ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 17, 2024 -Jumaat

 
  NEURALSTEM UMUM PENERBITAN DATA PRAKLINIKAL NSI-189 DALAM JURNAL FISIOLOGI SELULAR

Wednesday 01/03/2017



-NSI-189 Buktikan Pemulihan Fungsi Tahan Lama dalam Model Tikus (Roden) bagi Strok Iskemik -

-NSI-189 Galakkan Pemodelan Semula Sinaps Selepas Strok-

GERMANTOWN, Md., 1 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Neuralstem Inc. (Nasdaq:CUR), sebuah syarikat biofarmaseutikal yang menumpu pada pembangunan terapi sistem saraf berdasarkan teknologi sel induk sarafnya mengumumkan penerbitan terkini data praklinikal mengenai NSI-189 di dalam Jurnal Fisiologi Selular.  Kajian menunjukkan bahawa NSI-189 memperbaiki pemulihan fungsi kelakuan dan meningkatkan keliatan sinaps hipokampus pada haiwan teraruh strok ketika rawatan selama 12 minggu yang telah dikekalkan sehingga pasca strok 24 minggu.
 
Kajian yang bertajuk, “NSI-189, Molekul Kecil dengan Sifat Neurogenik, Kelakuan Mendorong dan Manfaat Neurostruktur pada Tikus Strok," telah diterajui oleh Cesar V. Borlongan, Ph.D., di Jabatan Neurosurgeri dan Pembaikan Otak, Pusat Kecemerlangan untuk Penuaan dan Pembaikan Otak, Kolej Perubatan, Universiti South Florida, dengan kerjasama Neuralstem.
 
Di dalam kajian tersebut, tikus dewasa telah diaruh secara pembedahan untuk menghidap strok iskemik yang akut dan serius dengan secara manual menyekat aliran darah arteri serebrum tengah. Haiwan strok (n=24/kumpulan) telah dirawat dari pasca strok 6 jam selama 12 minggu dengan pemberian melalui mulut harian sama ada NSI-189 (30mg/kg) atau alat perantaraan.  Separuh daripada setiap kumpulan telah mati dalam 12 minggu dan baki separuh lagi telah diperhatikan selama 12 minggu tambahan tanpa rawatan ubat lanjut.  Kajian menunjukkan bahawa haiwan yang dirawat dengan NSI-189 selama 12 minggu menunjukkan peningkatan yang ketara lebih baik berbanding haiwan plasebo di dalam ujian neurologi dan kurangan motor (p<0.05).  Tambahan pula, haiwan yang dirawat dengan NSI-189 terus menunjukkan peningkatan sepanjang tempoh 12 minggu kedua walaupun tanpa rawatan ubat.     
 
“Peningkatan dalam pemulihan fungsi kelakukan telah diperhatikan pada tikus teraruh strok yang menerima rawatan NSI-189, mencadangkan NSI-189 boleh menjadi rawatan pemulihan untuk pesakit strok dan berhak untuk penerokaan lanjut,” tegas Dr. Cesar Borlongan, Profesor dan Naib Pengerusi untuk Penyelidikan, Kolej Perubatan Morsani, Jabatan Neurosurgeri dan Pembaikan Otak, University of South Florida. “Kami percaya bahawa NSI-189 meningkatkan pengembangbiakan sel dalam kawasan peri-infark dan neurogenesis dalam hipokampus, disebabkan oleh faktor pertumbuhan proses meningkatkan tindak balas kepada rangsangan dan meningkatkan pertumbuhan keluar neurit. Menarik untuk mempertimbangkan kemungkinan rawatan yang mendorong pembentukan semula sinaps yang aktif dalam otak selepas strok untuk pembaikan sendiri ke arah pemulihan fungsi yang lebih baik dan cepat."
 
Penilaian histologi otak teraruh strok daripada rodensia yang dirawat dengan NSI-189 mendedahkan pengembangbiakan sel yang dipertingkatkan dalam kawasan peri-infark dan pertumbuhan keluar neurit dalam hipokampus dan sebahagiannya dalam korteks. Hasil-hasil ini mencadangkan NSI-189 secara aktif merangsang pembentukan semula endogen bagi otak teraruh strok. Kajian in vitro yang setanding menyokong bukti yang selanjutnya untuk proses pembentukan semula ini dengan proses meningkatkan tindak balas kepada rangsangan terhadap faktor neurogenik misalnya faktor neurotrofik terbitan otak (BDNF) dan faktor sel dasar (SCF).
 
“Data-data ini meningkatkan bukti yang semakin bertambah yang menunjukkan keupayaan NSI-189 untuk menggalakkan keliatan neurogenik, sinaptogenesis dalam pelbagai model penyakit. Data kami juga menunjukkan rawatan sementara dengan NSI-189 boleh membawa kepada pembaikan struktur yang tahan lama dan mencadangkan ketahanan yang berterusan bagi peningkatan fungsi oleh NSI-189, walaupun selepas rawatan NSI-189 dihentikan,” ujar Karl Johe, Ph.D., Ketua Pegawai Saintifik, Neuralstem. “Kami berharap untuk terus menyelidik potensi manfaat terapeutik NSI-189.”
 
