ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  WATERS MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA INSTITUT TEKNOLOGI BIOPEMPROSESAN (BTI) DARI SINGAPURA BAGI PENYELIDIKAN SAINS GLYCO

Tuesday 28/02/2017



Peralatan dan Kepakaran Waters untuk Membantu dengan Penyelidikan Analisis Glyco dan Bioteknologi Glyco BTI

MILFORD, Mass, 28 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada satu majlis dan simposium hari ini, Waters Corporation (NYSE: WAT) mengalu-alukan ke dalam Pusat bagi Program Inovasi mereka Institut Teknologi Biopemprosesan (BTI), sebuah institut penyelidikan di bawah Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) Singapura. BTI adalah merupakan institut1 penyelidikan yang pertama yang memberi tumpuan kepada biologi glyco untuk mengambil bahagian di dalam Pusat bagi Program Inovasi Waters.

Glycan, atau gula, adalah satu daripada empat kelas asas makro molekul yang terdiri daripada sistem hidup. Penyelidikan glycan oleh BTI adalah bertujuan untuk mencari penanda kanser novel dan menjelaskan laluan glycosylation yang boleh membuka jalan bagi strategi terapeutik baharu.

"Saya amat gembira kerana BTI telah diiktiraf oleh Waters kerana kepakarannya di dalam glycomik. Melalui kerjasama ini, BTI akan dapat memajukan penyelidikan penanda bio kanser dan mengukuhkan lagi kedudukan Singapura sebagai sebuah pemain utama di dalam biologik," kata Profesor Lam Kong-Peng, Pengarah Eksekutif BTI.

"Anugerah ini juga mengiktiraf mengenai pentingnya program penyelidikan bersepadu yang merupakan asas kepada kejayaan BTI," kata Profesor Lam.

"Ia benar-benar satu kegembiraan bagi BTI untuk mengambil bahagian di dalam Program COI kami," kata Dr. Mike Harrington, Naib Presiden Kanan, Pasaran Global bagi Waters Corporation. "Penyelidikan BTI di dalam Biologi Glyco adalah bertaraf dunia dan kami ingin membantu ia merealisasikan potensi besar dalam bidang sains yang sangat penting ini menerusi penggunaan teknologi analisis dan kepakaran Waters."

Sehubungan dengan pengumuman hari ini, Waters Corporation menyokong The Next Frontier of Glycobiologics, sebuah simposium yang menampilkan pembentangan ucap utama dari Professor Raymond Dwek, dari Glycobiology Institute, Universiti Oxford, United Kingdom dan dari Professor Nico Callewaert, dari Pusat Bioteknologi Perubatan VIB, University Ghent, Belgium.

Pada tahun 2016, Waters dan BTI mengumumkan satu kerjasama untuk membangunkan sebuah pangkalan data glycokonjugat dan perpustakaan spektrum yang akan membantu penyelidik menggunakan spektrometri jisim di dalam mengenal pasti glycan di dalam sampel mereka. Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Waters menyumbangkan kepakaran saintifik dan penggunaan sebuah Sistem Spektrometri Jisim Berdefinisi Tinggi SYNAPT® G2-S  Waters®. Instrumen itu mempunyai teknologi spektrometri jisim mobiliti ion yang dengan pantas memisahkan ion molekul bukan sahaja mengikut saiz dan nisbah jisim-ke-cas mereka, tetapi juga mengikut bentuk mereka. Ia juga mengira nilai keratan rentas  perlanggaran (CCS) bagi setiap ion molekul. Keupayaan untuk mengenal pasti glycan berdasarkan kepada nilai CCS mereka memperlihatkan pemahaman ke dalam struktur kimia mereka yang unik yang menyediakan satu tahap kekhususan yang lebih tinggi berbanding jika hanya menggunakan nisbah jisim-ke-cas sahaja.

Program sains glyco, yang diketuai oleh Profesor Pauline Rudd dan Dr. Terry Nguyen-Khuong, Saintis BTI, akan membangunkan lagi dan menggunakan teknologi terkini untuk pencirian biopemprosesan dan biologik termaju, pembangunan dan pengeluaran.

