ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  BERKSHIRE HATHAWAY SPECIALTY INSURANCE COMPANY LANCAR INSURANS DAN PERKHIDMATAN KEMALANGAN & KESIHATAN DI ASIA, MENAMAKAN KETUA BAGI BARISAN PRODUK

Monday 06/03/2017



BOSTON, 6  Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Berkshire Hathaway Specialty Insurance Company (BHSI) hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperkenalkan Kemalangan Diri Berkumpulan, Kembara Korporat dan Insurans Perubatan Pegawai Dagang di Singapura dan Hong Kong. Syarikat itu juga menamakan Kok Leong Koo sebagai Pengurus Pengunderaitan, Kemalangan & Kesihatan, yang berpangkalan di Singapura, dan Janus Law sebagai Penolong Naib Presiden, Kemalangan & Kesihatan yang berpangkalan di Hong Kong.

Produk Kembara Korporat dan Insurans Perubatan Pegawai Dagang BHSI ini menggabungkan perlindungan dengan akses 24/7 kepada Perkhidmatan Penjagaan dan Rencam BHSI. Perkhidmatan ini termasuk perubatan kecemasan, pemindahan dan bantuan penghantaran balik; rujukan perubatan; bantuan mendapatkan semula bagasi yang hilang; dan sokongan Rencam di seluruh dunia untuk perkara seperti tempahan di saat akhir kepada perkhidmatan penjagaan rumah. Insurans Kemalangan Diri Berkumpulan baharu syarikat itu juga menawarkan liputan yang luas dengan fleksibiliti bagi pelbagai faedah tambahan.

"Kami gembira untuk melancarkan penyelesaian Kemalangan & Kesihatan kami yang pertama kami di Asia – dengan disokong oleh kekuatan kewangan BHSI," kata Phillip Brain, Ketua bagi Kemalangan & Kesihatan, BHSI di Asia. "Perkhidmatan Penjagaan dan Rencam BHSI yang tertanam di dalam liputan perjalanan kami adalah petunjuk kepada tahap perkhidmatan yang tinggi yang kami rancang untuk membawa ke tempat pasaran ini."

Produk-produk A&H yang baharu ini boleh didapati di Singapura dan Hong Kong dan akan dilancarkan di Macau pada minggu-minggu akan datang. Di samping itu, BHSI terus menyediakan insurans semula fakultatif bagi pendedahan Kemalangan & Kesihatan melalui empat pejabat mereka di Asia, yang terletak di Singapura, Hong Kong, Macau dan Malaysia.

Kok Leong datang ke BHSI dengan mempunyai lebih satu dekad pengalaman di dalam peranan pengunderaitan dan pembangunan perniagaan yang berbeza di pasaran Singapura dan Malaysia, yang merangkumi kepakaran pengunderaitan dalam sebuah operasi hayat Malaysia. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Malaya. Kok Leong berpangkalan di pejabat BHSI di Singapura.

Janus mempunyai lebih 10 tahun pengalaman di dalam pasaran Kemalangan & Kesihatan di Hong Kong dan China, dengan memberi perkhidmatan di pelbagai peranan pengunderaitan dan pengurusan kanan, termasuk ketua pegawai pengunderaitan bagi produk Kemalangan  & Kesihatan di Asia. Janus memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dari University Hong Kong dan merupakan Fellow di Institut Pengurusan Hayat. Beliau berpangkalan di pejabat BHSI di Hong Kong.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyelesaian Kemalangan & Kesihatan BHSI di Asia, sila hubungi Kok Leong di Singapura di talian +65 6675 1560, kokleong.koo@bhspecialty.com atau Janus di Hong Kong di talian +852 3729 1315, janus.law@bhspecialty.com.

Berkshire Hathaway Specialty Insurance (www.bhspecialty.com) menyediakan hartanah komersil, kecederaan, liabiliti profesional penjagaan kesihatan, talian eksekutif dan profesional, jaminan, perjalanan, program, perlindungan kehilangan terhadap bencana dan insurans pemilik rumah. Terma muktamad dan sebenar mengenai perlindungan bagi kesemua barisan produk mungkin berbeza. Di Asia, ia menaja jamin pada kertas Berkshire Hathaway Specialty Insurance Company, yang memegang penarafan kekuatan kewangan A++ dari AM Best dan AA+ dari Standard & Poor’s. Berpangkalan di Boston, Berkshire Hathaway Specialty Insurance mempunyai pejabat di Atlanta, Asheville, Boston, Chicago, Houston, Irvine, Los Angeles, New York, San Francisco, San Ramon, Seattle, Stevens Point, Auckland, Brisbane, Düsseldorf, Hong Kong, Kuala Lumpur, Macau, Melbourne, Singapura, Sydney dan Toronto. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi info@bhspecialty.com.

Hubungi
Berkshire Hathaway Specialty Insurance
JoAnn Lee, +1 617-936-2937

Sumber: Berkshire Hathaway Specialty Insurance
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170305005019/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.