NSI-189 adalah entiti bahan kimia baharu dan proprietari yang sedang dibangunkan untuk rawatan kecelaruan episod kemurungan major (MDD). Dalam model praklinikal, NSI-189 merangsang neurogenesis, sinaptogenesis dan volum hipokampus yang bertambah, semuanya dipercayai berpotensi berkesan dalam menterbalikkan kemurungan, meningkatkan kognisi dan menggalakkkan penjanaan neuron. Kajian keselamatan Fasa 1b dengan pesakit MDD membuktikan saiz kesan antidepresan yang luar biasa tinggi dalam pelbagai skala klinikal. Syarikat menjangkakan hasil daripada percubaan keberkesanan Fasa 2 dalam MDD pada suku ketiga 2017, serta hasil daripada kajian pemerhatian 6 bulan yang berikutnya untuk menilai kesan ketahanan NSI-189 pada separuh tahun pertama 2018.
 
Mengenai Neuralstem
Teknologi berpaten Neuralstem membolehkan pengeluaran berbilang jenis sel dasar sistem saraf pusat berskala komersial, yang sedang dibangunkan sebagai terapi berpotensi bagi pelbagai penyakit dan keadaan sistem saraf pusat.
 
Teknologi Neuralstem membolehkan penemuan sebatian molekul kecil dengan menyaring sebatian kimia secara sistematik terhadap rangkaian sel dasar hipokampus manusia proprietarinya. Proses penyaringan telah membawa kepada penemuan dan permohonan paten bagi molekul yang Neuralstem percaya boleh merangsang kemampuan otak untuk menghasilkan neuron baharu, berpotensi menterbalikkan patofisiologi yang berkaitan dengan keadaan sistem saraf pusat (CNS) tertentu.
 
Syarikat ini telah melengkapkan percubaan Fasa 1a dan Fasa 1b yang menilai NSI-189, yakni calon produk molekul kecil neurogenik yang baharu, bagi rawatan kecelaruan episod kemurungan major atau MDD, dan kini sedang menjalankan kajian keberkesanan Fasa 2 untuk MDD.
 
Calon produk terapi sel dasar Neuralstem, NSI-566, merupakan rangkaian sel dasar terbitan saraf tunjang. Neuralstem kini sedang menilai NSI-566 dalam tiga indikasi: strok, kecederaan saraf tunjang kronik (cSCI) dan Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS).
 
Neuralstem sedang menjalankan kajian keselamatan Fasa 1 bagi rawatan paralisis daripada strok motor kronik di Hospital Otak BaYi di Beijing, China.  Tambahan lagi, NSI-566 telah dinilai dalam kajian keselamatan Fasa 1 untuk merawat paralisis kerana kecederaan saraf tunjang serta percubaan peningkatan risiko dan keselamatan Fasa 1 dan Fasa 2a bagi ALS.  Subjek daripada kesemua tiga indikasi kini dalam tempoh susulan pemerhatian jangka panjang untuk terus dipantau keselamatan dan kelebihan terapeutiknya yang berkemungkinan.
 
Pernyataan Awasan Berhubung dengan Maklumat Masa Hadapan
Siaran akhbar ini mungkin mengandungi “pernyataan masa hadapan” yang dibuat menurut peruntukan “perlindungan selamat” Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Pernyataan masa hadapan tersebut berkait dengan peristiwa masa hadapan, bukan masa lalu, dan boleh dikenal pasti dengan perkataan seperti “jangka,” “ramal,” “bertujuan,” “rancang,” “percaya,” “ingin untuk” atau “akan.” Pernyataan masa hadapan dengan sifatnya menujukan perkara, kepada tahap yang berbeza, yang tidak tentu. Risiko dan ketaktentuan tertentu yang mungkin menyebabkan hasil sebenar kami berlainan secara material daripada yang dinyatakan dalam pernyataan masa hadapan kami termasuk risiko terkandung dalam pembangunan dan pengkomersialan produk yang berpotensi, ketaktentuan hasil klinikal atau kelulusan kawal selia atau penyelesaian, keperluan untuk modal masa depan, kebergantungan pada pihak yang bekerjasama dan penyelenggaraan hak harta intelek kami. Hasil sebenar mungkin berbeza secara material daripada hasil yang dijangkakan dalam pernyataan masa hadapan ini. Maklumat tambahan tentang faktor yang berkemungkinan mempengaruhi hasil kami dan risiko dan ketaktentuan lain telah diperihalkan dari semasa ke semasa dalam laporan berkala Neuralstem, termasuk Laporan Tahunan pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2015, dan Borang 10-Q bagi sembilan bulan yang berakhir pada 30 September 2016, yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC), dan dalam laporan lain yang difailkan dengan SEC. Kami tidak menanggung apa-apa kewajipan untuk mengemas kini apa-apa pernyataan masa hadapan. 
 
Sumber : Neuralstem, Inc.

Maklumat Hubungan:
Danielle Spangler
Perhubungan Pelabur
Neuralstem Inc
301.366.1481
 
Lori Rosen
Perhubungan Awam
LDR Communications
917.553.6808

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.