Kepentingan Glycan dan Keperluan bagi Peralatan Pengukuran Yang Lebih Baik

Penyelidikan glycan, seperti yang sedang dilakukan di BTI, mungkin berjanji untuk membawa kepada pemahaman yang lebih baik bagi penyakit seperti kardiovaskular, saraf, berjangkit, penyakit metabolik dan kanser melalui pengenalan penanda bio penyakit.

Peluang-peluang di dalam sains glyco telah dinilai oleh jawatankuasa saintis yang diadakan di Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat. Pada tahun 2012, National Academy of Sciences Amerika Syarikat telah mengeluarkan satu laporan mengenai sains glyco, potensinya dan halangan kepada kemajuannya. Laporan itu yang bertajuk Transforming Glycoscience: A Roadmap for the Future2  (Transformasi Sains Glyco: Satu Hala Tuju bagi Masa Hadapan) mengakui bahawa sains glyco "adalah penting untuk pemahaman biologi" dan menunjuk kepada keperluan bagi “peralatan untuk memeriksa struktur dan ciri-ciri mereka yang kompleks." Laporan itu seterusnya menyatakan bahawa, “Satu suite bagi peralatan analog kepada yang tersedia untuk mengkaji asid nukleik dan protein yang diperlukan bagi mengesan, menerangkan, dan menulenkan glycan daripada sumber semula jadi, dan ciri-ciri komposisi kimia dan struktur mereka. Pembangunan (seperti) peralatan untuk mengesan, pengimejan, pemisahan, dan penentuan struktur beresolusi tinggi bagi struktur karbohidrat dan campuran kompleks perlu menjadi satu keutamaan yang tinggi bagi Institut Kebangsaan bagi Kesihatan, Yayasan Sains Kebangsaan, Jabatan Tenaga, dan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan, dan pihak berkepentingan lain yang berkaitan.”

Laporan itu menyatakan lagi keperluan untuk sebuah pangkalan data struktur glycan bagi memahami struktur dan fungsi glycan dan menekankan peranan kromatografi cecair, spektrometri jisim dan pengukuran NMR untuk mendapatkan maklumat struktur yang terperinci bagi glycokonjugat, sama ada dari sebuah membran sel atau dari biofarmaseutikal.

Maklumat mengenai Institut Teknologi Biopemprosesan (BTI) A*STAR

Institut Teknologi Biopemprosesan (BTI) adalah sebuah anggota bagi Agensi untuk Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR). Ditubuhkan pada tahun 1990 sebagai Unit Teknologi Biopemprosesan, ia telah ditukar nama kepada Institut Teknologi Biopemprosesan (BTI) pada tahun 2003. Misi institut penyelidikan itu adalah untuk membangunkan keupayaan tenaga kerja dan mewujudkan teknologi canggih yang relevan kepada komuniti  biopemprosesan. Di antara bidang penyelidikan utama ialah kejuruteraan ekspresi, teknologi sel haiwan, penyelidikan sel stem, fermentasi mikrob, penulenan dan analisis hiliran.

Untuk maklumat lanjut mengenai BTI, sila layari https://www.a-star.edu.sg/bti/

Maklumat mengenai Waters Corporation (www.waters.com)

Waters Corporation (NYSE: WAT) membangun dan mengeluarkan teknologi sains analisis dan bahan termaju untuk organisasi bersandarkan makmal. Selama lebih 50 tahun, syarikat itu telah mempelopori sebuah portfolio perhubungan bagi sains pemisahan, pengurusan maklumat makmal, spektrometri jisim dan sistem analisis haba.

Waters, SYNAPT dan High Definition Mass Spectrometry adalah merupakan cap dagang milik Waters Corporation.

1. BTI adalah merupakan institusi kedua dari Singapura untuk diiktiraf oleh Pusat bagi Program Inovasi Waters. Pada tahun 2011, National University of Singapore  dan Penolong Profesor Ganesh Anand menjadi peserta COI atas dasar penyelidikan mereka ke dalam virus malaria dan demam denggi.

2. Mengubah Sains Glyco: Satu Hala Tuju bagi Masa Hadapan, National Academy of Sciences, The National Academies Press, Washington, D.C., 2012
http://dels.nas.edu/Report/Transforming-Glycoscience-Roadmap/13446

Hubungi
Waters Corporation
Brian J. Murphy, +1 508-482-2614
Perhubungan Awam
brian_j_murphy@waters.com

Sumber: Waters Corporation

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170227006181/en  

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.