ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  SISTEM LAMPU JALAN LED TANPA WAYAR KELUARAN MINEBEAMITSUMI YANG DISOKONG OLEH NTT COM DIANUGERAHKAN SEBAGAI INISIATIF BANDAR RAYA PINTAR OLEH MENTERI ALAM SEKITAR KEMBOJA

Tuesday 28/02/2017



Sistem berkecekapan tinggi menggunakan perkhidmatan rangkaian dan awan dari NTT Com

TOKYO, 28 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), mengumumkan hari ini bahawa sebuah sistem berkecekapan tinggi bagi lampu jalan LED yang dibina oleh MinebeaMitsumi Inc. dan disokong oleh perkhidmatan rangkaian dan awan global dari NTT Com telah menerima satu anugerah khas daripada menteri alam sekitar Kemboja pada Februari 2017. Anugerah itu mengiktiraf sumbangan projek itu kepada Kemboja dari segi perlindungan alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan tenaga.

Sistem lampu jalan LED oleh MinebeaMitsumi yang disambungkan tanpa wayar bagi fungsi pintar, seperti sensor meletak kereta dan meter elektrik, disokong oleh perkhidmatan rangkaian dan awan global NTT Com. Sistem yang sangat efisien itu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 70% berbanding dengan lampu Pelepasan Berintensiti Tinggi (HID) yang konvensional hasil daripada pengurangan penggunaan tenaga oleh LED dan fungsi pintar seperti penutupan dan pemalapan lampu jalan yang dikawal secara tanpa wayar.

Projek itu telah dipilih pada Jun 2015 sebagai yang pertama seumpamanya yang akan disokong di bawah Program Pembiayaan Jepun bagi Projek Model Mekanisme Pengkreditan Bersama (JCM). Program itu menyediakan bantuan kewangan kepada projek-projek yang membantu untuk mengurangkan pelepasan CO2 di negara-negara membangun dengan memperkenalkan teknologi rendah karbon dari Jepun bagi penjimatan tenaga atau penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui.

NTT Com terus menyokong persekitaran IoT yang semakin meningkat di seluruh dunia dengan menyediakan rangkaian global Arcstar Universal One ke 196 buah negara dan perkhidmatan awan berkualiti tinggi Enterprise Cloud yang disatukan kepada 14 pangkalan di 11 buah negara. 

Perkhidmatan dan produk yang dinyatakan di dalam siaran berita ini adalah merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi setiap syarikat. 

Maklumat mengenai NTT Communications Corporation

NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, seni bina, keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi perusahaan. Penawaran ini disokong oleh infrastruktur syarikat di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP tier-1 global yang terkemuka, rangkaian Arcstar Universal One™ VPN yang menjangkau ke 196 buah negara/ wilayah, dan lebih 140 pusat data yang dijamin selamat di seluruh dunia. Penyelesaian NTT Communications memanfaatkan sumber global syarikat-syarikat Kumpulan NTT termasuk Dimension Data, NTT DOCOMO dan NTT DATA.
www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com 

Hubungi
Hubungan Media
NTT Communications Corporation
(Encik) Kota Yamashita, (Encik) Yuta Imae, +81-3-6700-4010
Jabatan Perhubungan Awam
Bahagian Perancangan Korporat
hodo-cp@ntt.com

Sumber: NTT Communications Corporation
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170227006811/en  

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.