
 
Buku panduan itu, yang telah menerima sokongan penuh daripada Sompo Holdings Group (http://www.sompo-hd.com/en/company/), yang menyediakan insurans hartanah, insurans nyawa dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan kewangan di Jepun dan juga di luar negara, adalah satu buku panduan yang unik mengenai Tokyo yang membolehkan pelawat kali pertama serta pengunjung berulang untuk menikmati pengembaraan yang selamat dan kerohanian yang diperkayakan dengan menyediakan pengetahuan yang lebih mendalam mengenai Jepun.

Selain memperkenalkan tempat-tempat tarikan seperti Shinjuku, Ginza, Akihabara dan Shibuya, buku panduan itu turut memaparkan banyak restoran yang popular yang turut digemari oleh orang Jepun. Pada halaman pengenalan restoran itu, maklumat seperti sama ada terdapat kakitangan warga asing, bimbingan Bahasa Inggeris, Wi-Fi, sama ada kad kredit diterima, laman web bahasa asing dan ketersediaan bebas cukai juga dipaparkan dengan menggunakan ikon maklumat.

Selain kuil tradisional Jepun dan tempat-tempat suci yang biasa di dalam buku-buku panduan bagi daerah-daerah lain, anda juga boleh mencari maklumat mengenai tempat-tempat di mana anda boleh mengalami cabang kebudayaan yang diwakili oleh animasi dan budaya "kawaii" serta pengenalan banyak tempat yang disyorkan oleh artis-artis Jepun yang terkenal. Buku panduan itu penuh dengan maklumat yang akan memuaskan walaupun kepada pengunjung berulang ke Tokyo yang telah agak bosan dengan tempat-tempat pelancongan yang biasa.

Di samping itu, buku panduan tersebut menawarkan banyak ulasan mengenai adat resam orang Jepun, seperti adab ketika berada di tempat awam serta cara-cara yang betul untuk makan dan menggunakan tandas. Justeru isi kandungannya membolehkan mereka yang melawat Jepun buat kali pertama untuk merealisasikan pengembaraan yang selamat dan terjamin.

Lenyapkan kebimbangan ketika melancong dan menikmati sepenuhnya suatu pengalaman Jepun yang unik. Buku panduan itu boleh dibeli dari amazon.com dan di kedai-kedai buku utama di setiap negara.

Butiran Produk:
Buku Kulit Lembut: 208 muka surat
Bahasa: Versi Bahasa Inggeris & Bahasa Cina
ISBN-13: 978-4798148083 (Versi Bahasa Inggeris)
               978-4798148076 (Versi Bahasa Cina)
Harga: 1,200 yen (cukai dikecualikan)
Laman web rasmi: http://www.guidebooktokyo.com/
 
Maklumat mengenai SHOEISHA Co., Ltd.
 
SHOEISHA menyediakan kandungan yang berkualiti tinggi sebagai kecekapan terasnya dan membangunkan aktivitinya yang tertumpu kepada teknologi terkini berdasarkan kepada empat tema iaitu pendidikan, komputer peribadi, reka bentuk dan perniagaan & budaya. Ia juga menawarkan kandungan optimum yang disesuaikan untuk pelbagai media, termasuk media cetak seperti buku-buku dan majalah serta e-buku, e-pembelajaran, majalah web, perisian, acara, seminar, pendidikan secara pos, dan lain-lain.
 
Sumber: SHOEISHA Co., Ltd.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.